Hamil sihat

Makanan Yang Selalu Diambil Tapi Penyebab Susah 'Lekat'

October 05, 2017

Tanpa kita sedar sebenarnya pemakanan harian kita sangat sangat memberi kesan kepada masalah kesuburan. Jika tidak dielakkan  akan makin melarat. Bagi yang merancang untuk hamil jom semak antara:

#1 Elakkan memakan makanan segera atau fastfood memang mengandungi kandungan garam, MSG dan pengawet yang tinggi dan memang boleh menyebabkan kepada  masalah ketidaksuburan. Dan juga apa apa makanan yang diproses/ditinkan. Makan makanan yang sihat dan kalau boleh yang dimasak di rumah.

#2 Elakkan  mengambil produk kecantikkan/suplemen yang tidak berasakan bahan semulajadi. Produk ini boleh menganggu sistem hormon dan kesihatan dalaman, seterusnya masalah kesuburan.

#3 Elakkan selalu memakan dan meminum makanan bergula, kerana ianya boleh menyebabkan kandungan gula dalam darah yang tinggi dan menjadi sumber makanan kepada parasit dalam badan. Banyakkan minum air kosong untuk proses detok/bantu proses penghadaman. Elakkan minuman bergas. Buah buahan yang tinggi gula seperti durian. Buah yang tajam seperti nenas.

#4 Elakkan pengamalan soya Non-GMO, walaupun soya boleh mencantikkan kulit ibu dan anak yang bakal lahir nanti tetapi biasanya akan timbul masalah lain pula. Selalunya berkaitan dengan kulit, biasanya masalah kulit sensatif yang teruk pada bayi. Elakkan meminum non GMO soya setiap masa. Masalah lain seperti kerapuhan tulang juga berlaku. Walau bagaimana pun pemilhan soya yang betul sangat sangat membantu dalam kesihatan ibu seperti  ESP.

#5 Elakkan makan ayam yang dicucuk atau kurangankan pengambilannya. Lebihkan ikan atau daging untuk kesihatan yang berpanjangan. Atau beli ayam organik  atau ayam kampung yang banyak dijual sekarang ini. Banyak pilihan untuk mendapatkan bekalan ayam dan daging tanpa bahan perangsang tumbesaran.

Penting bagi wanita mengambil asid folik sebelum hamil paling kurang 3 bulan sebelun merancang untuk hamil bagi menguatkan rahim. Apapun, kita hanya berusaha dan merancang, yang menentukannya Allah. Ikhtiar dan doa itu sebagai usaha, serahkan kepada yang maha kuasa untuk segalanya. 

Selain dari pemakanan, aktiviti harian dan persekitaran kita juga memberi kesan yang besar. Merokok, tidak bersenam atau terlalu lasak juga tidak digalakkan. Amalkan juga tips mudah hamil disini.


You Might Also Like

0 comments

Paling diminati