Tiroid

Rawatan Tiroid Tanpa Pembedahan - Ketahui Kesan Seumur Hidup Yang Terpaksa Ditanggung Dengan Pembuangan Tiroid.

December 14, 2017

Kelenjar Tiroid adalah kelenjar endokrin yang berbentuk seperti kupu-kupu dan terletak di hadapan leher manusia. Fungsinya adalah untuk mengeluarkan hormon tiroid iaitu hormon Thyroxine (T4) dan Triiodothyronine(T3). 


Hormon-hormon ini berfungsi mengawal metabolisma. Rawatan tiroid tanpa pembedahan boleh mengembalikan fungsi tubuh badan secara normal. Jika pembuangan kelenjar tiroid dilakukan, metabolisma badan tidak dapat berfungsi dan perlu bergantung kepada ubat seumur hidup.

Metabolisma adalah tenaga atau kalori yang dibakar untuk mengekalkan fungsi fungsi tubuh yang asas. Jika hormon ini tinggi, maka metabolisma akan turut tinggi dan sebaliknya. Kadar metabolisma yang tinggi atau rendah akan mempengaruhi berat badan dan kesihatan seseorang.

Masalah tiroid di kalangan wanita adalah 1 daripada 6 orang, lelaki pula hanya 1 daripada 12 orang. Ini bermakna wanita lebih berisiko untuk mengalami masalah tiroid.
  

Jenis-jenis Penyakit Tiroid?

Terdapat 2 jenis penyakit tiroid yang utama iaitu:

1. Hipertiroidisme/Tirotoksikosis (hormon tiroid berlebihan) 
Hipertiroidisme adalah keadaan berlebihan hormon tiroid dalam badan, ini paling kerap disebabkan penyakit “Graves disease” yang mana sistem pertahanan badan mengeluarkan antibodi yang merangsangkan kelenjar tiroid untuk mengeluarkan hormon tiroid yang berlebihan.

2. Hipotiroidisme (hormon tiroid rendah)
Hipotiroidisme adalah keadaan kekurangan hormone tiroid dalam badan. Keadaan ini selalunya berlaku disebabkan kegagalan fungsi kelenjar tiroid (primary hypothyroidism). Kadangkala hipotiroidism berpunca dari kegagalan fungsi kelenjar pituitary (secondary or central hypothyroid) yang mengeluarkan isyarat kepada kelenjar tiroid untuk membentuk dan mengeluarkan hormon tiroid. 

Hipotiroidisme berada di bawah fungsi kelenjar parathyroid. Fungsi parathyroid adalah untuk mengendalikan tahap kalsium dalam badan . Jika parathyroid rosak/tercedera semasa pembedahan, trauma ini boleh menyebabkan penutupan sementara atau kekal yang mengakibatkan tahap kalsium menurun, dipanggil hypocalcemia.

Oleh itu penting untuk melakukan pemeriksaan doktor untuk mengenal pasti jenis masalah tiroid yang dihidapi. Pemilihan vitamin juga bergantung kepada jenis tiroid. Walau bagaimanapun ada juga yang sesuai untuk kedua dua jenis tiroid seperti vivix yang berperanan membaik pulih kalenjar yang bermasalah. 

Simptom Penyakit Tiroid

Simptom dan tanda berbeza mengikut jenis masalah tiroid yang dihadapi. Pastikan anda melakukan pemeriksaan awal untuk elakkan rawatan tiroid tanpa pembedahan. Tandanya bukan hanya bengkak pada leher.

Tanda dan gejala hipertiroidisme/Tirotoksikosis (hormon tiroid berlebihan) adalah seperti berikut:
üKadar denyutan jantung laju dan sentiasa berdebar-debar.
üSukar bernafas
üSukar tidur
üTekanan darah naik
üTubuh rasa lebih panas
üKelemahan otot.

Tanda dan gejala hipotiroidism (hormon tiroid rendah) adalah seperti berikut:
üBadan lemah dan kekurangan tenaga
üBerat badan meningkat
üKelemahan otot-otot
üSembelit
üKurang tahan keadaan sejuk
üTidak dapat berfikir secara pantas, cepat dan cekap
üPendarahan haid yang berlebihan
üKurang kesuburan (Infertility)
üKekeringan kulit, rambut dan kuku.

Rawatan untuk  Masalah Tiroid

Hipertiroidisme/Tirotoksikosis dan hipotiroidism memerlukan rawatan yang berbeza. Lakukan pemeriksaan tiroid jika anda mengalami simptom diatas. Ujian pemeriksaan boleh dilakukan di mana-mana hospital.

Terdapat 3 jenis rawatan untuk Hipertiroidisme/Tirotoksikosis iaitu:

1.Ubat-ubatan seperti Carbimazole dan Prophythiouracil yang mana ia berfungsi untuk menyekat pengeluaran hormon tiroid berlebihan. Propanolol pula digunakan di permulaan rawatan bagi mengurangkan kadar denyutan jantung. 

2.Radioaktif Iodine (RAI) yang mana ia berfungsi memusnahkan sel-sel kelenjar tiroid. Risiko utama rawatan ini adalah berkemungkinan banyak sel-sel tiroid terhapus dan menyebabkan kegagalan pengeluaran hormon tiroid yang mencukupi dan hipotiroidisme terjadi. 

