Hamil sihat

Atasi Kulit Kusam Ketika Mengandung

November 24, 2017

Tempoh kehamilan adalah saat yang mengujakan semua ibu. Walau bagaimanapun ada yang terganggu dengan kulit kusam ketika mengandung. Jangan biarkan ia berlarutan. Cari penyelesaian agar ibu sentiasa gembira dan anak membesar dengan sempurna. Emosi yang terganggu tidak baik untuk tumpembesaran anak.


Apakah Punca Kulit Kusam Ketika Mengandung

Antara punca utama adalah kekurangan cecair dan nutrien dalam tubuh yang bergerak dari ibu kepada bayi, serta perubahan hormon ibu yang dapat memberi kesan pada kulit.

Hormon ibu mengandung adalah berbeza dengan wanita normal.
Masalah hormon ini boleh menyebabkan kulit berjerawat dan kusam. Periksa dengan doktor ubat jerawat yang diambil, ini kerana tidak semua yang selamat untuk bayi dalam kandungan, walaupun ia hanya penggunaan luaran.

Kekurangan nutrisi dan air pula menyebabkan kulit tua dari usia. Berkedut dan kering tidak bermaya. Ibu mengandung perlukan nutrisi lebih untuk tumpembesaran kandungan, bukan hanya untuk ibu sendiri.

Suplemen Kulit Cantik Untuk Ibu Mengandung

Atasi masalah kulit kusam ketika mengandung dengan pengambilan suplemen, ia tak boleh disangkalkan lagi, ini terbukti juga kepada wanita yang tidak hamil yang mengamalkan suplemen, wajahnya lebih berseri kekal awet muda. Kulit yang cukup nutrisi  akan kekal anjal dan lembap dari dalam. Antaranya sumber protein, penting untuk pembentukkan sel sel kulit baru menggantikan sel kulit mati (10 juta) setiap hari. Bayangkan nutrisi ibu tidak mencukupi untuk tubuh badan sendiri kerana membekalkannya kepada kandungan. Pasti bukan sahaja kecantikkan malah kesihatan juga terjejas.

Wajah kusam sangat berkait dengan pemakanan, alam sekitar dan aktiviti kita seharian. Pemakanan yang bernutrisi lengkap sebenarnya boleh mengembalikan keremajaan kulit, bukan hanya ibu hamil, malah setiap orang yang inginkan kulit sihat berseri perlu menjaga pemakanan dan aktiviti harian.

Walaupun banyak suplemen atau produk produk kecantikkan di pasaran, tetapi bagi ibu hamil jangan sesekali ambil sebarangan, pastikan produk yang dijamin selamat, dan perlu diutamakan yang semulajadi. Set ibu hamil shaklee sebenarnya sudah lengkap dan berkesan untuk ibu ibu tampil berseri, bebas dari kulit kusam ketika mengandung. Pengambilan kolagen shaklee juga selamat untuk ibu hamil. Vitamin untuk kulit sihat:

ESP - Bekalkan protein untuk bina sel sel kulit dan tambah tenaga ibu.
Bcomplex - Baik untuk saraf saraf ibu dan elakkan kecacatan pada janin.
Vitamin C - Melindungi sel dari radikal bebas dan membantu penyerapan zat besi untuk menaikkan Hemoglobin. Juga bagus untuk hilangkan jerawat.
Vita E - Menjadikan kulit sihat dan cerah, lembap semulajadi. Gunakan sebagai masker sangat sangat berkesan untuk segarkan kulit wajah.
Kolagen - Menganjalkan kulit.

Penjagaan Wajah

Penjagaan wajah bukan bermakna ibu perlukan makeup, tetapi penggunaan pencuci muka, masker dan losyen untuk menyegarkan kulit. Pastinya hanya skin care yang semulajadi digunakan oleh ibu.

Untuk pemakaian masker boleh dibancuh sendiri seperti Vit C + Vit E, ESP + Vit C, sapu dan biarkan kering sebelum dicuci. Ini sebenarnya sudah cukup membantu memulihkan kulit ibu. Boleh dilakukan setiap hari sebelum tidur. Begitu juga penggunaan scrub, hancurkan alfafa satu bijik dan gosok pada kulit. Bilas dengan air suam.  Air suam boleh diamalkan setiap hari ketika mencuci muka, liang liang roma lebih terbuka dan mudah untuk cucikan kotoran seperti minyak yang tersumbat. Kesan yang sangat mengujakan ibu ibu semua. Jangan malas untuk mencuba!!!.

Amalan Lain Untuk Atasi Kulit Kusam Ketika Mengandung

Banyakkan minum air kosong
Air membantu untuk melembapkan kulit dan wajah. Ia membantu melancarkan proses pencernaan serta perkumuhan, seterusnya membuang toksin dalam badan.

Buah buahan dan sayur sayur sayuran segar
Amalkan diet seimbang, lebihkan sayuran hijau dan buah berserat sebagai menu makanan seharian seperti kurma, buah tin, kekacang, minyak zaitun, delima dan lain lain yang akan membuatkan kulit lebih elastik, lebih segar berseri.

Aktiviti senaman
Walaupun hamil perlu bersenam, ibu perlu pelajari teknik senaman ibu hamil untuk memastikan ibu dan kandungan selamat, malah makin sihat. Atau amalkan aktiviti ringan seperti berjalan dan regangangan otot.

Kawal emosi
Emosi ibu hamil pastinya kadang tidak menentu, ini adalah normal tetapi perlu mencuba untuk mengawal, elakkan dari perasaan marah dan tertekan. Cuba jauhkan diri dari hal yang mengundang keresahan ibu. Amalkan zikir zikir untuk tenteramkan hati kita kerana emosi yang tidak stabil boleh tegangkan  wajah.

Mengandung Bukan Alasan 

Untuk Tidak Cantik Beseri



You Might Also Like

0 comments

Paling diminati