tips kurus

Cara Nak Kuruskan Badan Dengan Cepat - Ubah Cara Makan iaitu 6 Kali Sehari

March 18, 2018

Tips pengambilan makanan yang betul adalah mengurangkan sukatan hidangan dan juga apa yang dimakan. Pastinya pilih makan sihat dan nutrisi lengkap yang berkualiti. Jadi bagaimana cara nak kuruskan badan dengan cepat dengan ubah cara makan tu?


Faktor Pembakaran Lemak Dalam Badan - Metabolisma

Jumlah kolari yang dibakar bukan hanya bergantung pada senaman, tetapi juga kadar metabolisma seseorang. Individu yang metabolismanya tinggi akan lebih mudah untuk sentiasa kurus.

Cara berkesan untuk meningkatkan kadar metabolisma badan adalah dengan merangsang penghasilannya itu sendiri. Salah satu caranya makan dengan kerap, tapi dengan kuantiti sedikit!!.  dan pilih makanan yang membantu untuk membakar lemak. Alternatif lain untuk tingkatkan metabolisma dalam pemakanan adalah dengan mengambil suplemen semulajadi.

Bersenam secara rutin iaitu amalkan secara konsistan. Masa dan tempoh senaman anda yang konsistan setiap minggu atau setiap hari mempengaruhi kadar metabolisma.

Foto - Fitness Lord

Cara Makan Untuk Cepat Kurus Minimum 6 kali Sehari!!

Ya, anda mesti makan 6 kali sehari. Ini sangat-sangat membantu untuk naikkan kadar metabolisma badan. Pilih makan yang sihat dengan kuantiti yang betul untuk setiap hidangan.

Tips cara makan yang mesti diamalkan:

1. Kurangkan sukatan dalam hidangan
Bandingkan hidangan anda sebelum ini dan kurangkan kuantiti. Biar kerap tetapi sedikit.

2. Kawal minyak dan lemak
Elak makanan bergoreng, berlemak seperti kulit ayam. Ini kerana lemak dan toksin akan terperangkap bersama dalam tubuh dan susah dibuang keluar walaupun bersenam.

3. Gantikan snek dengan buah
Ini paling mudah, sediakan buah potong setiap masa, letak snek jauh dari anda. Snek selalunya mengandungi gula dan garam tinggi. Gula adalah makanan parasit dalam tubuh!!

4. Air Kosong
Ini wajib, ambil air sekuraangnya 2-3 Liter setiap hari mengikut berat badan. Elakkan minuman bergula, keperluan gula untuk tenaga sebenarnya sudah cukup dari sumber makanan.

5. Kira kalori
Ambil gambar setiap hidangan dan kira kolari, cara ini boleh mengurangkan selera anda untuk makan lebih.

6. Makan 6 kali sehari
Setiap hari makan seawal 6-7 pagi, kemudian pukul 9-10 pagi sebelum makan tengah hari, iaitu pukul 12-1 tengah hari.

Makan petang pada pukul 3-4 petang. Dan makan malam 6-7, sebolehnya sebelum pukul 8 malam. Sebelum tidur pula hanya dengan meminum susu dan sedikit buah untuk hilangkan rasa lapar untuk mudah lelap.

Kuantiti hidangan yang betul adalah lebihkan pengambilan pada waktu pagi dan kurang kan kuantiti untuk hidangan seterusnya. Untuk makan malam boleh cuba tanpa nasi.

Ini adalah cara nak kuruskan badan dengan cepat yang terbukti berkesan jika anda berdisplin dan konsistan 

Pantang Larang Untuk Kurus Dengan Cepat & Berkesan

Jangan sesekali mengambil ubat kurus, ia sebenarnya boleh meningkatkan kadar toksin dalam badan yang memerangkap lemak. Mudah kurus tetapi juga cepat naik berat badan.

Jaga menu harian, elakkan makan berlemak dan lebihkan sayuran. Kurangkan gula dan garam.

Jangan berdiet (tak makan) yang ekstrem, ini akan memudaratkan sistem badan anda untuk bekerja membakar lemak.

Malas bergerak, maksudnya tak berpeluh. Ingat metabolisma dipengaruhi oleh cara makan dan aktiviti tubuh badan.

Cara nak kuruskan badan dengan cepat ini sebenarnya adalah cara yang betul, tidak menjejaskan kesihatan malah anda akan lebih sihat. Juga boleh amalkan detok untuk kurus yang lebih berkesan.

You Might Also Like

0 comments

Paling diminati