Keluarga Sihat

Bagaimana Hilangkan Kudis Buta

November 15, 2017

Kudis buta adalah sejenis jangkitan kulit yang berjangkit disebabkan kutu hama (Sarcoptes Scabies) . Tidak kira orang dewasa atau kanak kanak. Kutu betina akan masuk kedalam kulit, mengeluarkan telur dan mati. Telur-telur akan menetas menjadi kutu dan hidup selama 30 hari dan meninggalkan bahan-bahan buangannya, telur dan najis hama ini. Kitaran ini akan berulang ulang, jadi bagaimana nak hilangkan kudis buta.


Bagaimana Kudis Buta Berjangkit


Kudis buta selalunya berisiko pada mereka yang tinggal dalam suasana sesak seperti asrama dan pusat asuhan. Kebiasaannya sentuhan yang kerap memudahkan risiko kudis buta berjangkit terutama di kalangan ahli keluarga, rakan sebilik di asrama dan pusat asuhan bagi si kecil. Berkongsi tilam, bantal, tuala atau pakaian juga berisiko tinggi untuk dijangkiti. Kudis buta yang menjangkiti haiwan tidak boleh menjangkiti manusia, ia hanya akan menyebabkan ruam.

Tanda Tanda Jangkitan

Jangkitan akan meyebabkan tindakbalas alergi berlaku dan meyebabkan kesan gatal-gatal dan reaksi imunologi pada kulit. Kudis buta biasanya berkait dengan :


Bintik-bintik kecil berair , kesan trak scabies dalam kulit dan kesan megelupas jelas terdapat pada celah-celah jari tangan atau kaki.

Bintik merah – seperti ruam terutama dikawasan kedua-dua tapak tangan dan kaki.

Kegatalan kulit yang teramat sangat, lebih teruk di waktu malam dan selepas mandi air panas.

Garisan hitam beralun dan pendek pada kulit (tempat korekkan kutu)

Muncul garis halus kemerahan di bawah kulit.


Kawasan yang biasa dijangkiti kutu hama:


Dicelah-celah jari, tapak tangan
Bahagian dalam pergelangan tangan
Kawasan kemaluan, punggung
Sekitar pusat.
Celah-celah ketiak.
Siku, kaki dan buku lali.


Bagaimana Nak Hilangkan Kudis Buta dengan Berkesan

Bagaimana nak hilangkan kudis buta perlu mengetahui bagaimana jangkitan kudis buta berlaku. Ia
1. Pakaian, cadar atau apa material yang digunakan oleh pesakit  mestila dibasuh dengan air panas dengan caburan sabun untuk membunuh scabies, larva atau telur.
2.Masukkan barangan yang tidak boleh dicuci ke dalam beg plastik yang tertutup dan simpan selama sekurang-kurangnya dua minggu untuk membolehkan hama dan telurnya mati.

3. Perabut dan tempat tidur perlu dibersihkan dengan pencuci hampagas, jika boleh didedahkan pada cahaya matahari.

4. Orang yang bergaul rapat dan tinggal bersama orang yang telah dijangkiti kudis buta harus dirawat pada masa yang sama, tidak kira samada mereka ada rasa gatal atau tidak.

Rawatan

Pastikan pesakit kudis buta mendapat rawatan doktor. Kutu hama boleh hidup selama-lamanya pada permukaan kulit jika tidak dirawat dengan sewajarnya. Semua ahli keluarga atau sesiapa sahaja yang tinggal bersama dengan mereka yang dijangkiti perlu mendapatkan rawatan walaupun tidak menunjukkan apa-apa simptom penyakit kudis buta. Ini kerana simptom kudis buta hanya akan muncul dua hingga enam minggu setelah dijangkiti kutu hama. Oleh sebab itu perlu melakukan pemeriksaan bersama sama untuk mengatasi jangkitan ini sepenuhnya.

Kesan kesan luka pada kulit boleh dipulihkan dengan lebih cepat dengan pengambilan vivix dan dan vitamin C. Juga boleh amalkan herba blend untuk hilangkan parut dan lembutkan kulit yang terjejas akibat jangkitan. Cucian luar juga boleh menggunakan Basic H, cucian yang beralkali untuk neutralkan jangkitan pada kulit. Tetapi jangan lupa atau ambil remeh langkah membasmi untuk hapuskan kutu hama disemua tempat yang anda tinggal.

Pemulihan juga boleh dibantu dengan mengambil suplemen yang bersesuaian untuk pulihkan luka dan meningkatkan antibodi tubuh untuk melawan jangkitan merebak. Antaranya Vitamin C terbukti melidungi sel tubuh, Garlic complex dan Nutriferon untuk antibodi semulajadi dan Vivix pulih sel sel yang rosak. Hubungi kami untuk konsultansi vitamin yang diperlukan.



You Might Also Like

0 comments

Paling diminati