kulit sihat

Detok Wajah BERKESAN Hapuskan Jerawat

November 21, 2017

Jerawat pada wajah berpunca daripada toksin dalam badan,masalah hormon, stress dan juga diet yang tidak lengkap. Cuba atasi semua faktor ini dan lakukan rawatan yang khusus pada wajah. Bagaimana proses DETOK WAJAH BERJERAWAT?


Langkah pertama adalah melakukan proses detok atau menyahtoksin (luaran dan dalaman). Serta menstabilkan masalah hormon. Langkah langkah ini juga sesuai untuk mereka yang menghadapi kulit breakout akibat penggunaan kosmetik yang berbahaya.

Langkah Langkah Detok Wajah Untuk Hapuskan Jerawat

Langkah 1 - Mulakan detok dari dalam
Jerawat berpunca dari dalam, jadi betulkan sistem badan kita untuk pulih atau bebas jerawat sepenuhnya. Apa boleh anda lakukan untuk membantu memperbaiki kesihatan kulit??

- Minum banyak air kosong/air detok. Jika badan terdehidrasi boleh menyebabkan jerawat semakin teruk.
- Lakukan detok usus. Sisa toksin dalam usus boleh mengakibatkan kulit tidak sihat. Detox hati juga penting. Makan makanan yang membantu kesihatan hati, dan elakkan minum kafein dan alkohol. Ini kerana hati adalah pusat meneutralkan toksin dalam darah.
- Makan buah-buahan organik, sayur-sayuran, dan daging untuk mengelakkan bahan kimia/bertoksik. Hentikan tabiat merokok dan alkohol.
- Sebolehnya gunakan penapis air untuk mandi dan mencuci muka. Hadkan jumlah klorin/logam meresap padakulit anda.

Ketahui bagaimana detok dalaman disini.
  
Langkah 2- Lakukan rawatan jerawat hanya dengan bahan semulajadi.
Pastikan produk penjagaan kulit yang diambil adalah semulajadi. Ia juga bagus untuk kesihatan tubuh juga. TUKAR skincare anda jika ia bukan dari sumber semulajadi. Tips menukar skincare:

1.Hentikan skincare dalam 7-14 hari. Selalu bersihkan muka HANYA dengan air suam. Boleh juga menggunakan lemon, daun jambu batu secara lembut.
2. Membiarkan wajah neutral selama 7 hari iaitu bebas dari sebarang produk, sebelum menggunakan skincare baru yang semulajadi.
3. Apabila anda guna skincare baru, berlaku sesetengah jenis kulit dimana akan timbul jerawat, rashes, dry skin, oily (disebabkan effect mercury skincare lama). Teruskan penggunaannya tetapi pastikan hanya yang semulajadi.

Langkah 3 - Gunakan facemask bersifat detoksifikasi 
Bagi mereka yang berjerawat teruk, gunakan masker detok yang dibuat dengan tanah liat bentonit. Tanah liat ini bagus untuk mengeluarkan toksin dari kulit dan membersihkan liang-liang roma. Amalkan 2 minggu sekali. Ini antara langkah detok wajah yang wajib dilakukan.

Selangkan dengan masker bersifat antioksidan untuk memulihkan sel sel kulit yang rosak akibat radikal bebas. Campurkan lemon dan yougurt, cara mudah campurkan Vitamin C dan Vitamin E. Sapu rata dan biarkan kering sebelum dicuci dengan air suam.

Langkah 4 - Betulkan pengambilan diet dan nutrisi. 
Pakar dermatologi percaya jerawat disebabkan oleh kekurangan nutrisi. Mungkin anda tidak mendapat cukup vitamin atau mineral tertentu daripada makanan yang anda makan, dan ini menyebabkan jerawat. Sangat sukar untuk kita memakan 5 hingga 7 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran yang disyorkan setiap hari, jadi cara mudah ambil suplemen semulajadi untuk melengkapkan nutrisi yang diperlukan. Perlu diingat vitamin sangat banyak termasuk yang sintetik. ELAKKAN, ini juga punca toksin dalam badan meningkat. Ambil zat yang berunsur ANTIOKSIDAN dalam membantu memulihkan sel kulit seperti vitamin C dan vitamin E.

Langkah 5 - Stabilkan hormon
Pembentukkan jerawat sebenarnya sangat sangat berkait dengan perubahan hormon. Bagi wanita GLA complex boleh membantu stabilkan hormon estrogen. Untuk lelaki pula ada kajian mengatakan ia bergantung kepada kadar kolestrol dalam badan. Jika kolestrol tinggi, maka hormon lelaki testosteron akan merosot, oleh itu lelaki perlu kawal kolestrol dengan omega guard.

Hormon yang tidak stabil akan menyebabkan sebum (kilang miyak) menghasilkan minyak yang terlalu banyak. Sel kulit kemudiannya akan tersumbat, lama kelamaan akan ‘menjemput’ bakteria yang menyebabkan jerawat. Kulit menjadi merah dan bengkaki mengakibatkan radang kulit (jerawat) terjadi.

Langkah 6 - Ambil Masa
Rawatan untuk menghapuskan jerawat tidak boleh dalam masa yang singkat. Perlu berperingkat untuk sembuh sepenuhnya. Bermula dengan proses menyahtoksin, merawat luka dan menghilangkan parut.

Badan anda perlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan perubahan yang dibuat. Jika anda cuba mempercepatkan proses, mungkin keadaan lebih teruk. Elakkan dari menggunakan pembersih atau scrub kasar yang boleh melukakan kulit. Begitu juga krim atau foundation sebenarnya tidak bagus kerana menutup liang liang roma yang menghalang kulit bernafas.

Semoga boleh membantu, ingat pemilihan produk yang salah boleh memudaratkan kulit anda. Jangan mudah terpedaya dengan produk kecantikkan dipasaran. Pastikan yang semulajadi dan selamat.

Cantik Secara Semulajadi - Anti Penemuan Terbaik

You Might Also Like

0 comments

Paling diminati