Keluarga Sihat

Bengkak Tonsil - Gejala dan Rawatan yang Berkesan

November 08, 2017

Tonsil ialah sejenis tisu limfoid yang merupakan sebahagian dari sistem pertahanan badan. Tisu limfoid ini terdiri daripada sejenis sel dipanggil limfosit yang penting untuk bertindak melawan bakteria. Terdapat 3 jenis tonsil yang terdapat di rongga mulut:
1.Adenoids - tonsil yang terletak di belakang hidung.
2.Lingual - tonsil di belakang lidah.

3.Palatine - tonsil di tekak. Bengkak atau sesetengah orang akan terjadinya batu tonsil iaitu pembentukan biji keras putih atau kuning yang terletak di dalam tonsil.



Bagaimana Bengkak Tonsil atau Tonsillitis?

Tisu limfoid adalah sebahagian daripada sistem kelenjar limfatik diseluruh tubuh yang boleh membengkak sekiranya ada jangkitan. Begitu juga kelenjar limfatik di leher, boleh membengkak sekiranya terdapat jangkitan di dalam mulut misalnya.
Pembengkakan ini berlaku apabila tonsil menghasilkan lebih banyak sel untuk melawan penyakit. Tonsil ini akan menjadi bengkak dan menjadi radang yang disebut tonsilitis atau radang tonsil.

Tonsilitis ini disebabkan oleh jangkitan virus ataupun jangkitan bakteria di dalam tekak yang menyebabkan tonsil bengkak dan bernanah.

Bengkak tonsil dikalangan kanak kanak pula biasanya berlaku yang berumur 3 tahun ke atas, 2 tahun ke bawah jarang, tetapi tidak terkecuali. Paling ramai yang berumur 5-15 tahun. Kesannya anak anak kerap demam akibat tonsilitis. 

Antara gejala radang tonsil:
Nafas berbau
Sakit tekak yang kadang kadang teruk
Masalah menelan
Sakit telinga
Batuk berterusan
Leher bengkak
Suara garau atau hilang suara 
Berdengkur waktu tidur
Nampak serpihan putih atau kuning pada tonsil jika batu tonsil terbentuk.

Rawatan Bengkak Tonsil.

Pada kebiasaanya, doktor akan membekalkan antibiotik kepada pesakit sekiranya tonsil itu disebabkan oleh jangkitan bakteria dan bukannya virus

Ada juga yang memberi ubat tahan sakit seperti paracetamol untuk tujuan menahan sakit.
Pembedahan membuang tonsil atau tonsillectomy adalah jalan terakhir untuk mengelakkan radang tonsil daripada berulang-ulang. Ada pendapat pakar yang menyatakan bahawa membuang tonsil boleh mengurangkan sedikit sistem pertahanan badan. Pembedahan adalah singkat dan biasanya pesakit cuma duduk di dalam wad selama 2-3 hari sebelum dibenarkan pulang selepas pembedahan, jika tiada demam dan pendarahan.

 Alternatif Kepada Penyembuhan Bengkak Tonsil

Jangkitan kuman pada tisu limfotik yang menyebabkan tonsil membengkak boleh diatasi dengan suplemen yang bertindak sebagai antibiotik semulajadi dan meredakan keradangan sel.

Antaranya Garlic Complex dan Nutriferon  bertindak untuk memperbaiki sistem imun badan untuk melawan jangkitan. Omega guard untuk mengurangkan keradangan saraf. Vitamin C menghalang sel dari serangan radikal bebas dan ViVix untuk memulihkan sel sel yang rosak atau luka.

Untuk kanak kanak 10 tahun kebawah pula hanya omega guard, Vit C chewable dan nutriferon.

ubat bengkak tonsil


You Might Also Like

0 comments

Paling diminati