Keluarga Sihat

Apa Penyebab Mata Katarak

November 08, 2017

Katarak adalah selapuk putih pada kanta mata. Ia merupakan punca utama kehilangan penglihatan, rabun atau buta dikalangan individu yang berumur 40 tahun keatas dan merupakan punca utama buta di dunia.


Jenis-jenis Katarak

Katarak subkapsular berlaku di bahagian belakang kanta. Orang yang menghidap diabetes atau mereka yang mengambil ubat steroid yang tinggi mempunyai risiko yang lebih besar untuk membina katarak subkapsular.

Katarak nuklear membentuk dalam zon pusat (nukleus) kanta. Katarak jenis ini biasanya dikaitkan dengan penuaan.

Katarak kortikal dicirikan seperti selapuk putih yang bermula di tepi kanta dan berkembang ke tengah. Katarak jenis ini berlaku di korteks kanta, yang merupakan bahagian lensa yang mengelilingi nukleus pusat (anak mata). Untuk penelitian yang jelas, pesakit perlu mendapatkan pemeriksan pakar optometri.

Tanda-tanda katarak

Pada permulaan katarak, penglihatan akan sedikit kabur atau kurang jelas walaupun pada jarak normal.

Katarak boleh membuat cahaya dari matahari atau lampu kelihatan terlalu terang. Atau silau apabila memandu pada waktu malam. Jika melihat warna juga tidak kelihatan cerah seperti yang sepatutnya.

Simptom berbeza mengikut jenis katarak yang dihadapi. Contoh katarak nuklear, pada permulaan ia dapat meningkatkan penglihatan tetapi hanya sementara. Malangnya, penglihatan yang bertambah baik itu akan hilang apabila katarak bertambah buruk. Sebaliknya, jenis katarak subkapsular tidak menunjukkan apa-apa gejala sehingga ia merebak.

Faktor Penyebab Mata Katarak

Kanta di dalam mata berfungsi seperti lensa kamera yang memfokuskan cahaya ke retina untuk penglihatan yang jelas. Ia juga menyesuaikan fokus mata, membolehkan kita melihat benda dengan jelas dekat atau jauh.

Pembentukkan kanta dalam mata kita sebenarnya daripada air dan protein. Tetapi apabila umur meningkat, pembentukkan protein tidak sempurna dan boleh bergumpal bersama-sama yang membentuk selapuk pada kanta mata. Gejala ini dipanggil AGE Protein. Dari masa ke masa ia boleh menjadi lebih besar dan selapuk menutupi kanta, menjadikannya mata rabun dan tahap kroniknya buta.

Bukan hanya katarak, tetapi penyakit-penyakit seperti Kanser, Alzheimer, sakit jantung, diabetis type 1, tekanan darah tinggi, masalah buah pinggang,  stroke dan masalah kulit adalah akibat daripada AGE berlebihan.

Apakah AGE Protein

AGE ialah singkatan dari Advanced Glycation EndProducts, zat ini dibentuk dari gula dan protein berlebihan yang saling terikat. AGEs berasal dari dua sumber dari makanan yang kita makan dan boleh juga dikeluarkan oleh tubuh. Jika kita makan makanan dengan kadar gula tinggi (Glycemic index yang tinggi), maka ia dapat memberikan petanda kemunculan AGE. Pembentukan AGE dirangsang oleh komponen seperti stress, penyakit,tidur yang tidak cukup. Gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok dan sinar matahari berlebihan.

Terbukti apabila penyelidik di seluruh dunia telah mengenal pasti faktor-faktor yang boleh menyebabkan katarak selain faktor usia, ia berkait dengan faktor AGE protein. 
Antara faktor katarak adalah:

Sinaran ultraviolet (UV) dari cahaya matahari dan sumber lain.
Diabetes
Hipertensi
Obesiti
Merokok
Penggunaan ubat steroid yang berpanjangan
Ubat statin digunakan untuk mengurangkan kolesterol
Kecederaan mata atau radang mata
Pernah melakukan pembedahan mata
Terapi hormon
Penggunaan alkohol
Sejarah keluarga

Juga bagi lelaki yang mengambil ubat prostat tertentu boleh menyebabkan katarak iaitu sindrom floppy iris intraoperative (IFIS).

Satu teori pembentukan katarak yang mendapat sokongan adalah katarak disebabkan oleh perubahan oksidatif dalam kanta mata manusia. Ini disokong oleh kajian pemakanan yang menunjukkan buah-buahan dan sayur-sayuran yang tinggi antioksidan dapat membantu mencegah katarak.

Mekanisme Menghalang Pembentukan AGE Protein

Penting bagi menghalang pembentukkan katarak dari awal dengan mengetahui mekanisme yang boleh menghalang pembentukkan age protein. Selain dari pemakanan dan gaya hidup sihat, mekanisme ini boleh dibantu dengan pengambilan VIVIX.

Rawatan Katarak

Pada tahap awal katarak, penglihatan yang kabur boleh diatasi dengan menggunakan kacamata baru, bifocal yang kuat, pencahayaan yang sesuai atau bantuan visual yang lain.

Apabila katarak mula membesar, ia boleh mengurangkan kadar penglihatan dan mempengaruhi kehidupan harian anda dan tahap yang kronik akan menyukarkan pergerakkan.

Ramai orang menganggap penglihatan yang buruk adalah faktor penuaan yang tidak dapat dielakkan, tetapi pembedahan katarak adalah prosedur yang mudah dan tidak menyakitkan untuk memulihkan penglihatan.

Pembedahan katarak sangat berjaya dalam memulihkan penglihatan. Sembilan daripada 10 orang yang menjalani pembedahan katarak mendapatkan semula penglihatan yang sangat baik.

Semasa pembedahan, pakar bedah akan mengeluarkan kanta pada mata dan dalam kebanyakan kes menggantikannya dengan kanta intraokular plastik yang jelas (IOL).

Untuk penjagaan mata sihat kita memerlukan Alpha Carotene yang membantu kesihatan mata seperti penglihatan waktu malam dan menghalang degenerasi penglihatan. Pengambilan Zeaxanthin pula melindungi mata dengan menuras cahaya gelombang biru pendek (UV) berbahaya. Kedua dua ini boleh diperolehi dari Caratomax 

You Might Also Like

0 comments

Paling diminati