jeragat

Ketahui Punca Kulit Berjeragat Agar Mudah Dihilangkan

December 29, 2017

Jeragat atau pigmentasi terjadi seiring dengan penambahan usia. Tetapi ia boleh dielakkan dan dihilangkan sepenuhnya jika kaedah rawatan kulit berjeragat yang betul dilakukan. Ketahui juga punca kulit berjeragat untuk mengurangkan faktor penyumbang jeragat



1.Sinaran UV
Kulit yang sentiasa terdedah kepada sinaran matahari (UV) akan menjadikan kulit lebih gelap atau keradangan kulit. Apabila tahap keradangan tinggi, melanosit akan aktif. Jika melanosit aktif, ia akan mengeluarkan melanin.

Sebab itu kita boleh lihat orang yang lebih berusia selalunya mempunyai jeragat yang lebih teruk seiring dengan pertambahan usia. Ini kerana ereka lebih lama terdedah kepada sinaran UV.

2.Kerosakan Sel Kulit
Kesan jerawat dipicit dengan cara yang salah boleh menyebabkan kerosakkan pada kulit. Apa-apa jenis kerosakan kulit, tubuh akan mengatasinya dengan menghasilkan reaksi keradangan iaitu pengaktifan melanosit dalam kulit kita.

Selain dari tindak balas keradangan, kulit yang cedera tidak dapat dipulihkan dan terhasilnya pigmentasi. Apabila pigmen kulit tidak boleh diperbaharui, pigmen yang lebih gelap terhasil di kawasan yang rosak.

3. Alahan
Jika anda menghadapi apa-apa jenis reaksi alahan, kulit lebih mudah terdedah kepada keradangan. Elakkan kerengsaan kulit yang berpanjangan. Keadaan ini mengaktifkan sel-sel melanosit yang mengakibatkan jeragat/pigmentasi. Apa-apa jenis penyakit kulit seperti ekzema juga boleh menjadi faktor pigmentasi.

4.Kosmetik atau skincare
Sebarang bahan penjagaan kulit yang mengandungi bahan terlarang seperti merkuri amat berbahaya. Bukan hanya menyebabkan pigmentasi pada kulit tapi kesihatan tubuh. Sebarang produk yang mengelupas berisiko tinggi kulit berjeragat.

5. Ubat ubatan
Terdapat banyak ubat yang menyebabkan pigmentasi sebagai kesan sampingan. Retinoid topikal, antibiotik, ubat hormon, serta ubat-ubatan kemoterapeutikal boleh menyebabkan pigmentasi.

Ini berlaku kerana ubat itu menyebabkan perubahan hormon dalam badan, yang boleh membawa kepada pengaktifan sel melanosit. Apabila sel-sel aktif pengeluaran melanin akan berlebihan.

6. Genetik
Bagi kebanyakkan individu, jeragat atau pigmentasi disebabkan oleh faktor keturunan. Sekiranya terdapat seorang dalam keluarga menghadapi hiperpigmentasi yang teruk, anda juga berisiko. Oleh itu ambil langkah pencegahan awal terhadap faktor atau punca keradangan kulit seperti diatas. Terutamanya pendedahan cahaya matahari yang berterusan, perubahan hormon atau kerosakan kulit.
  

Rawatan Kulit Berjeragat

Rawatan boleh dilakukan secara luaran dan juga dalaman. Kenal pasti punca kulit anda berjeragat agar mudah dihilangkan.

Rawatan kulit berjeragat untuk luaran boleh berjumpa pakar dermatologi. Untuk keadaan yang teruk, ahli dermatologi mungkin menetapkan biopsi kulit untuk mendignosis rawatan yang sesuai.

Rawatan dalaman untuk kulit berjeragat adalah membetulkan hormon dan juga struktur sel kulit dengan makan tambahan yang boleh membantu secara semulajadi. 

Keperluan Untuk Kulit Sihat Bebas Jeragat

➤Kolagen untuk menyokong struktur kulit yang sihat dan tegang.

➤Vitamin C untuk merangsang penghasilan kolagen dalam badan dan melawan radikal bebas.

➤GLA Complex untuk perbetulkan masalah hormon yang menyebabkan masalah jeragat.

➤Vivix pula kaya dengan anti oksidan untuk menghalang dan memulihkan sel yang rosak.

Cegah dan atasinya  secara semulajadi dengan Shaklee. 
Dijamin 100% Selamat dan Berkesan





You Might Also Like

0 comments

Paling diminati