anak sihat

Cara Berkesan Menstimulasi Susu Ibu

December 24, 2017

Teknik penyusuan yang betul mampu menambah kuantiti susu ibu. Ini kerana susu ibu yang terhasil bergantung kepada keperluan bayi. Ikut langkah berkesan menstimulasikan susu ibu seperti supplementary nursing system, SNS teknik. Amalkan perkara yang boleh bagi keselesaan kepada ibu dan bayi agar penyusuan lebih baik.

Cara Memegang Bayi Semasa Penyusuan

1.Kepala, badan dan punggung bayi berada dalam keadaan lurus dan selari. Belakang bayi sepatutnya stabil. Sekiranya perlu, pegang pada bahagian bahu bayi. Ibu jari di satu bahagian bahu dan jari jari yang lain dibelah bahu yang sebelah lagi.

2.Muka dan keseluruhan badan bayi menghadap payudara ibu.

3.Bayi perlu dipegang rapat dengan ibu tanpa sebarang halangan. Ibu tidak perlu membongkok bagi menghampiri bayi.

4.Keseluruhan badan bayi perlu disokong dengan tangan ibu ataupun bantal.

Posisi Penyusuan

Posisi ini melibatkan kedua dua ibu dan anak. Posisi ibu adalah mencari kedudukan yang paling selesa bagi ibu untuk menyusu. Posisi anak adalah cara selamat ibu memegang bayi. Tips:

- Ibu dan bayi perlu selesa.
- bahagian belakang ibu tegak dan tidak bongkok.
-Gunakan beberapa biji bantal untuk menyokong bahagian belakang, kiri atau kanan bagi mendapatkan keselesaan ibu. Juga menampung bayi untuk kurangkan beban pada ibu.
-Sekiranya menyusu dalam keadaan duduk, seeloknya lapik kaki dengan bangku kecil untuk keselesaan ibu.

** Nota: Penting untuk memastikan pernafasan bayi selesa dan tidak terhalang dengan payudara ibu. Tinggikan hanya sedikit kepala bayi. Posisi mengiring hanya sesuai  untuk bayi 6 bulan keatas, bahayanya ibu terlelap dan bayi lemas ketika menyusu jika bayi yang tidak boleh bertindakbals/bergerak.

Memberi Susu Tambahan Di Payudara

Sekiranya penghasilan susu ibu kurang, aliran akan menjadi perlahan. Keadaan ini menyebabkan bayi tidak gemar menyusu dan ada yang tidak mahu menghisap.

Memberi susu tambahan pada payudara akan menggalakkan bayi untuk terus menyusu. Bayi akan terus menghisap kerana aliran susu yang mencukupi manakala ibu dapat menstimulasi susu daripada penghisapan bayi di payudara.

Ada beberapa jenis alat bantuan bagi memberi susu tambahan di payudara yang dijual di pasaran. Alat ini dikenali supplementary nursing system atau SNS. Susu tambahan diletakkan dalam botol khas dan tiub dilekatkan pada puting payudara ibu.


*Nota: Alat bantuan ini boleh dibuat sendiri tanpa belanja yang besar.

Tips Tambahan Menstimulasi Susu Ibu Yang Bekerja

1. Menyusu Dengan Lebih Kerap
-Menyusu anak sebelum keluar bekerja
-Menyusukan anak dirumah pengasuh semasa menjemput anak.
-Menyusukan anka dengan kerap sebelum tisur.
-Menyusukan anak dengan kerap pada waktu malam.

2. Cuti Untuk Menyusu (stimulasi)
-Walaupun ibu dapat hasilkan susu dengan banyak ketika mengepam tetapi hisapan dari bayi adalah pam semulajadi yang boleh stimulasikan susu ibu.
- Sekiranya susu ibu berkurang, ambil cuti jika boleh untuk menyusu bayi dengan kerap.
-Cuti pada hari Khamis dan Jumaat, dan ibu dapat 4 hari termasuk Sabtu Ahad. Susukan anak sekerap mungkin mengikut kehendak anak. Keadaan ini boleh menambah aliran susu ibu.

3. Pelbagaikan Kaedah Memerah Susu Ibu
-Tambahkan kekerapan mengepam dipejabat.
-Memerah selepas sejam sesi penyusuan
-Mengepam/memerah pada waktu malam
-Tambahkan masa memerah 10minit untuk setiap kali mengepam
-Memerah pada hujung minggu.
-Amalkan power pumping iaitu sebelah menyusu anak sebelah mengepam adalah teknik menstimulasi susu ibu yang terbaik.
-Perah susu 5-10minit untuk setiap 45minit ataupun setiap 1 jam

Makanan Tambahan Penggalak Susu (Milk Booster)

Penghasilan susu ibu juga dipengaruhi pemakanan seharian. Pemakanan yang lengkap mampu menambah kuantiti susu ibu disertakan dengan kaedah menstimulasi yang betul. Antara makanan yang boleh menggalakkan pengeluaran susu ibu adalah:
-Lobak putih
-jantung pisang
-Longan kering
-bijirin
-Kurma
-Asparagus
-Soya
-Sayur-sayur hijau seperti sawi dan kucai
-Pucuk bebuas
-Lobak merah
-Pucuk manis

Nutrisi atau vitamin yang lengkap akan mempengaruhi kesihatan tubuh badan ibu. Oleh sebab itu penting ibu mendapatkan nutrisi selengkapnya. Cara mudah amalkan set penyusuan Shaklee, ini telah dijalankan kajian sepenuhnya mampu menjaga kesihatan ibu dan ank.
  

Herba Bagi Membanyakkan Susu

1. Herba yang biasa disyorkan adalah halba ataupun lebih dikenali sebagai fenugreek. Herba ini diluluskanoleh FDA (Food and Drug Administration) Amerika Syarikat.
2. Ia meninggikan paras prolaktin dalam aliran darah.
3. Cara pengambilannya adalah satu hingga empat kapsul (580mg - 610 mg), sebanyak tiga hingga empat kali sehari.
4. Kadangkala, ia didatangkan dalam bentuk daun teh yang senang diminum.
5. Kesannya dapat dilihat dalam masa satu hingga tiga hari, bergantung pada individu.
6. Apabila penghasilan susu sudah pulih, ibu boleh berhenti mengambilnya.
7. Pengambilan jangka panjang juga selamat dan tiada kesan sampingan yang serius.
8. Walau bagaimanapun, ia tidak digalakkan diambil oleh ibu yang mempunyai Diabetes Mellitus, mengambil ubat warfarin, ataupun alah kepada kekacang.
9. Di negara eropah, herba seperti goat rue milk thistle, dan alfafa sering dikaitkan dengan peningkatan susu ibu.
10. Ada dalam kalangan ibu yang mempunyai masalah penghasilan susu mendapati herba goat rue membantu mereka menghasilkan lebih banyak susu.

Walau bagaimanapun herba-herba Melayu ini tidak ada kajian membuktikan keberkesanannya. Kesannya tidak diketahui dengan jelas terhadap penghasilan susu. Juga tidak dipastikan kuantiti tertentu yang boleh membantu atau membahayakan bayi.

Lagi Tips Menyusu Bagi Ibu Bekerja


You Might Also Like

0 comments

Paling diminati