keperluan ibu hamil dan berpantang

Persedian Berpantang Sendiri

November 14, 2017

Bagi ibu yang berpantang sendiri bukan bermaksud tiada sesiapa di sisi. Pastinya suami ada menemani untuk minggu pertama berpantang, cuma tiada orang tua atau yang berpengalaman. Ini kerana tempoh berpantang 10 hari pertama adalah tempoh kritikal untuk pemulihan urat saraf ibu yang rosak selepas bersalin.


Waktu ini juga tempoh  untuk anak bebas dari kuning.  Penyusuan secara eksklusif dapat mengatasi masalah kuning. Tetapi keberkesannya juga bergantung kepada pemakanan berkhasiat oleh ibu. Oleh itu persedian berpantang sendiri mestilah dilakukan sebaiknya.

Perkara Wajib Disediakan Sebelum Berpantang Sendiri


Lakukan segala persedian sebelum bersalin seawalnya. Ini  penting untuk memastikan ibu sempat menyediakkannya dan tidak kelam kabut:

-Keperluan ibu seperti pakaian yang selesa ketika berpantang, bekung, barut, batu tungku.
-Booking Confinemant lady bagi yang mampu atau tukang urut (wajib)
-Suplemen / ubat ubatan
-Keperluan barangan bayi

 Tanggungjawab SiAyah


Penjagaan Bayi
Sebenarnya tidak banyak yang perlu diuruskan. Cukup dengan memandikan bayi sekali sehari pada waktu pagi untuk seminggu yang pertama. Sediakan air mandian dengan suhu yang sepatutnya dan mandikan anak. 

Persiapan bayi selepas mandi boleh dilakukan oleh ibu, ini kerana tidak memerlukan banyak pergerakkan. Cuma siapkan keperluannya, baju, ubat tali pusat dan lain lain.

Penjagaan Anak Kecil
Jika mereka yang mempunyai anak kecil lain, perlu memastikan dalam tempoh berpantang mempunyai pengasuh.  Ini sangat sangat penting untuk memastikan ibu terjamin dari segi pergerakkan.

Penjagaan Ibu Dalam Pantang
Keperluan ibu yang mesti dipenuhi ketika ini adalah berurut dan bertungku, ini adalah satu kewajipan. Paling minimun 2 kali sehari atau 3 kali sehari, seeloknya waktu pagi,  waktu petang antara pukul 3 4 petang dan malam sebelum tidur. Pemakaian bengkung juga tidak boleh diabaikan. Untuk mudah dan senang pakai memadai dengan menggunakan bekung 'zip zap'. Lagi satu pengambilan vitamin semulajadi untuk memulihkan urat saraf yang rosak.
Ini lebih efektif berbanding herba kampung kerana mudah diamalkan.

Pastikan ibu dapat rehat yang cukup untuk seminggu yang pertama.  Dapatkan khidmat tukang urut dan sediakan keperluan lain seperti mandian herba. Jika suami yang bekerja pastikan semuanya tersedia sebelum keluar waktu pagi.

Untuk memulihkan bahagian dalaman ibu perlu amalkan suplemen. Penting memilih suplemen kerana bayi seawal usia tidak boleh menerima jamu atau herba-herba yang panas untuk mengelakkan bayi dari kuning yang tinggi.

Begitu juga dengan penyediaan makanan ibu.  Suami perlu sediakan secukupnya sebelum keluar bekerja walaupun hanya masakan yang mudah.

Selain itu, pasangan perlu memberi sokongan moral, belaian, dan kata kata semangat untuk ibu menyusu anak. Semua ini mempengaruhi emosi ibu dan perlu dijaga sebaiknya ketika berpantang. Penting bagi suami bersama sama atau bergilir menjaga bayi pada waktu malam.

Ingat para suami, menjaga isteri terutamanya ketika berpantang adalah tanggungjawab anda. Isteri pula perlu mengingatkan suami secara berhemah. Perkara ini lebih baik jika dibincangkan sebelum berpantang. Ajarkan suami anda apa yang perlu dilakukan untuk orang yang berpantang.

Dalam berpantang perlu ambil tahu dan amalkan segala pantang larang ketika berpantang,

You Might Also Like

0 comments

Paling diminati