Diet Sihat

Bagaimana Detox Paling Berkesan

November 16, 2017

Detox bahasa mudahnya menyahtoksin dalam badan. Tujuannya untuk pembersihan dalaman agar kita lebih sihat. 

bagaimana detox paling berkesan

Proses menyahtoksin yang utama  adalah dibahagian hati. Hati bertindak sebagai penapis untuk mengasingkan toksin dan bakteria dalam darah. Dan meneutralkan toksin yang ditapis untuk  mengubahnya menjadi bahan yang boleh dihapuskan oleh buah pinggang.

Selain hati, saluran usus, buah pinggang, paru-paru, sistem limfatik dan kulit semuanya terlibat dalam sistem detox.

Apa Punca Toksin

Badan kita sendiri juga menghasilkan toksin. Punca punca lain adalah udara, air, makanan dan gaya hidup.

Udara - asap kenderaan, kilang kilang, pembakaran terbuka
Makanan - makanan bergula, bertoksik seperti makanan laut, makanan ringan (junk food)
Air - tahap kebersihan air yang tidak baik, mengandungi molekul karat yang kecil.
Gaya Hidup - Merokok, ubat-ubatan(drugs), tidak bersenam.

Siapa Yang WAJIB Berdetok

Obesiti
Masalah kulit, berjerawat, kusam
Masalah kesuburan
Masalah penghadaman/sembelit
Berat badan susah turun
Badan selalu letih
Sakit kepala
Stress dan sentiasa tertekan
Mudah Sakit

Jom  sama sama rasa keberkesannya. Setakat ini, mereka mereka yang mengamalkan detok bersama kami sudah pun merasakan perubahan besar dan dapat hasil yg sangat memuaskan.

Bagaimana toksin dibuang:
1.Melalui Peluh
2.Air Kecing & Najis
  
Bagaimana mengoptimumkan sistem detox badan kita:
1. Kawal toksin 
Kenal pasti punca toksin dan elak dari masuk ke dalam badan dan cukupkan nutrien yang diperlukan badan. Kesannya, proses menyahtoksin  atau detok akan lebih berkesan dan kesihatan kita pastinya lebih baik.

2. Ambil antioksidan.
Bagi setiap molekul toksin (asap rokok/racun perosak), yang masuk dalam badan, ia menghasilkan satu molekul radikal bebas. Radikal bebas ini akan merosakkan sel/DNA dalam badan, untuk meneutralkan radikal bebas pula tubuh kita memerlukan antioksidan seperti Vitamin C dan E, flavonoid, karotenoid.  

Berikut adalah beberapa makanan yang kaya dengan:
Flavonoid-: beri, pasli, bawang, teh hijau dan hitam, sitrus, dan coklat.
Karotenoid-: Labu, sayuran hijau seperti bayam,kailan, dan ubi keledek.

Bagaimana Detox Paling Berkesan

Pemakanan 
- Elakkan makanan bertoksin seperti makan laut terutamanya kerang, makan bergula.
- Lebihkan sayuran hijau( sumber antioksidan)

Bersenam
-Penting untuk memecah lemak yang mengandungi toksin untuk di keluarkan
-Lancarkan pengaliran darah untuk mengoptimumkan pengaliran darah sampai ke dalam   hati

Suplemen



*Keberkesanan detok juga bergantung kepada jumlah pemgambilan air setiap hari. Disarankan pengambilan air kosong campurkan lemon minimum adalah 3Liter.

Langkah BERDETOK dalam seminggu:  Langkah Langkah Detok

You Might Also Like

0 comments

Paling diminati