Diabetes

Langkah Kawal Gula Ketika Hamil

October 21, 2017

Gula dalam darah yang tinggi semasa kehamilan di kenali sebagai diabetes gestational. Berat badan yang berlebihan sebelum hamil, sejarah keluarga kencing manis, sejarah ibu yang melahirkan bayi yang besar, dan ibu yang berumur lebih dari 25 tahun adalah berisiko untuk penyakit kencing manis ketika kehamilan.

Salah satu sumber tenaga untuk tubuh ialah gula (glukos) yang diperolehi dari makanan. Badan kita menggunakan sejenis hormon yang di panggil insulin yang dihasilkan oleh pankreas untuk mengawal jumlah gula dalam darah dan menukarkannya kepada bahan bakar/tenaga untuk digunakan oleh badan. Bayangkan gula ini berlebihan dan insulin tidak mampu untuk membakar kesemuanya, ini akan menyebabkan diabetes.


Oleh itu penting bagi ibu memastikan setiap makanan yang diambil adalah dari jenis GI yang rendah. Indeks glisemik (glycaemic index - GI) makanan ialah pengukur berapa cepat gula (glukos) dibebaskan ke dalam darah selepas makan. Makanan yang rendah GI mempunyai kandungan serat yang tinggi dan penting dalam diet yang sihat.

Memakan makanan yang rendah GI dapat membantu anda mengawal penyakit kencing manis. Ini kerana makanan yang rendah GI mengambil masa lebih lama untuk dihadamkan. Dengan itu, glukos dibebaskan ke dalam darah  dengan lebih perlahan. Kita juga akan lambat berasa lapar. Perlu diambil serius kesan diabetes yang berlarutan akan membahayakan ibu dan kandungan.


Pemeriksaan diabetes gestational memerlukan ibu untuk meminum air gula sebelum air kencing diuji.  ibu juga tidak boleh memakan atau meminum sebarang minum kecuali air kosong selama 8 jam sebelum diberi air gula oleh pegawai kesihatan.

Tahap gula dalam darah biasanya kembali normal selepas melahirkan anak, dan rawatan diabetes yang betul akan mencegah komplikasi pada ibu dan bayi semasa kehamilan. Ibu perlu ikut langkah langkah ini:

Langkah 1
Rancang diet ibu dengan dapatkan nasihat pakar untuk merancang pemakanan spesifik untuk ibu sepanjang kehamilan . Walaupun garis panduan umum untuk mengurangkan gula semasa hamil biasanya sama, doktor akan mempertimbangkan  umur dan keadaan kesihatan keseluruhan ibu.

Langkah 2
Hadkan makanan ringan, minuman dan makanan manis seperti kuih kuih tradisional yang manis, kek atau apa apa makanan dan minuman yang mengandungi gula yang banyak. Pengambilan makanan seperti ini akan lebih mudah meningkatkan kadar gula dalam darah dengan cepat dan menjadikan diabetes gestational lebih buruk.

Langkah 3
Makan tiga atau empat hidangan kecil makanan ringan yang sihat berselang dengan menu utama. Ini untuk membantu menstabilkan gula setiap masa.

Langkah 4
Kurangkan jumlah karbohidrat dalam diet anda dan gantikannya dengan makanan serat tinggi, seperti bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran.

Langkah 5
Minum sekurang-kurangnya 3liter air kosong setiap setiap hari. Penghidratan yang betul diperlukan untuk menstabilkan tahap gula darah dan mencegah komplikasi kehamilan.

Langkah 6
Melakukan senaman atau aktiviti ringan, tetapi perlu mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. Antaranya berjalan dan berenang boleh membantu mengekalkan tahap gula dalam darah. Kebaikkannya bukan sahaja ketika kehamilan tetapi selepas bersalin juga, membantu untuk penurunan berat badan dengan lebih cepat.

Langkah 7
Sentiasa memeriksa paras gula dalam darah dan ujian air kencing. juga penting untuk sentiasa mengawal makanan atau ubat  untuk mencegah hyperglycemic atau hypoglycemicbagi ibu hamil yang boleh membahayakan bayi  semasa kehamilan.

Langkah 8
Ambil insulin mengikut arahan doktor jika perlu. Keadaan ini biasanya apabila bacaan gula sudah tidak terkawal dengan pemakanan. ESP (Low GI) dapat membantu penghasilan insulin secara semulajadi terutamanya waktu pagi untuk sarapan. Oleh sebab itu sangat disarankan ibu hamil untuk mengambil set kehamilan shaklee bagi mengekalkan kesihatan ibu sepanjang kehamilan, dan juga vitamin lain. 

Baca Lanjut >>> Kehamilan sihat



Jom semak beberapa contoh makanan yang rendah GI
Mengambil lebih makanan yang rendah GI dapat membantu ibu dalam mengawal tahap gula.
Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna tidak boleh makan makanan yang tinggi GI. Campurkan makanan yang tinggi GI dengan yang rendah GI boleh mengurangkan kadar glukos dibebaskan ke dalam darah kita.

Jenis makanan
Nama
Indeks glycaemic
Hidangan
(gram)
Beban glycaemic

BAKERY

  Tortila gandum

30

50

8
  Sponge cake
46
63
17
  Cake pisang dengan gula
47
60
14
  Tortila jagung
52
50
12
  Cake pisang tanpa gula
55
60
12
  Roti hamburger
61
30
9
  Pita bread
68
30
10
  Roti putih
71
30
10
  Roti gandum utuh (whole wheat)
71
30
9
  Bagel putih
72
70
25
  Baguette putih
95
30
15
SEREAL
  Nasi merah
50
150
14
  Oatmeal
55
250
13
  Jagung rebus
60
150
20
  Muesli
66
30
16
  Oatmeal instan
83
250
30
  Nasi putih
89
150
43
  Cornflakes™
93
30
23
MINUMAN
  Jus epal tanpa pemanis
44
250 ml
30
  Jus jeruk tanpa pemanis
50
250 ml
12
  Soft drink
68
250 ml
23
Dairy Product
  Susu skim
32
250 ml
4
  Yoghurt rendah lemak dengan buah
33
200
11
  Susu penuh lemak
41
250 ml
5













You Might Also Like

0 comments

Paling diminati