keperluan ibu hamil dan berpantang

Keperluan Wajib Ibu Lepas Bersalin

October 20, 2017

Berpantang sangat penting untuk pulihkan tubuh ibu selepas bersalin, antara keperluan dalaman ibu berpantang adalah nutrisi lengkap dan ubat ubatan. Keperluan luaran pula terutamanya untuk kecutkan otot perut seperti berbekung, berurut untuk betulkan urat urat tersimpul, bertungku untuk keluarkan sisa darah dalam rahim. Kedua dua ini sangat penting untuk kembalikan kesihatan ibu.

Persedian sebelum berpantang seharusnya dilakukan pada akhir trimester kedua atau seawalnya  sebelum sarat. Ini kerana jangkaan bersalin tidak selalunya tepat, ada ibu ibu yang bersalin awal dari tarikh jangkaan.  Jika tidak kemungkinan keperluan dalam pantang tidak dapat disediakan dengan baik lebih lebih lagi bagi ibu yang akan berpantang sendiri lepas bersalin.




Amalan Wajib Berpantang Untuk Pulih Sepenuhnya
Menyusu Bayi
Menyusu sebenarnya bukan amalan tetapi keperluan untuk bayi, yang juga membantu proses pengecutan rahim, rasa mengigit atau berdenyut di bahagian perut adalah normal setiap kali bayi menyusu.

Memakai Stokin
Tapak kaki adalah bahagaian yang paling mudah masuk angin. Ibu digalakkan memakai stokin sebaik sahaja bersalin atau selepas selesai mandi wajib Wiladah.

Mengambil Vitamin untuk pulihkan badan
Pengambil vitamin bukan hanya selepas bersalin, ketika hamil juga sangat digalakkan dan manfaatnya bukan sahaja untuk ibu, malah bayi dalam kandungan. Vitamin ibu hamil dan berpantang tidak banyak beza, tambahan untuk ibu hamil adalah zink untuk mempercepatkan penyembuhan luka jahitan.

Selepas bersalin, hospital akan bekalkan beberapa vitamin untuk ibu seperti Iron dan B Complex. Tetapi untuk dapatkan yang lebih lengkap dan semulajadi boleh dapatkan set berpantang  Shaklee. Jika ibu telah mengamalkan set hamil boleh diteruskan dengan tambahan zink sahaja.

Kesannya pasti badan lebih bertenaga dan cepat pulihMalah lebih efektif dalam menghasilkan susu badan. Bayi yang menyusu badan akan lebih kenyang, tidak seperti jamu jamu yang bersifat panas dalam dan menyebabkan kuning bayi semakin tinggi. Sebab itu selalunya jururawat akan mengingatkan ibu ibu agar tidak mengambil jamu atau herba selagi bayi ada kuning.
>>>info lanjut 

Memakai Bengkung
Ibu yang dah bersalin memang faham bagaimana keadaan perut selepas bersalin, menggelebeh dan berlipat, untuk kembalikan keanjalan perut dan membantu peranakan kembali ke saiz asal, ibu mesti rajin memakai bengkung.

Cara mudah hanya mengunakan bengkung ‘zip-zap’, mudah pakai dan mudah ditanggalkan, tetapi kesannya kurang sedikit dari bengkung bertali (yang dipakai dengan betul), dan pastikan dilapit dengan kain atau baju untuk mengelakkan kulit melecet akibat berpeluh. Jenis bengkung zip zap selalunya polimer yang tidap serap peluh.

Sekarang sudah ada macam-macam jenis bengkung. Ibu ibu boleh pilih mengikut kesesuaian sendiri. Untuk bengkung bertali memang memerlukan pertolongan, minta tolong suami atau tukang urut yang mengurut pada minggu pertama berpantang. Seterusnya boleh menggunakan zip zap bagi yang berpantang sendiri.

Bertungku
Amalan bertungku adalah wajib untuk ibu berpantang. Mulakan bertungku sebaik sahaja pulang dari hospital. Ini sangat penting untuk melancarkan pengeluaran darah beku dan proses pengecutan di dalam rahim . Lakukan 2 kali sehari paling kurang selama 2minggu selepas bersalin. Jika diabaikan dikhuatiri ibu berpantang terkena serangan angin atau bentang yang boleh menyebabkan sakit badan berhari-hari.

