Kanser

Kanser Payudara : Siapa Yang Berisiko

December 08, 2017

Kanser payudara adalah kanser utama di kalangan wanita Malaysia iaitu 1 dari 19 orang berisiko, lelaki pula hanya 1%. Tanda tanda awal kanser payudara boleh diperiksa pada bentuk fizikal yang berbeza seperti ketulan,bengkak dan kemerahan.


Ada yang tidak menyakitkan tetapi ada juga ketulan yang boleh menyakitkan. Sebab itu penting untuk diperiksa oleh pakar jika ada sebarang jisim baru pada payudara, benjolan, atau perubahan payudara untuk didiagnosis.

Tanda-tanda Awal Kanser Payudara

Kesihatan payudara boleh dilihat dan dirasai pada bentuknya iaitu:
1. Pembengkakan pada kesemua atau sebahagian payudara (walaupun tiada ketulan yang berbeza dirasai)
2. Kerengsaan kulit (kelihatan seperti kulit oren)
3. Kesakitan payudara atau pada puting susu.
4. Keadaan puting ke dalam.
5. Kemerahan, keradangan, atau penebalan kulit puting atau payudara
6. Lelehan dari puting (kekuningan atau berdarah) selain susu.
7. Ketulan pada bahagian ketiak (pembengkak pada nodus limfa)

Jenis-jenis kanser payudara

1. Kanser setempat: Kanser peringkat awal dan masih berada di tempat ia bermula iaitu terhad di saluran atau kelenjar susu payudara.
2. Kanser saluran: Kanser payudara yang tidak merebak (noninvasive) dan berada di sekitar saluran susu payudara.
3. Kanser lobular : Keadaan ini bermula di kelenjar susu dan tidak melepasi dindingnya.
4. Kanser saluran merebak (Invasive (infiltrating): Merupakan kanser payudara yang paling biasa. Bermula pada saluran susu, melepasi dinding saluran dan merebak ke tisu payudara lain.
5. Kanser lobul merebak (Invasive (infiltrating): Kanser ini bermula pada kelenjar susu. Ia boleh merebak ke bahagian tubuh yang lain

Bagaimana kanser payudara dikesan? Jenis jenis pemeriksaan

1.Pemeriksaan sendiri payudara (PSP) – Wanita patut melakukan PSP secara berkala bermula dari umur 20 tahun. Belajarlah dari jururawat anda dan sekiranya ada ketulan dikesan, jumpa doktor segera.

2.Mammogram - Mammogram ialah ujian x-ray payudara. Pemeriksaan ini dibuat kepada wanita yang tiada masalah tetapi berisiko. Pemeriksaan bagi wanita yang ada tanda atau masalah payudara juga akan dilakukan. Semasa ujian mammogram, payudara ditekan antara 2 keping plet dan boleh menyebabkan rasa tidak selesa. Kadar radiasi x-ray adalah rendah dan tidak meningkatkan risiko kanser payudara.

3.Pengambilan tisu dari payudara (biopsi). Semasa ujian ini, sel dari kawasan yang disyaki diambil dan diuji di makmal.

Faktor Risiko Kanser Payudara

 Faktor risiko tidak boleh di kawal:

1. Umur:Semakin berumur semakin berisiko. Wanita berumur 50 tahun ke atas mempunyai 8-10 kali ganda kemungkinan mendapat kanser berbanding umur muda.
2. Jantina: Wanita mempunyai 100 kali ganda risiko berbanding dengan lelaki.
3. Sejarah keluarga: sekiranya anda ada sejarah keluarga kanser payudara, anda adalah berisiko tinggi.
4. Sejarah lalu kanser payudara: sekiranya anda telah didiagnosa kanser payudara waktu dulu, anda lebih berisiko mendapat kanser payudara sekarang.
5. Tempoh haid: lebih awal datang haid yang pertama, anda berisiko mendapatnya semasa anda telah berumur.
6. Faktor keturunan: 5%-10% berkaitan dengan mutasi gen. Gen BRCA1 dan BRCA2 adalah gen utama ( 80% dari semua gen).
                                                                   

Faktor risiko boleh dikawal:

1. Penyusuan: Wanita yang menyusukan anak dalam tempoh 1-2 tahun akan mengurangkan risiko mendapat kanser payudara.
2. Alkohol: Wanita mengambil minuman beralkohol berisiko 1.5 kali ganda lebih tinggi dari wanita yang tidak mengambil alkohol
3. Senaman: Wanita yang melakukan senaman berterusan dapat mengurangkan risiko kanser payudara. Kajian menunjukkan senaman 30 minit sehari untuk 5 hari seminggu adalah mencukupi.

Langkah Pencegahan

Fahami faktor faktor risiko kanser payudara terlebih dahulu untuk mengamalkan langkah pencegahan. Antaranya pemeriksaan rutin untuk mengesan kanser diperingkat awal supaya rawatan lebih berkesan.
Penyusuan: Penting bagi wanita yang melahirkan anak untuk menyusu penuh iaitu selama 2 tahun.
Amalkan gaya hidup sihat: Bersenam secara konsisten, elakkan dari punca persekitaran yang tidak sihat seperti asap rokok dan sekeliling yang tercemar dengan karsinogen.
Jaga pemakanan: Makanan yang sihat seimbangan dan bernutrisi lengkap penting untuk memulihkan sel sel yang rosak. Antara suplemen terbaik untuk memulihkan sel adalah vivix.
Body Care: Elakkan juga dari penggunaan deodoran, body scrub yang mengandungi bahan bahan terlarang seperti paraben.

You Might Also Like

0 comments

Paling diminati