Diabetes

Diet Diabetes - Diet Sihat Untuk Semua

November 11, 2017

Diet atau makanan bagi pesakitkencing manis mestilah pemakanan yang sihat dan seimbang. Termasuk  jumlah kalori yang tepat. Ia adalah diet yang sihat untuk sesiapa sahaja tetapi untuk pesakit diabetes penting untuk mengawal gula dan elak komplikasi dari melarat.


Diet juga terbukti memberi kesan yang besar pada kadar gula dalam darah orang yang menghidap kencing manis terutamanya karbohidrat.Diet bagi pesakit kencing manis yang mengambil ubat sahaja berbeza dengan pesakit yang juga terpaksa mengambil insulin.

Rancang Jadual Makanan

Jadual makan harian pesakit perlu dirancang untuk mengimbangi pengambilan insulin dan karbohidrat. Juga untuk mengekalkan kolesterol pada tahap yang sepatutnya. Dalam merancang jadual makan harian, pesakit mesti pertimbangkan tabiat makan  dan pengambilan ubat. Juga penting mengambil kira berat badan pesakit.

Pelan diet harus disesuaikan dengan jenis diabetes sama ada Diabetes Jenis 1, Diabetes Jenis 2 dan Diabetes Jenis 3 (kehamilan/GDM). Ini kerana kaedah yang paling sesuai untuk seseorang mungkin bukan yang terbaik untuk yang lain. Setiap pelan perlu mempertimbangkan glukosa darah dan disesuaikan dengan keperluan.

Asasnya, orang yang menghidap kencing manis perlu mengambil hidangan utama yang lebih kecil tetapi kerap. Hidangan ringan mungkin tidak diperlukan untuk orang yang mengambil ubat oral, atau bagi mereka tahap insulin dalam badan yang masih terkawal.
Berbeza dengan mereka yang mengambil insulin mungkin memerlukan snek waktu tidur untuk mengelakkan hipoglikemia waktu malam. Bagi mereka yang mengambil insulin di antara pertengahan pagi pula mungkin memerlukan makanan ringan waktu petang.

Strategi Perancangan Makanan

Terdapat beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan seperti berikut:

1) Masa makan hidangan utama dan makanan ringan (tidak lebih daripada 4 jam tanpa makan)

2) Menghadkan karbohidrat halus dan menambah gula (sumber gula seperti kurma, manga)

3) Pelbagaikan pilihan makanan sihat untuk dapatkan nutrisi lengkap:

Karbohidrat kompleks - roti gandum, serat yang terdapat dalam kacang, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran.
Protein- ayam (tanpa kulit) atau ikan
Banyak sayuran - terutamanya yang hijau dan berdaun
Lemak lemak sihat yang terhad- minyak zaitun, kacang tanah atau kanola, walnut, badam dan biji flaks,omega.

Lebihkan sayur kurangkan karbohidrat, atau mudahnya suku suku separuh
suku karbohidrat  dan protein, separuh sayuran dan buahan”

4) Baca jurnal makanan

5) Belajar untuk membuat perubahan gaya hidup dan bukannya menjaga diet untuk jangka masa yang singkatPerancangan makan individu harus termasuk pengoptimalan pilihan makanan untuk memenuhi cadangan diet pemakanan yang disyorkan (RDA) / diet rujukan (DRI) untuk semua mikronutrien.

 Pelan Karbohidrat untuk pesakit kencing manis

 Pilihan A: Makanan Karbohidrat (nasi, pasta, bihun etc) yang berterusan

Pelan makan ini termasuk mengira gram karbohidrat. Karbohidrat perlu diagihkan sama rata setiap waktu makan untuk memastikan kandunganya berterusan setiap masa dengan kuantiti yang sama. Termasuklah hidangan snek setiap hari.Jenis karbohidrat boleh dipelbagaikan,objektifnya adalah untuk memadankan dengan dos insulin yang diambil.

Pilihan B: Mengira Roti Karbohidrat

Satu hidangan karbohidrat roti selalunya sama dengan 15 gram karbohidrat.  Pelan biasa untuk orang dewasa biasanya terdiri daripada tiga hingga empat pilihan karbohidrat untuk hidangan utama dan satu hingga dua untuk hidangan ringan.

Glukosa darah boleh naik atau terlalu rendah jika karbohidrat dimakan tidak sesuai dengan ubat yang diambil. Orang yang menghidap kencing manis boleh mendapatkan bantuan daripada ahli diet untuk memikirkan pelan pengiraan yang memenuhi keperluan khusus.


Pelan pemakanan diabetes yang baik boleh membantu pengurusan glukosa darah pada tahap normal dan membolehkan seseorang menikmati lebih banyak makanan, bukanya  perlu berlapar. Walau bagaimanapun bukan hanya glukosa yang perlu dititik beratkan, tetapi nutrisi lengkap untuk kesihatan menyeluruh. Diet diabetes adalah diet yang sihat untuk semua orang!




You Might Also Like

0 comments

Paling diminati