Cegah Kanser

Ubat Kanser - Bagaimana Ubat Yang Berkesan

December 04, 2017

Ubat kanser atau rawatan yang ada untuk penghidap kanser adalah pembedahan, kemoterapi, radioterapi, terapi hormon dan targeted therapy. Kadangkala pesakit perlu dirawat dengan lebih daripada satu jenis rawatan.




Kanser yang berbeza memerlukan rawatan yang berbeza kerana ada kanser yang lebih berkesan dirawat dengan kemoterapi dan ada yang lebih berkesan dirawat dengan radioterapi. Secara umumnya kaedah rawatan kanser terbahagi kepada 2 jenis utama iaitu:

Rawatan Sistemik(systemic therapy)

Rawatan sistemik adalah kaedah rawatan yang diberikan untuk menghapuskan kanser di seluruh badan, contohnya rawatan kemoterapi, terapi hormon dan targeted therapy. Ianya diberikan dalam bentuk suntikan ataupun makan. Rawatan sistemik juga boleh memberi kesan positif ke atas kanser yang bersifat setempat.

Rawatan Setempat 

Rawatan setempat pula adalah untuk menghapuskan kanser di tempat-tempat tertentu contohnya melalui pembedahan mengeluarkan organ yang terlibat ataupun memberi rawatan radioterapi kepada kawasan tertentu. Rawatan setempat tidak merawat kanser yg terletak jauh daripada kawasan yang dirawat.

Antara Sebab Kanser Sukar Dirawat

1. MASALAH PENYELIDIKAN KANSER.
Ubat antikanser diuji dengan menggunakan haiwan ataupun lapisan sel-sel kanser manusia yang dibiak di dalam makmal. Walaupun ubat antikanser ini didapati berkesan mematikan sel-sel kanser di dalam makmal, apabila ianya diuji ke atas tubuh badan manusia, ubatan ini didapati tidak berkesan kerana tubuh badan manusia jauh lebih kompleks. Inilah salah satu punca mengapa banyak kajian praklinikal yang berjaya, tetapi gagal melepasi kajian klinikal ke atas manusia.

2. SEL-SEL KANSER SANGAT UNIK DAN PINTAR.
 Ahli sains mendapati terdapat kanser yang mampu menghasilkan beberapa populasi sel kanser yang berbeza di mana setiap satunya mempunyai ciri-ciri berbeza (di dalam tubuh pesakit yang sama). Rawatan antikanser mungkin berkesan menghapuskan satu populasi tetapi gagal menghapuskan populasi lain. Populasi sel -sel kanser ini dikenali sebagai subklon. Contohnya kanser otak yang dikenali sebagai Glioblastoma, pesakit kanser ini boleh mempunyai 5-6 subklon di dalam diri mereka sehingga rawatan menjadi sangat sukar. Sebab itulah apabila menerima rawatan, ada ketulan yang hilang dan ada yang kekal ataupun lebih besar.

3. SEL-SEL KANSER MAMPU MENGWUJUDKAN EKOSISTEM MEREKA SENDIRI,
Di dalam ekosistem ini, sel sel kanser dapat berhubung sesama sendiri dan juga berhubung dengan sel-sel normal yang berdekatan. Sel-sel kanser ini mampu untuk meransang sel-sel normal di sekitar mereka untuk menghasilkan saluran darah baru yang dapat membekal nutrisi kepada mereka serta mengeluarkan bahan kumuh.

4. SEL-SEL KANSER MAMPU BERADAPTASI
Walaupun ada perubahan yang berlaku di sekitarnya, ia boleh ubahsuaikan diri sendiri sehingga menjadi kebal kepada ubat antikanser dan sukar untuk dihapuskan. Apabila ia diserang oleh ubat antikanser, ia mampu menangkis serangan dengan mekanisma pertahanan diri seperti seorang askar yang menggunakan perisai menangkis serangan musuh.

5. KANSER MAMPU MELINDUNGI DIRI MEREKA DARIPADA DIKESAN OLEH SISTEM PERTAHANAN BADAN.
Kanser boleh "memperdaya" sistem pertahanan badan. Akibatnya sistem pertahanan badan manusia tidak dapat mengenal sel-sel kanser sebagai sel asing untuk dihapuskan, sebaliknya ia menganggap sel-sel kanser ini seperti sebahagian daripada sel-sel yang normal.
Sumber Dr.Mohd Rushdan Md Noor

Kanser Sukar Dirawat Tapi Boleh Dicegah

Pencegahan kanser adalah lebih baik dari rawatan kanser. Walaupun genetik keluarga mempunyai sejarah kanser tidak bermakna anda akan menghidapi kanser. Ia masih boleh dielakkan. Apa yang perlu lakukan adalah pemeriksaan rutin untuk mengesan kanser dari awal. Jaga diri dan keluarga dari segala faktor penyumbang kanser >>> Punca dan Pencegahan Kanser<<<

Rawatan atau ubat kanser seperti kemoterapi dan radioterapi  memusnahkan kesemua sel sel kanser dan sel sihat dalam badan. Oleh itu penghidap kanser sangat sangat memerlukan Vivix untuk membaik pulih sel yang rosak. 

Walau bagaimanapun, bagi pesakit kanser wajib menjalani rawatan tersebut untuk menghalang sel sel kanser dari terus membiak. Tambahan dengan pengambilan Vivix yang kaya dengan polifenol boleh membantu menyihatkan kembali sel sel badan.

Jom cegah kanser dengan VIVIX, pulihkan sel sel yang rosak agar tidak terus membiak.

Vivix Penemuan Saintis Dunia Alaf Baru 



You Might Also Like

0 comments

Paling diminati