anak sihat

Kesan Buruk Anak Kekurangan Nutrisi

October 04, 2017

Kanak-kanak yang kekurangan nutrisi akan mudah terdedah kepada pelbagai penyakit atau tumpembesaran yang terbantut. Perkembangan anak anak ini tidak berada ditahap yang sepatutnya dengan umur mereka, antaranya lambat bercakap, hiperaktif, atau masalah kesihatan seperti selsema yang berpanjangan. Oleh itu penting ibu ibu amalkan pemakanan yang sihat sejak dari kehamilan.


Oleh itu ibu dan ayah perlu peka terhadap tanda seperti:

1. Kelihatan Murung
Kehidupan kanak kanak sebenarnya penuh dengan kegembiraan, sentiasa bermain dan meneroka sesuatu perkara baru tanpa resah gelisah. Kemurungan dan kebimbangan semua bermula di dalam otak, juga disebabkan oleh kekurangan nutrisi yang seimbang. Protein, sebagai contoh, mengandungi asid amino. Kebanyakan protein dari tumbuh-tumbuhan mengandungi nombor asid amino yang tidak lengkap berbanding dengan sumber dari haiwan. Walaubagaimanapun ada juga sumber protein yang mengandungi asid amino lengkap dari tumbuhan iaitu ESP. 

Mengapa asid amino penting? Ini kerana , otak menggunakan asid amino untuk menghasilkan neurotransmitter. Keseimbangan neurotransmitter ini membantu untuk membuat kita berasa gembira dan tenang. Bukan tertekan atau cemas. Diet dengan jumlah protein yang lengkap dapat mengawal ketidakseimbangan nutrisi makanan anak kita.
.
2. Emosi Tidak Stabil/ Tantrum
Tantrum atau sentiasa mengamuk dan menangis berkait dengan kekurangan nutrisi. Keadaan anak yang emosinya selalu tidak stabil salah satunya disebabkan kekurangan lemak omega 3 ( contohnya yang ditemui dalam salmon liar , sardin ,bilis dan ikan kembung). Omega 3 yang mencukupi penting untuk melindungi sel sel otak (neurotransmitter) seterusnya penstabilan mood yang baik.

3. Hiperaktif
Hiperaktif berkaitan dengan keupayaan otak untuk memproses maklumat dan bertenang pada masa yang sama. Kanak-kanak yang hiperaktif cenderung mempunyai kekurangan bakteria flora dan sistem pencernaan yang lemah . Ini boleh menyukarkan badan untuk menyerap banyak nutrien yang berbeza. Sesetengah doktor akan mengesyorkan untuk tidak mengambil makanan diproses dan juga makanan yang mengandungi kandungan pewarna untuk mengurangkan hiperaktif di kalangan kanak-kanak.

4. Lambat Bercakap
Anak yang lambat bercakap dapat dikaitkan dengan kekurangan vitamin B12. Makanan yang tinggi vitamin B12 adalah organ daging, daging lembu, ayam, ikan, kerang, susu dan telur.
.
5. Kulit dan Rambut yang Kering
Kulit kering dan rambut yang kering boleh dikaitkan dengan kekurangan vitamin larut lemak seperti Vitamin A, D ,E.
.
6. Kaviti
Biasanya kaviti akan dikaitkan dengan memakan gula-gula atau makanan bergula yang terlalu banyak dalam diet harian. Tapi salah satu sebab utama adalah mungkin kekurangan mineral yang betul, dan juga kekurangan vitamin larut lemak ( A, D , E, K ) dan juga kalsium.

7. Kerap Selsema
Kanak - kanak yang cerewet makan atau kurang pengambilan sayur, buah - buahan dalam diet harian akan kekurangan Vitamin A, C, E yang penting dalam kuatkan sistem imun atau sistem pertahanan badan, akibatnya mereka mudah selsema dan lambat sembuh.
.
8. Obesiti
Sebenarnya apabila kita makan makanan yang kurang nutrisi seimbang, kita akan cepat rasa lapar. Sebab itu, kita akan sering berasa lapar kerana sebenarnya badan kita "LAPAR" makanan yang bernutrisi baik. Keadaan ini boleh menyebabkan obesiti.

Oleh itu jom amalkan pemakanan sihat seimbang dari awal kehamilan. 

You Might Also Like

0 comments

Paling diminati