Hamil sihat

Buka Buku Pink Di Klinik Swasta atau kerajaan

April 17, 2018

Ramai diantara ibu-ibu yang masih terfikir-fikir untuk memilih checkup bulanan ketika hamil. Jom saya kongsikan untuk ibu-ibu membuat pilihan. Buka atau buat buku pink di klinik swasta atau kerajaan sebenarnya bergantung kepada bajet ibu. Ya, sangat-sangat bergantung kepada peruntukkan bukan hanya ketika checkup bulanan, tetapi peruntukkan ketika bersalin. Kenapa??

 

Pada masa sekarang, bagi mereka yang mempunyai refer letter dari klinik swasta, bayaran yang dikenakan mengikut harga/caj penswastaan di klinik kerajaan. Sebab itu lah penting untuk ibu membuka buku pink di klinik kerajan bagi mereka yang kurang mampu.

Jika sebelum ini, sebarang caj yang dikenakan kepada semua pesakit adalah sama, tetapi prosedur sekarang berbeza. Bagi mereka membawa surat rujukkan dari klinik swasta mereka akan di caj  samma seperti kos hospital swasta
  

Pilihan Checkup Bulanan Ibu Mengandung

Apa yang saya kongsikan ini sebenarnya untuk mereka yang kekurangan bajet. Atau mereka yang mahu berjimat, tetapi sebenarnya masih dapat perkhidmatan yang terbaik. Cuma isunya kekangan masa bagi ibu yang bekerja.

Pada pendapat saya jika anda betul-betul mampu dalam kewangan, tiada masalah pemeriksaan di mana-mana klinik atau hospital swasta. Jadi tiada masalah untuk buat buku pink di klinik swasta.

Bagi yang kurang mampu, pastikan anda membuat buku pink ibu mengandung di klinik kerajaan. Supaya caj ketika bersalin di hospital kerajaan akan jauh lebih murah. Jika tidak, caj yang dikenakan mengikut caj di hospital swasta.

Walau bagaimanapun, pemeriksaan di klinik Kesihatan Malaysia lebih terperinci dan tersusun. Mereka mempunyai prosedur yang lebih baik berbanding di klinik swasta. Cuma ibu perlu korbankan masa satu hari dalam sebulan.

Jika tidak, checkup bulanan boleh diselang seli di klinik swasta, sila berbincamg dengan pegawai kesihatan anda.

Ada sesetangah kes, ibu yang merancang untuk bersalin di hospital swasta, namun keadaan yang berisiko, ibu akan dihantar ke Hospital Keraajan. Ketika ini caj adalah seperti hospital swasta.


Pilihan Hospital Untuk Bersalin

Dari pengalaman saya, bersalin di hospital kerajaan sangat murah berbanding hospital swasta. Pegawai perubatan juga sangat efisyen dan berpengalaman.

Bagi hospital swasta tidak semua yang mempunyai peralatan dan kepakaran yang baik seperti hospital kerajaan. Sebab itu, jika anda memilih untuk bersalin di hospital swasta yang kecil, sebaiknya memilih hospital kerajaan. Kepakaran mereka jauh berbeza.

Terutamanya ibu yang mempunyai kandungan berisiko. Pilihan terbaik adalah hospital kerajaan. Bagi mereka yang tidak bermasalah pun, tidak di nasihatkan untuk bersalin di hospital swasta kecil.
Semoga info ini terjawab bagi ibu yang memikirkan untuk buat buku pink di klinik swasta. 

Kepentingan Buka Buku Pink Di Awal Kehamilan

You Might Also Like

0 comments

Paling diminati