3.Pembedahan membuang sebahagian atau keseluruhan kelenjar tiroid. Risiko bagi rawatan ini adalah seperti kecederaan saraf dan kekurangan pengeluaran hormon tiroid iaitu hipotiroidisme yang mana pil hormon tiroid perlu diambil bagi mengawal keadaan hipotiroidisme.

Apakah Kesan Pengambilan Ubat Carbimazole?

Carbimazolem erupakan ubat anti-tiroid yang digunakan untuk mengawal penyakit tiroid. Ubat anti tiroid ini berfungsi untuk menyekat penghasilan hormon tiroid yang berlebihan di dalam kelenjar tiroid.

Antara kesan sampingan pengambilan ubat carbimazole yang boleh berlaku ialah sakit tekak, ulser mulut, demam, lebam, jaundis (tapi jarang berlaku), loya, deria rasa terjejas (hilang rasa), sakit kepala, sakit sendi, “rash” alahan pada ubat dan keguguran rambut. Satu kesan sampingan luar biasa ubat ini adalah pengurangan sel darah putih dalam badan yang amat diperlukan untuk mempertahankan badan dari jangkitan kuman.

Oleh itu, jika anda mengalami demam dan sakit kerongkong selepas mula mengambil ubat anti tiroid, anda patut menghubungi doktor anda untuk pemeriksaan fizikal dan ujian darah.

Kesan Pembedahan Tiroid Kepada Tubuh

Dianggarkan satu daripada setiap 250 pembedahan tiroid berlaku kerosakan kepada saraf laring, saraf yang mengawal suara. Gejala utama termasuklah kesukaran mengeluarkankan suara. Biasanya, perubahan suara bersifat sementara dan akan kembali normal dalam masa beberapa minggu, perubahan kekal jarang berlaku.

Gejala yang biasanya muncul pada minggu pertama selepas pembedahan:
Ø kebas dan rasa kesemutan di sekeliling bibir, tangan, dan bahagian bawah kaki 
Ø rasa sakit yang teruk di dalam leher
Ø kekejangan otot 
Ø sakit kepala yang teruk
Ø kebimbangan (perasaan)
Ø kemurungan, emosi yang tidak stabil

1.Pembuangan Sebahagian
Hanya sebahagian tiroid yang rosak dan dibuang. Kebanyakkan tidak memerlukan ubat/hormon. Ada Sesetengah kes tiroid berulang.

2.Pembuangan Penuh
Kesemua tiroid perlu dibuang. Kesannya pesakit terpaksa mengambil ubat sepanjang hayat untuk mengantikkan hormon.

Sebolehnya lakukan rawatan tiroid tanpa pembedahan atau hanya pembedahan separa. Walau bagaiman pun dapatkan nasihat pakar jenis rawatan yang diperlukan.

Apakah Kesan Pembuangan Tiroid Kepada Wanita

Hal yang diperkatakan adalah mengenai kehamilan selepas menjalani pembedahan keseluruhan tiroid dan pengambilan ubat Thyroxine. Ini kerana keadaan lain adalah sama dengan pesakit lelaki. 
Bagi wanita, tahap hormon tiroid yang rendah boleh mengganggu ovulasi dan seterusnya menjejaskan kesuburan atau peluang untuk hamil.  Ada juga kesan lain iaitu masalah haid yang tidak teratur.

Selepas pembedahan penuh Thyroidectomy, doktor yang merawat akan terus menggantikan hormon tiroid anda dengan pil hormon tiroid iaitu Levothyroxine  sodium. Peskit  perlu mengambilnya setiap hari untuk seumur hidup. Walaupun begitu, dengan memastikan tahap hormon tiroid adalah di bawah kawalan, kebarangkalian untuk mengandung masih ada.

Bagi seseorang wanita hamil yang hypothyroidism (rendah), pemantauan rapi tahap hormon tiroid semasa mengandung juga boleh menggalakkan perkembangan janin yang normal dan mengurangkan risiko keguguran.

Penjagaan Pemakanan  Pesakit  Hipotiroid (hormon rendah)?

1.Keperluan kalori 25-30 kcal x berat badan. Harus diingat hypothyrodism menyebabkan kadar metabolisme tubuh menurun. Oleh itu, pengambilan makanan harian perlu dikawal kerana penurunan metabolisme ini akan menyebabkan berlakunya berat badan berlebihan.

2.Keperluan protein 1-1.2 gram x berat badan. Sekiranya ada gejala anemia, perlu mengambil makanan tinggi protein serta vitamin B12 atau asid folik.

3.Hadkan pengambilan makanan yang boleh menganggu fungsi ubatan goitre iaitu kobis, brokoli, kacang soya, kacang tanah dan bunga kobis.

4.Digalakkan mengambil suplemen mineral seperti Zink dan vitamin B-complex yang berfungsi membantu kelenjar tiroid berfungsi dengan baik.

Sumber KKM

Pemakanan yang bernutrisi lengkap ini mampu memulihkan masalah tiroid. Bagaimana untuk memastikan makanan harian anda lengkap? Dapatkan vitamin semulajadi dari Shaklee, yang terbukti berkesan dan 100% selamat. Sebolehnya pilih rawatan tiroid tanpa pembedahan.


ubat tiroid



You Might Also Like

0 comments

Paling diminati