Migrain

Apa Cara Nak Hilangkan Migrain Yang Berkesan

January 12, 2018

Migrain adalah rasa ketegangan dan sakit kepala. Ada individu yang diserang pada belah kanan, sebelah kiri atau keseluruhan kepala. Tahap kesakitan pula berbeza bagi setiap individu. Keadaan mereka yang migrain sering digambarkan sebagai berdebar-debar dan sakit berdenyut.


 Gejala sakit kepala migrain boleh berlaku dalam pelbagai kombinasi termasuk:
1. Kepekaan dan sensitif kepada cahaya, bunyi bising atau bau
2. Penglihatan kabur
3. Mual atau muntah, sakit perut
4. Hilang selera makan
5. Mudah rasa terlalu panas atau sangat sejuk
6. Keletihan
7. Pening
8. Demam
9. Pandangan tergangu dengan cahaya terang atau lampu.

Ada juga sesetengah kesakitan pada belakang mata. Rasa sakit yang dihadapi selalunya hanya dalam masa yang singkat, biasanya 30 hingga 90 minit, dan ada yang berulang sehingga beberapa hari.

Tahap kronik sakit kepala akan berlaku dengan kerap, selalunya pada waktu yang sama setiap hari, terutamanya pada waktu tidur malam.

Punca Migrain

Kenal pasti punca migrain anda, ini penting untuk mengetahui cara nak hilangkan migrain yang berkesan

Selalunya migrain berpunca dari pemakanan yang tidak sihat, badan penuh toksid dan angin, tekanan, kemurungan, ketidak seimbangan hormon, dan lain-lain. Gaya kerja yang tidak sihat iaitu tanpa rehat yang sepatutnya. Menghadap laptop dalam tempoh yang lama dengan pengcahayaan yang tidak sesuai seperti menggunakan handphon/laptop dalam bilik gelap.

Keadaan migrain terjadi disebabkan salur darah di kepala kita mengecut dan mengembang dengan tidak seimbang serta kekurangan oksigen di kepala. 

Apa Cara Nak Hilangkan Migrain?

Apa yang saya selalu amalkan adalah kita perlu fikirkan balik apa yang kita lakukan sebelum diserang migrain. Mungkin pada hari itu kita terlalu sibuk menghadap laptop, diet harian tidak teratur atu apa apa faktor lain. Ingatkan diri sendiri dan cuba sebaiknya untuk dielakkan. Selain itu amalkan tips dibawah ketika diserang migrain:

1. Jauhkan diri berada dikawasan sesak
Keadaan sesak yang pastinya bising boleh memburukkan keadaan. Kawasanyang sesak juga menyebabkan anda sukar untuk mendapatkan oksigen yang secukupnya.

2. Bernafas dengan betul
Langkah kedua adalah bernafas dengan betul, tegakkan badan anda, pejamkan mata, dan tarik nafas sedalm-dalamnya sehingga anda terasa di kepala anda. Kemudian lepaskan dengan perlahan-lahan. Kembungkan perut ketika bernafas dan kempiskan perut ketika hembus nafas. Ini penting untuk oksigen sampai ke kepala bagi mengurangkan sakit kepala yang anda alami.

3. Lebihkan meminum air kosong
Air kosong sangat penting, bukan sahaja mengawal kepekatan darah, tapi untuk menyahtoksik dalam badan. Sekurang-kurangnya minum 3 liter air kosong sehari bagi badan dapatkan air yang cukup dan elak berlaku dehidrasi.

4.Legakan sakit kepala dengan minyak aroma.
Bagi sesetengah orang cara ini berkesan, sambil rehatkan badan dan jauhkan diri dari keadaan sesak, sapukan minyak aroma atau minyak angin pada kepala. Urut perlahan sambil berbaring untuk membetulkan peredaran darah dalam kepala. Cara ini jugak boleh mengeluarkan angin dalam kepala.

