anemia ibu hamil

Punca Hemoglobin,HB rendah walaupun dah ambil suplemen zat besi

October 07, 2017

Hemoglobin yang rendah ini sebenarnya satu penyakit iaitu anemia. Anemia boleh terjadi kepada sesiapa tidak kira lelaki atau wanita, lebih lebih lagi ibu hamil akan mudah menghadapi anemia. Tidak kira peringkat umur termasuk kanak kanak, jika keadaan hemoglobin di paras kritikal dan berterusan. Oleh itu perlu atasi HB low dari awal untuk mengelakkan anemia.  

Kesan anemia sangat membimbangkan, produktivi dan kualiti seseorang akan terjejas iaitu bermasalah untuk fokus ketika berkerja, belajar dan tugas harian yang lain kerana mudah pitam, tidak bertenaga. Bagi ibu hamil boleh membahayakan nyawa anak dan ibu.

Penghasilan Hemoglobin memerlukan zat besi. Oleh tu kadar serapan zat besi dalam badan yang optimum sangat penting. Walau bagaimana pun ada juga kajian yang mengatakan HB low juga disebabkan kekurangan asid folik dan vitamin B12, oleh  itu sangat digalakkan bagi ibu hamil mengambil vitamin B Complex yang lengkap kesemua vitamin B.
Bagaimana Meningkatkan Serapan Zat Besi?

Terdapat kajian yang menunjukkan pengambilan vitamin C bersama zat besi (iron) akan meningkatkan lagi kadar Hemoglobin dalam badan berbanding pengambilan hanya zat besi oleh seseorang. Dan juga pengambilan bersama protein haiwan iaitu daging, ayam dan ikan.

Elakkan pengambilan zat besi bersama kopi, teh, garam, magnesium dan kalsium yang mengikat zat besi, ini bermakna kadar serapan zat besi berkurang.

Disarankan untuk mengambil tablet zat besi bersama vitamin C dari sumber semulajadi sebagai suplemen tambahan. Amalkan pemakanan yang seimbang. Lebihkan pengambilan kurma, delima dan buahan lain dan sayuran hijau yang mengandungi zat besi yang tinggi.

Pemilihan vitamin juga mempengaruhi paras Hemoglobin, iaitu yang mudah diserap dan dihasilkan dari bahan bahan semulajadi yang terbaik, seperti sustained release vitamin C yang dilepaskan secara berperingkat dalam badan dan memastikan Vitamin C dibekalkan setiap masa dalam badan, bukannya diserap sekaligus.  Vitamin Zat besi pula kebanyakkannya mempunyai bau dan rasa yang kuat, selalunya tindak balas dengan ibu hamil akan muntah, sebab itu penting  memilih yang mudah ditelan dan tanpa bau yang kuat seperti multivitamin(with iron) 

Kesan HB rendah

Oksigen dibekalkan keseluruh anggota badan melalui sel darah merah (hemoglobin). Kekurangan hemoglobin menyebabkan kurangnya oksigen dalam darah, seterusnya mengurangkan oksigenasi sel sehingga proses metabolisma menurun dan fungsi sel tidak optimal. Kesannya kadar serapan zat zat lain dari makanan juga menurun.

Apabila ini berterusan iaitu metabolisma badan berkurang, selera makan seseorang juga berkurang. Keupayaan tubuh untuk memproses makanan yang diambil juga berkurang. Kesan fizikal mula dirasai iaitu mudah pitam, penat tidak bertenaga. Disamping itu, zat besi juga penting untuk hati dan sumsum tulang

Bagi ibu hamil keadaan HB low yang berterusan berisiko dengan keguguran, juga perkembang otak bayi, dan masalah kuning/ jaundis ketika lahir. Juga membahayakan nyawa ibu ketika bersalin.

Baca lanjut >>> Keperluan ibu hamil 

You Might Also Like

0 comments

Paling diminati