jantung sihat

Senaman Kuatkan Jantung & Apa Pemeriksaan Mudah Untuk Mengesan Masalah Jantung

December 20, 2017

Aktiviti fizikal atau senaman yang tidak mencukupi menjadi faktor risiko utama bagi sakit jantung koronari. Senaman kuatkan jantung berbentuk aerobik yang lebih cergas seperti berjalan pantas, berlari, berenang, berbasikal, luncur kasut roda dan lompat tali pula merupakan cara terbaik untuk meningkatkan tahap kecergasan jantung dan paru-paru.


Sebenarnya aktiviti ringan atau sederhana, walaupun dilakukan selama 30 minit sehari boleh membawa manfaat. Jika anda mahu meningkatkan lagi tahap kecergasan, anda perlu bersenam 30 hingga 60 minit, kebanyakan hari dalam seminggu, pada kadar 50 - 80 peratus daripada keupayaan maksimum anda.

Berikut adalah beberapa faedah bersenam untuk jantung sihat dan kuat:
* Mengurangkan risiko sakit jantung dengan meningkatkan aliran darah di seluruh badan
* Mengawal berat badan
* Memperbaiki tahap kolesterol
* Mencegah dan menguruskan tekanan darah tinggi
* Meningkatkan tenaga
* Membantu mengurangkan tekanan
* Mengurangkan ketegangan
* Melegakan kebimbangan dan kemurungan dan menaikkan minat dan semangat
* Di kalangan orang yang lebih tua, ia membantu mencegah atau mengelakkan penyakit kronik dan penyakit yang dikaitkan dengan proses penuaan. 

Pemeriksaan Awal

Pemeriksaan awal jantung boleh dilakukan dengan pemeriksaan ECG (electrocardiogram). Elektrokardiogram adalah cara mudah untuk mengetahui samaada aliran darah dalam jantung normal atau tidak, jantung yang kuat atau lemah.

Keadaan yang boleh dikesan dengan ECG adalah:
1. Kolesterol yang tersumbat dan pengaliran darah kedalam jantung.
2. Serangan sakit jantung pada masa lalu.
3. Pembesaran jantung tidak seragam.
4. Pengepaman jantung yang tidak normal


5 Tips Untuk Kuatkan Jantung

1. Jaga Berat Badan Yang Ideal
Berat badan yang ideal berada di antara indeks jisim badan (BMI) 18.5 hingga 24.9. Sangat penting untuk mengurangkan berat badan jika BMI anda melebihi 25. Kehilangan berat badan juga membantu untuk  menurunkan tekanan darah tinggi dan paras gula dalam darah.

2. Meningkatkan Tahap Kesihatan Kolestrol, Tekanan Darah Dan Gula Dalam Darah
Lakukan pemeriksaan kesihatan tahunan untuk memantau tahap kolesterol, tekanan darah dan paras gula dalam darah, supaya kita dapat mengekalkan keadaan jantung yang sihat. Selain itu, penting untuk makan makanan yang sihat dan kekal aktif secara fizikal untuk mengekalkan tahap kesihatan.

3. Amalkan Diet Yang Sihat Untuk Jantung
Pilih makanan sihat seperti rendah lemak tepu dan kolesterol. Hadkan masakan bergoreng terutamanya daging atau ayam dalam penyediaan makanan. Antara menu sihat adalah ikan yang berminyak (omega:salmon atau sarden), paling kurang dua kali seminggu atau setiap hari. Makan pelbagai buahan dan sayuran kerana ia mengandungi serat, vitamin dan mineral, serta phytochemical yang baik untuk jantung. Dan juga kurangkan pengambilan garam dan gula.

4. Amalkan Aktiviti Fizikal
Senaman untuk jantung kekal sihat perlulah dijadikan rutin. Ia terbukti boleh membantu kekalkan paras tekanan darah yang normal, paras gula dan kolesterol dalam darah. Oleh itu, pilih aktiviti yang paling anda minati, dan perlahan-lahan tingkatkan kekerapan dan tempoh bersenam dari semasa ke semasa.

5. Mengawal  Tekanan
Hal-hal yang boleh membuatkan anda tertekan tidak boleh dianggap remeh. Keadaan seseorang yang selalu tertekan boleh menyebabkan tekanan darah  meningkat, seterusnya membebankan jantung anda. Cara mengurus tekanan, anda boleh melakukan aktiviti santai seperti yoga dan meditasi.

5. Suplemen Terbaik Untuk Menjaga Jantung
Terbukti secara saintifik dan ujian klinikal dengan pengambilan Vivix yang kaya dengan polifenol mampu mengurangkan risiko masalah jantung.  Untuk jantung yang kuat dan sihat hanya amalkan vivil 15ml setiap pagi, tetapi tidak boleh abaikan senaman kuatkan jantung.


You Might Also Like

0 comments

Paling diminati