Detox

Detok Kaki Terapi Ion Penipu??

January 25, 2018

Masih ada mereka yang menyedikan service detok kaki iaitu air rendaman kaki yang dipasang rod pengionan, selalunya boleh dijumpai dalam pusat membeli-belah atau mana-mana tempat tumpuan orang ramai. Detox kaki ini popular kononnya boleh mengeluarkan toksin berbahaya dalam badan melalui tapak  kaki.

 

Detok kaki yang juga popular adalah detox pad. Cara penggunaanya adalah menampal pada tapak kaki ketika tidur malam.  Ia juga dikatakan baik untuk mengeluarkan toksin melalui tapak kaki.

Terapi Ion, Bagaimana ia Berfungsi?

Detox kaki ion diperkenalkan sebagai cara yang selamat dan mudah untuk menyahtoksin badan, mesin pengion berfungsi untuk mengionkan air rendaman kaki.

Proses ini dikatakan membekalkan hidrogen di dalam air sebagai cas positif. Cas positif inilah dikatakan boleh menarik toksin (cas negatif) di dalam badan anda. Ion positif di dalam air rendaman kaki membolehkan sebarang logam berat dan toksin dalam badan anda ditarik keluar, sama seperti bagaimana magnet berfungsi.

Apa yang Sebenarnya Menyebabkan Air Berubah Warna?

Mereka yang mengamalkan detoks kaki mendakwa bahawa jika air berubah warna, ia bermakna detok tersebut berfungsi. Ini tidak benar!!!. Warna air boleh berubah dengan kehadiran kotoran di dalam air. Ini sering berlaku apabila menggunakan air paip.

Walaupun pengeluar detok kaki mengatakan cas pengionan akan mengeluarkan logam dan toksin daripada badan orang yang melakukannya, mereka tidak menjelaskan bagaimana cas dari logam pengionan bertindak.

Bagi mereka yang masih ingat subjek kimia, bagaimana air boleh berubah apabila logam yang dibekalkan elektrik boleh merubah warna air dengan proses pengionan.


Juga logam yang direndam dalam air boleh berkarat. Ini boleh menyumbang kepada perubahan warna di dalam air. Sesetengah proses detok kaki ini ada menggunakan garam khas yang dicampur dalam air. Interaksi dengan logam pengionan ini sebenarnya kesan utama menyebabkan air berubah warna.

Hasil Kajian Detok Kaki

Walaupun penyelidikan mengenai detoksifikasi kaki ini terhad, ada beberapa bukti yang menunjukkan bahawa amalan ini tidak berkesan.

Dalam satu kajian tahun 2012 mendapati bahawa detok kaki tidak melakukan apa-apa untuk mengurangkan tahap toksin dalam badan. Mereka juga menyimpulkan rendaman kaki tidak merangsang badan untuk membuang toksin dengan sendirinya, seperti melalui buah pinggang atau hati.

Sebaliknya gunakan garam Epsom, tanpa produk detoks kaki(cas pengionan) dalam air rendaman untuk menyegarkan dan membersihkan kaki.

Rendaman kaki cuma cara yang baik untuk berehat selepas sehari bekerja atau untuk membantu dalam pengaliran darah, serta merehatkan otot-otot kaki.

Langkah atau Cara Detok Badan Yang Betul

Amalkan detok yang berkesan dengan cara pengambilan makanan yang betul  dan suplemen semulajadi untuk membantu proses menyahtoksin yang berkesan. Pengambilan suplemen dan amalan yang sebetulnya mampu untuk menyahtoksin secara menyeluruh seperti usus, hati dan tubuh. 


set detok terbaik

Hubungi  0197064120 untuk dapatkan info dan cara pengambilan suplemen yang betul

You Might Also Like

0 comments

Paling diminati