Diet Sihat

5 Tips Kempiskan Perut Yang Mudah Diamalkan

November 18, 2017

Perut buncit adalah tanda penyakit bermula. Masalah perut buncit selalunya dihadapi oleh mereka yang sudah berumah tangga. Mungkin sibuk menguruskan hal keluarga dan bekerja, terutamanya dikalangan lelaki. Tidak terkecuali wanita setelah melahirkan anak. 


Antara tips kempiskan perut yang sangat berkesan jika konsisten adalah:

1.Makan
Kurangkan nasi atau karbohidrat dan gula, lebihkan sayuran hijau dan buahan. Kecilkan saiz hidangan tapi ambil lebih kerap. Jarakkan pengambilan air selepas makan sekurang kurangnya 30 minit. Elak dari minuman berais. Amalkan air suam.

2.Posisi
Amalkan posisi duduk yang betul. Tegakkan tulang belakang dan beri tekan pada bahagian perut kedalam. (keadaan yang sama jika memakai bekung/korset )
 



3.Teknik Pernafasan
Tarik nafas dan kembungkan perut. Hembus nafas dan kempiskan perut. Pergerakkan pada obdomen perut sangat sangat membantu unutk langsing dan ramping.
 
4.Senaman
Lakukan sit-up setiap hari secara konsisten. Waktu bangun pagi dan malam sebelum tidur hanya untuk 5-10minit adalah wajib. Anda perlu juga bersenam 3 -4 kali seminggu.


5.Air Detok
Amalkan air detok setiap masa, iaitu 8-10 gelas setiap hari(mengikut berat badan) sebagai ganti air kosong.Paling ringkas air kosong ditambah perahan lemon.Penting untuk detok usus iaitu menyahtoksin dalam badan. Kesannya juga anda lawas membuang setiap hari. Lagi resepi air detok disini.

Jom amalkan tips kempiskan perut ni dengan konsisten pasti kesannya sangat memuaskan anda. Kepada yang mengunakan sapuan losyen panas pastikan kesemua bahan bahannya adalah yang semulajadi. Bukan hanya langsing tetapi kesihatan tubuh itu adalah keutamaan.

__________________________________________________________________________________________________‘Bagaimana Turunkan berat badan dengan mudah lepas bersalin’

You Might Also Like

0 comments

Paling diminati