anti penenuaan

Bahan Aktif Untuk Anti Penuaan Yang Terbaik

April 04, 2018

Produk anti penuaan untuk kekal awet muda sudah menjadi keperluan pada masa kini. Bahan-bahan aktif untuk anti penuan ini ada yang semulajadi dan ada yang sintetik.  Jadi hati-hati memilih produk anti penuaan anda.

bahan aktif anti penuaan


1. Antioksida
Tubuh kita secara semulajadi menghasilkan bahan antioksida sendiri, namun dengan peningkatan usia dan selalu terdedah kepada radikal bebas termasuk cahaya matahari, ia akan berkurang dan lama-kelamaan berlaku penuaan. Antioksida semulajadi yang dikenal pasti untuk melindungi kulit adalah Vitamin A, C, E, Squalene dan coenzyme Q10. CoQ10 juga terbukti dapat melindungi sel kulit daripada sinar UV dari dalam.

Jadi penggunaan kosmetik dan pengambilan suplemen yang mengandungi bahan ini dapat membantu untuk mengurangkan kesan-kesan penuan dan kedutan.

2. Vitamin A, B, C dan E
 Vitamin A
Banyak penggunaan Vitamin A dalam penjagaan kulit untuk mengatasi masalah jerawat, pigmentasi, kedutan dan kulit kusam. Bahan yang selalu digunakan bagi Vitamin A ini adalah retinoic acid, retinol, retinal dehyde dan retinyl palmitate. Walau bagaimanapun, penggunaan bahan-bahan ini perlu dibawah pengawasan doktor. Lebh-lebih lagi ibu yang hamil.

Vitamin B complex secara umumnya adalah menukarkan makan kepada tenaga. Sebab itu ia penting untuk kesihatan sel dan saraf. Dalam bidang kosmetik terutamanya krim muka, Vitamin B yang biasa digunakan adalah niacinamide (B3), DMAE untuk mencerahkan kulit tetapi tidak dapat disahkan sebagai anti penuan.

Vitamin C berfungsi untuk merangsang penghasilan kolagen dalam lapisan kulit. Kesannya membantu untuk keanjalan kulit.

Vitamin E adalah sejenis antioksidan yang berfungsi melindungi sel kulit daripda radikal bebas. Penggunaan Vitmin E bersama dengan Vitamin C memberi kesan anti penuan yang lebih baik berbanding pengambilan Vitamin E secara tunggal. Antara formula Vitamin C & E seperti  YOUTH Radiance C& E.
anti penuaan terbaik
3. Alpha Hydroxy Acids (AHA)
AHA adalah bahan semulajadi yang boleh diperolehi dari sumber makanan. Glycolic acid dan laptic acid acid adalah merupakan AHA yang paling banyak digunakan dalam bidang kecantikkan.  Laptic asid antaranya boleh diperolehi dari susu masam/yougourt dan jus tomato.

AHA mampu untuk mengeluarkan sel kulit mati dan membantu pertumbuhan sel yang baru. Keberkesanan AHA sebagai agen anti penuan bergantung pada kepekatannya. Namun AHA tidak boleh terdedah kepada cahaya matahari. Penggunaan produk yang mengandungi AHA sebaiknya hanya pada waktu malam. Sebaiknya elakkan dari terkena pancaran matahari atau hanya dengan perlindungan SPF sehingga seminggu selepas penggunaan AHA.

4. Agen Pelembap
Kelembapan kulit amat penting dalam mengekalkan kulit awet muda.  Kulit yang kering akan menghasilkan sebum yang banyak dan menyumbat liang pori. Bakteria yang terperangkap akan menyebabkan kulit berjerawat. Jadi bahan pelembap ini penting untuk menyokong peranan utama membran lipid mengekalkan kelembapan kulit dan mampu bertindak sebagai anti penuaan sel kulit. 

anti penuaan
  
5. Pentapeptides
Bahan ini didapati boleh membantu dalam meningkatkan penghasilan kolagen dan baiki strutur kulit, seterusnya mengurangkan kedutan. Ia banyak digunakan dalam krim anti-penuaan dalam penjagaan muka.

Pentapeptides adalah sejenis asid amino yang boleh diperolehi dari soya dan juga sumber lain. Contohnya makanan tambahan yang mengandungi asid amino lengkap adalah ESP. Ia mampu untuk mengekalkan kesihatan kulit untuk kesan awet muda/anti penuaan dari dalam.

6.Sumber Tumbuhan Semulajadi
Tumbuhan juga mengandungi antioksida semulajadi yang bertindak untuk melambatkan kerosakkan sel tumbuhan yang diakibatkan oleh radikal bebas. Agen ini dikenali sebagai polifenol. Pelbagai jenis polifenol yang ada dalam tumbuhan, tetapi yang biasa digunakan adalah bioflavonoid, anthocyanin, catechin, resveratrol dan banyak lagi.

You Might Also Like

0 comments

Paling diminati