Tumit

Cara Mengatasi Tumit Pecah-pecah Dan Merekah Yang Mudah Berkesan

January 20, 2018

Tumit pecah atau merekah bukan saja menyakitkan kaki untuk berjalan tetapi tidak sedap mata memandang. Ada juga yang kelihatan kotor dan hitam. Disini saya berkongsi 3 cara mengatasi tumit pecah-pecah dan merekah yang berkesan, tetapi mudah tanpa belanja yang besar.


Walau bagaimana pun, untuk kesan yang optimum, kita perlu merawat dari dalam juga, bukan hanya luaran.

Pemulihan Luaran

Penjagaan luaran iaitu dibahagian kedua dua belah tumit amalkan 3 langkah ini setiap hari:

1.Sentiasa pastikan tumit bersih setiap hari, sabunkan kaki dan berus dengan berus lembut pada tumit terutamanya sebelum tidur malam. Untuk lagi bersih rendamkan kaki terlebih dahulu dengan air suam 10-15mint untuk lembutkan kulit tumit.

2.Lap dan keringkan kaki, sapu getah betik muda. Biarkan sampai kering dalam 15minit sebelum dicuci.

3.Keringkan kaki lagi sekali sebelum menyapu herbal blend, boleh disapu pada keseluruhan  kaki.

Ketiga-tiga langkah ini adalah cara mengatasi tumit pecah-pecah dan merekah yang sangat berkesan jika diamalkan secara konsistan. Untuk langkah 2 boleh ditinggalkan jika tumit kaki sudah elok. Tetapi untuk langkah 1 dan langkah 3 harus lah diamalkan selalu, setiap hari. Ini kerana setiap hari kaki kita terdedah kepada kotoran.

Pemulihan Dalaman

Punca rekahan atau pecah pada tumit disebabkan kekurangan air atau kulit terhidrasi. Ketahui punca-punca disini. Bagaimana cara penjagaan dalaman?

Struktur kulit dibahagian tumit adalah sama seperti bahagian tubuh yang lain, cuma lapisan luaran epidermis tebal sedikit. Kulit yang kering adalah punca yang menyebabkan rekahan. Oleh itu, untuk melembapkan kulit, kita perlulah:

1.Minum banyak air kosong.
Keperluan air kosong tidak boleh diabaikan, bukan sahaja untuk kulit yang lembap tetapi diperlukan sebagai agen penyahtoksik dalam badan. Minum paling kurang 3L sehari untuk orang dewasa.

2.Suplemen.
Keperluan makanan tambahn untuk membekalkan nutrisi tertentu tidak boleh dinafikan. Terbukti mereka yang mengamalkannya lebih sihat dan awet muda. Sama juga kulit pada bahagian tumit, untuk dapatkan struktur kulit yang sihat, bebas merekah atau pecah dicadangan untuk mengamalkan collagen powder shaklee. Terbukti berkesan melembapkan menganjalkan kulit seluruh tubuh.


Atau alternatif lain adalah pengambilan protein (ESP) dan vitamin C. Protein untuk pertumbuhan sel kulit yang sihat, manakala vitamin C untuk merangsang penghasilan kolagen.

Penjagaan Kaki

1. Memakai stokin untuk elakkan kaki terdedah kepada suhu sejuk terlalu lama dan elak dari kotoran.
2. Pastikan kaki dicuci bersih untuk elakkan jangkitan kuman sebelum tidur.
3. Pengambilan air yang mencukupi untuk elakkan kulit terhidrasi, kekalkan kelembapan kulit.
4. Pemakanan yang bernutrisi lengkap seperti protein yang ada asid amino lengkap juga membantu mempercepatkan proses pemulihan tumit pecah-pecah dan merekah.
5. Digalakkan untuk merendam kaki kedalam air suam bagi melembapkan kulit dan melancarkan peredaran darah. 

Semoga perkongsian Cara Mengatasi Tumit Pecah-pecah Dan Merekah ini juga berkesan untuk anda semua. 

Hubungi Norra Untuk Sebarang Info Shaklee, whatsapp 019764120

You Might Also Like

0 comments

Paling diminati