Darah Tinggi

Cara Rawat Darah tinggi Tanpa Ubat Untuk Lebih Sihat dan Tiada Kesan Sampingan

January 16, 2018

Penyakit darah tinggi atau hepertensi pada masa dahulu hanya terjadi pada mereka yang berumur 40an keatas, tetapi tidak pada masa sekarang, walupun baru berusia 20an, ada individu yang mengalaminya. Oleh itu penting untuk anda tahu cara rawat darah tinggi tanpa ubat untuk kekal sihat. Pastikan anda atau ahli keluarga tidak bergantung kepada ubat sepanjang hayat.


Tekanan darah tinggi memberi kesan yang sangat serius iaitu boleh menyebabkan pelbagai penyakit seperti masalah koronari atau kegagalan jantung, strok, masalah buah pinggang dan pelbagai masalah kesihatan yang lain. Ia sejenis penyakit senyap yang boleh menyebabkan komplikasi dan juga kematian jika tidak diatasi dari awal. Penting untuk kita semua mengetahui cara rawat darah tinggi tanpa ubat untuk kesihatan yang lebih berkualiti.

Apakah Tekanan Darah Tinggi?

Tekanan darah adalah tekanan jantung yang mengepam darah iaitu menguncup dan berehat. Ukuran tekanan darah dibahagikan kepada 2 bahagian, Systolic dan Diastolic.

Tekanan Darah adalah dalam dua bacaan contohnya 140/75:
Tekanan sistolik – bacaan yang lebih tinggi (140 seperti contoh)
Tekanan diastolik – bacaan yang lebih rendah (75 seperti contoh)



Bacaan Tekanan Darah

Bacaan Darah Tinggi

Faktor Risiko 

Jika kedua ibu bapa anda mengidap tekanan darah tinggi, 50% kemungkinan anak-anak akan mewarisi penyakit ini. Jika salah seorang dari mereka mengidap darah tinggi, maka anak-anak mungkin juga berisiko mendapatnya.

Faktor Risiko Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi
1. Gaya hidup tidak aktif
2. Umur melebihi 35 tahun
3. Merokok
4. Kegemukan
5. Paras kolesterol tinggi
6. Sejarah keluarga
7. Pengambilan alkohol yang berlebihan
8. Pengambilan garam yang tinggi

Tanda dan Gejala

Penghidap darah tinggi kebanyakkannya tidak mengalami sebarang gejala atau tanda. Jika ada hanya gejala yang tidak spesifik seperti sakit kepala atau pening. Selalunya ianya berlaku di waktu pagi, di bahagian belakang kepala dan rasa berdenyut (bergantung kepada tahap Hypertensi)

Untuk memastikan atau mengesahkan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi, sila periksa tekanan darah anda di klinik berhampiran. Doktor anda akan menasihatkan berapa kerap anda perlu memeriksa tekanan darah. Jangan tunggu sehingga gejala timbul kerana ia mungkin telah terlambat. Jika sudah mengalami komplikasi, amalan atau cara rawat darah tinggi tanpa ubat tidak berkesan sepenuhnya.

Komplikasi Tekanan Darah Tinggi

Rasa tidak sihat yang menjejaskan fizikal dan mental serta memberi kesan kepada keluarga anda dan kerja anda. 

Jika keadaan serius tekanan darah yang tinggi akan mengakibatkan bebanan kepada organ-organ dalam badan dan boleh menyebabkan kerosakan. Di antara komplikasi akibat tekanan darah tinggi adalah seperti:
1. Otak ( salur darah pecah)
2. Serangan Strok (Angin Ahmar) 
3. Masalahjantung
4. Komplikasi pada mata (perdarahan dan kerosakan kepada kawasan yang sensitif dalam mata)
5.Kegagalan fungsi pada buah pinggan (paras serum kreatinin tinggi, Microalbuminuria, Proteinuria).
  

7 Langkah Pencegahan atau Cara Rawat Darah Tinggi Tanpa Ubat

1.Senaman
Bersenam 30 minit sehari seperti jogging, badminton, berbasikal membantu kuatkan otot jantung. Ini kurangkan beban kepada arteri anda.

2. Kurangkan Garam
Badan anda hanya perlukan lebih kurang 500mg sehari, tetapi kebanyakkan individu ambil 10x amount tersebut. Penting mereka ada darah tinggi untuk tidak lebih dari 1500mg sehari. 

Kesan garam berlebihan adalah kandungan air meningkat, Dengan itu, isipadu keseluruhan darah akan meningkat dan menyebabkan tekanan darah mengingkat.

3. Pemakanan Sihat
Amalkan pemakanan sihat, yang pasti kurangkan kolestrol dalam makanan. Seimbangkan nutrisi.



4.Vitamin
Punca utama pelbagai penyakit adalah disebabkan tubuh kekurangan nutrisi. Organ tidak dapat berfungsi dengan baik jika kekurangan zat. Antara vitamin penting untuk darah tinggi adalah magnesium dan resveratrol. Ia membantu mengurangkan tekanan darah systolik dan diastolik sebanyak 2-5 point. Resveratrol adalah salah satu polifenol yang mudah diperolehi dari Vivix dan kebaikkannya jika konsistan boleh bebas sepenuhnya dari tekanan darah tinggi 

5. Kawal Tekanan
Sentiasa bertenang bagi mereka yang ada masalh darah tinggi. Kurangkan stress  untuk kurangkan tekanan darah.

6.Kawal Berat Badan
Berat berlebihan berkait dengan peningkatkan tekanan darah seseorang. Amalkan pemakanan dan senaman yang konsistan untuk menjaga berat badan yang ideal.

7.Jauhi Asap rokok dan Alkohol
Kedua duanya bukan hanya menyebabkan darah tinggi, tetapi banyak lagi masalah kesihatan yang lain.

You Might Also Like

0 comments

Paling diminati