Sekarang sudah ada pelbagai jenis tungku dijual, kebiasaanya yang berbentuk panjang, tungku herba dan tungku elektrik, tetapi tungku yang paling selesa adalah tungku batu sungai yang dipanaskan, rasa lebih ‘kena’ diperut. Ini adalah dari pengalaman saya, tungku batu sungai juga adalah tungku orang dulu dulu. Bentuk dan berat yang sesuai untuk kita bertungku sendiri. Jangan lupa minta nasihat cara bertungku dengan betul dari tukang urut dan bahagian yang perlu bertungku.


Berurut
Berurut sangat penting dan tidak boleh diabaikan. Walau bagaimanapun perlu dilewatkan sehari dua untuk rehatkan otot otot badan selepas ibu meneran ketika bersalin. Tetapi tidak boleh dilewatkan, seeloknya selepas keluar dari hospital. Badan rasa lega sedikit bila diurut dan boleh lancarkan pengeluaran susu ibu, ini boleh mengelakkan dari payudara bengkak.

Ibu yang bersalin secara pembedahan juga boleh berurut  untuk keluarkan angin dalam badan tetapi elakkan mengurut di bahagian perut dan urut lebih perlahan daripada ibu yang bersalin normal.

Mandi Air Rebusan Dedaun
Kebiasaan mandi rebusan ini selepas mengurut, antara rebusan daun kunyit, serai wangi, daun limau purut, pandan dan beberapa jenis lagi. Ada juga dedaun mandian ini dijual dalam bentuk yang dikeringkan, lebih mudah direbus.

Gunakan air rebusan untuk mandi pagi dan petang sepanjang tempoh berpantang. Atau boleh mengamalkan mandi air rebusan ini 1-2 minggu atau lebih, bergantung kepada individu. Setiap rebusan boleh digunakkan untuk 3 hari. Kesannya air rebusan  ini dapat mengembalikan kecergasan tubuh dan urat saraf.

Tidur dan Rehat Secukupnya
Tidur dan rehat yang cukup semasa berpantang adalah penting untuk mengelakkan rasa pening dan penat melampau. Biarpun ibu tidak melakukan kerja-kerja berat, badan ibu dalam proses penyembuhan akan mudah penat dan letih. Jadi, ambillah peluang semasa bayi tidur untuk rehat atau tidur seketika, tetapi tidak boleh tidur seharian setiap kali bayi tidur. Ini juga menganggu kesihatan ibu.

Jika bayi meragam perlu meminta pertolongan suami agar ibu berpeluang tidur. Tetapi bangun untuk menyusukan bayi 3-4 jam sekali. Rehatlah secukupnya untuk memastikan ibu terus bertenaga, cepat sembuh dan membantu pengeluaran susu sentiasa lancar.

Makan Makanan Yang Berkhasiat
Makan makanan yang berkhasiat seperti ikan-ikan segar, ayam, sayuran hijau seperti kailan, pegaga dan sawi. Elakkan snek yang tidak sihat, tukar kepada kurma, kismis atau biskut kosong. Minum air yang banyak untuk memastikan badan kita tidak mengalami dehidrasi dan akan mengganggu penghasilan susu badan. 

Cara Makan Seharian
Cara makan juga sangat penting, terutamanya pengambilan nasi putih. Nasihat saya ibu perlu mengawal makan dengan cara mengurangkan kuantiti nasi tetapi boleh diambil lebih kerap, untuk mengelakkan perut mengelebeh, atau buncit. Jarakkan masa meminum air selepas makn. Ambil buah buahan sebelum makan.

Berpantang 100 Hari
Kebiasaanya ibu-ibu berpantang 44 hari, tetapi saranan dari mereka yang lebih berpengalaman perlu berpantang 100 hari dan mesti elakkan bersama suami untuk memulihkan peranakan dan kesihatan ibu. 

Semoga bermanfaat untuk ibuyang bakal berpantang atau sedang berpantang, juga ketahui perkara yang perlu dielakkan ketika berpantang iaitu pantang larang ketika berpantang. Baca sini

You Might Also Like

0 comments

Paling diminati