Pecah Berdarah

Rawat Tumit Pecah Dengan Mudah Dan Berkesan

October 02, 2017

3 Langkah Mudah Lenyapkan Rekahan Tumit
Rekahan pada tumit disebabkan dehidrasi kulit yang teruk kerana kekuranga air. Kesannya sangat memedihkan jika dibiarkan melarat, sehinggakan sesetengah orang keadaan tumitnya pecah dan berdarah sehingga tidak boleh berjalan secara normal. Keadaan ini juga mudah terjadi kepada ibu hamil. 


Punca Tumit Pecah
Kekurangan air dalam badan, kelembapan kulit sangat bergantung pada pengambilan air secukupnya.

Penggunaan sabun yang tidak sesuai boleh menyebabkan kulit bertambah kering.

Masalah Kencing manis yang boleh menyebabkan dehidrasi.

Obesiti kesan menampung berat yang berlebihan.

Amalan pemakanan yang tidak sihat.

Selalu terdedah kepada kotoran dan dan dijangkiti kuman.

Terdedah kepada suhu sejuk/bilik berhawa dingin dalam tempoh yang lama.

Langkah mudah ini tidak memerlukan belanja yang besar, hanya perlu konsistan dan amalkan sehingga pulih.

1. Pastikan tumit bersih, cuci menggunakan sabun dan berus untuk hilangkan segala kotoran setiap hari.
2. Lap dan keringkan tumit. Sapukan dengan getah betik muda. Biarkan selama 15 minit atau sehingga kering dan cuci bersih.
3. Sapukan losyen untuk melembapkan kulit kaki, pilih losyen yang semulajadi seperti herba blend untuk elakkan kesan sampingan.

Amalkan setiap hari atau 3 4 kali seminggu sehingga pulih dengan konsisten untuk kesan yang pantas.  Petua ini sebenarnya saya dapat dari seorang bidan yang berumur 80an tetapi kulit tumit beliau seperti remaja, dan memang berkesan               

Penjagaan Kaki
Memakai stokin untuk elakkan kaki terdedah kepada suhu sejuk terlalu lama dan elak dari kotoran.
Pastikan kaki dicuci bersih untuk elakkan jangkitan kuman sebelum tidur.
Pengambilan air yang mencukupi untuk membekalkan air secukupny untuk kelembapan kulit.
Pemakanan yang bernutrisi lengkap seperti cukupkan protein yang ada asid amino lengkap juga membantu mempercepatkan proses pemulihan.
Digalakkan untuk merendam air suam bagi melembapkan kulit dan melancarkan peredaran darah.

You Might Also Like

0 comments

Paling diminati