keperluan ibu hamil dan berpantang

Pantang Larang Ibu berpantang

October 12, 2017

Pantang larang bagi ibu berpantang sebenarnya mengikut orang dulu dulu terlalu banyak. Dari segi pemakanan, penjagaan tubuh dan aktiviti harian.
Walaupun kita berpantang sendiri perlu cuba sedaya upaya meninggalkan atau elakkan pantang larang ini supaya ibu pulih dengan cepat.


Penjagaan Tubuh dan Aktiviti Harian
Ibu jari kaki terlanggar
Jaga langkah supaya ibu jari kaki tidak terlanggar meja kerusi atau apa-apa objek keras. Jika terlanggar ibu boleh mengalami pendarahan yang banyak atau bentan. Berjalan perlahan lahan walaupun ibu tidak merasa sakit atau perit luka, untuk elakkan tersadung dan jahitan mudah terbuka.

Duduk mencangkung dan bersila
Elak dari duduk mencangkung untuk mengembalikan kesihatan peranakan. Duduk mencangkung semasa pantang boleh menyebabkan peranakan turun dan melemahkan otot-oto perut. Tidak kira bersalin normal atau secara pembedahan. Duduk bersila juga  boleh menyebabkan regangan pada jahitan, elakkan agar jahitan tidak mudah terbuka. Seeloknya duduk dengan luruskan dan merapatkan kaki ke depan.

Angkat berat
Ibu hanya boleh mendukung bayi yang baru dilahirkan, jangan sesekali mendukung atau mengangkat anak kecil lain atau barang yang berat. Kesan pada otot perut dan rahim ibu yang belum sembuh boleh menyebabkan peranakkan jatuh.

Bermain handphon
Bermain phone seperti ‘scroll FB’ terlalu lama sebenarnya menjejaskan saraf mata dan kepala. Nampak remeh tapi kesan ini dirasai selepas berpantang atau mungkin sebelum habis berpantang. Walaupun bosan tidak melakukan apa apa aktiviti, jangan sesekali mengunakan phone seharian.

Tempat sesak
Jangan sesekali berada di tempat awam selain dari klinik atau hospital dengan tujuan mendapatkan rawatan. Bukan sahaja untuk ibu malah bayi yang masih terlalu kecil untuk pencemaran dari luar. Sistem imum bayi terlalu lemah untuk terdedah dengan orang ramai. Kenduri, shopping mall, atau dimana sahaja yang sesak mudah dijangkiti virus.

Pemakanan
Walaupun mengikut ilmu perubatan moden, tidak ada apa apa pantang untuk ibu bersalin tetapi kita perlu melihatnya juga pada perubatan tradisional. Begitu banyak pantang larang untuk ibu bersalin dan pengambilan herba. Kesannya boleh dilihat pada orang orang dahulu yang mengamalkanya sentiasa sihat bertenaga walaupun lanjut usia.

Masakan
Tidak semua hidangan yang dimasak sendiri elok untuk ibu berpantang, elakkan dari mengambil lauk berminyak seprti rendang, kuah kacang (hidangan hari raya), laksa.

Ikan keli atau yang mempunyai bisa
Ikan keli adalah ikan yang mempunyai bisa. Ikan yang berbisa boleh menyebabkan turun darah atau bentan. Ikan haruan adalah ikan yang terbaik untuk dimakan untuk menyembuhkan luka selepas bersalin. Tetapi ikan haruan juga tidak bagus jika diamalkan dengan kuantiti yang banyak bagi mereka yang bersalin caeser.

Makanan berubi
Jangan makan jenis ubi-ubian seperti keledek, keladi dan ubi kayu kerana badan mudah berangin dan perut kembung. Juga boleh mengganggu pencernaan ibu dan bayi yang menyusu.

Sayuran berjalar/sejuk
Antara sayur-sayuran sejuk ialah kobis, petola, kangkung dan cili. Pengambilan sayur-sayuran ini boleh menyebabkan ibu kembung dan sakit-sakit badan seperti demam urat. Begitu juga bayi akan mudah kembung. Tapi jika ibu bengkak susu elok panaskan daun kubis dan ditekap di payudara.

Buah buahan
Sama seperti sayuran, buah buahan yang sejuk dan berangin seperti duku , tembikai, rambutan, nangka tidak boleh diambil untuk kebaikkan urat saraf ibu dan juga perut bayi yang menyusu susu ibu. Disaran hanya mengambil seperti oren, epal, pear, kurma.


Baca Lanjut >>> Amalan wajib berpantang

You Might Also Like

0 comments

Paling diminati