5.Sujud
Jika anda mengalami sakit kepala atau migrain, anda juga boleh bersujud samada di dalam solat atau di luar solat untuk memudahkan pengaliran darah dan oksigen sampai ke kepala.
Oleh sebab itu, di dalam solat kita digalakkan untuk sujud lebih lama sedikit bagi membenarkan darah dan oksigen sampai ke kepala kerana sakit kepala juga berpunca dari otak kita kekurangan darah atau oksigen.

6. Bersenam setiap hari
Kebaikkan bersenam secara konsistan tidak boleh disangkal untuk kesihatan yang menyeluruh.
Senaman membantu pengaliran darah dalam badan lebih lancar dan mengurangkan ketegangan. Hasilnya keberangkalian diserang sakit kepala atau migrain pasti berkurang.

7. Kawal pemakanan
Pemakanan adalah faktor utama kesihatan seseorang. Pemakanan adalah punca tubuh badan anda sihat atau sakit.
cara nak hilangkan migrain sangat berkait dengan mengawal pemakanan anda seperti menjauhi makanan yang mengandungi bahan perasa Monosodium Glutamat (MSG). MSG boleh meransang neuron yang menyebabkan sakit kepala. Makanan yang diproses mengandungi garam dan bahan pengawet yang tinggi boleh meninggikan tekanan darah. Elakkan!!
Amalkan juga detok untuk buang toksin dalam badan

8. Rehat & tidur yang berkualiti
Bagi anda yang selalu mengalami sakit kepala atau migrain, sangat penting untuk mendapatkan rehat dan tidur yang secukupnya serta berkualiti.
Tidur berkualiti adalah tanpa gangguan dan pastikan tiada cahaya waktu tidur malam. Tidur dalam keadaan gelap dapat merehatkan otak anda dari bekerja sepenuh masa.

9. Rendam kaki dalam air suam
Rendamkan kaki di dalam air suam yang berisi garam boleh melancarkan pengaliran darah. Secara tidak langsung rawatan ini akan menjadi satu terapi bagi tubuh badan anda kerana seperti yang anda semua maklum, di tapak kaki kita mempunyai kesemua urat yang menghubungkan kepada satu badan.

10. Berbekam
Sunnah nabi yang semakin diterima. Ianya sangat baik untuk tubuh kerana darah kotor (toksin) dikeluarkan, angin dan segala penyakit dalam darah. Teknologi bekam sekarang sudah semakin baik, jika bahagian kepala sudah tidak perlu rambut dicukur.

11. Rawatan akupuntur
Saya tak penah lakukan akupuntur, tetapi ia terbukti cara nak hilangkan migrain yang berkesan jika ditanya kepada pengamalnya. Akupuntur ini terkenal dalam kalangan masyarakat Cina.

Rawatan akupuntur ini adalah menggunakan jarum halus dan dimasukkan di bahagian bawah permukaan kulit pada titik-titik tertentu. Ia mampu menyelaraskan kembali aliran tenaga atau qi dalam badan.

12. Elakkan pengambilan pil perancang (bagi wanita)
Kesan utama pengambilan pil perancang adalah menggangu kestabilan hormon.
Perubahan hormon ini boleh menyebabkan punca sakit kepala atau migrain.

13. Keperluan vitamin
Punca sesetengah penyakit adalah akibat kekurangan nutrisi. Antara cara nak hilangkan migrain yang berkesan adalah lengkapkan nutrisi.

Vitamin wajib adalah B-complex yang sangat diperlukan oleh  saraf otak/kepala. Manakala Ostematrix menghilangankan ketengangan saraf dan otot dengan kandungannya yang lengkap dengan magnesium, bukan sekadar kalsium.


Akhir kata, sebagai seorang muslim yang berpegang kepada ajaran Islam, anda boleh melakukan rukyah dengan ayat suci al-Quran. Antara 5 Bismillah dan banyak lagi yang ditiup pada air minum. Yang ni saya selalu amalkan disamping vitamin yang konsistan.
.

You Might Also Like

0 comments

Paling diminati