anak sihat

Keperluan Bayi Cerdas Sejak Dalam Kandungan

October 22, 2017

Kesihatan mental dan kecerdasan bayi bermula dari dalam kandungan. Kajian membuktikan semakin baik perkembangan otak janin akan memberi kesan kepada kecerdasan bayi.
Faktanya dari keseluruhan organ janin, bahagian otak lah yang paling terkesan dengan tindakan ibu terutamnya dari apa yang ibu makan.

Oleh sebab itu penting untuk ibu membantu kecerdasan anak bermula dari dalam kandungan. Penuhi keperluan fizikal dan emosi mereka seawalnya. Kecerdasan emosi pula berbalik kepada spritual seperti sentiasa dengarkan bayi dengan bacaan Alquran dan selawat keatas Rasul. Kedua dua faktor ini perlu seiring.

Kenapa pemakanan ibu sangat penting?. Kajian menunjukkan 70% dari sel saraf manusia terbentuk sebelum lahir. Otak janin berkembang sebanyak 250 000 sel saraf setiap minit. Tiap tiap sel otak akan membentuk ribuan cabang kecil untuk menghubungkan antara sel saraf.


 Tindakkan ibu untuk anak cerdas bijak dari dalam kandungan:

#1 Ambil asid folik.
Kekurangan asid folik atau vitamin B9 boleh menyebabkan pelbagai macam penyakit serius, juga hiperaktif dan masalah pertumbuhan lainnya pada anak. Seeloknya ambil vitamin B yang lengkap dan semulajadi

#2 Ambil suplemen minyak ikan.
Seperti kalsium untuk tulang dan jantung, omega-3, DHA/EPA sangat penting untuk pertumbuhan otak bayi. Kebanyakkan ibu ibu sering mengabaikan pengambilan lemak sihat ini. Omega guard membekalkan minyak ikan terbaik dan semulajadi.

#3 Berjemur di pagi hari (Vitamin D).
Kecacatan mental pada bayi sering dikaitkan dengan kurangnya pengambilan vitamin D pada saat kehamilan. Sebagai contoh, di negara empat musim, bayi yang lahir pada musim sejuk lebih terdedah kepada kecacatan otak yang dipercayai akibat kekurangan vitamin D yang boleh diperolehi dari matahari. Alternatif untuk vitamin D dari sumber semulajadi boleh didapati dalam ostematrix.

#4 Elakkan persekitaran yang berbahaya.
Jika ibu bekerja, perhatikan persekitaran kerja ibu. Elakkan dari terdedah kepada bahan kimia, radiasi atau penyakit yang senang berjangkit.

#5 Jangan merokok atau terdedah pada asap rokok
Asap rokok boleh mengurangkan aliran darah kepada otak janin yang sedang berkembang. JJika suami merokok perlu ingatkan mereka agar jauh diri ketika merokok dan membersihkan tangan dan pakaian sebelum menyentuh ibu. Keadaan ini dipanggil kesan third hand smoke kepada bukan perokok.

#6 Bersukan dan makan makanan sihat.
Kajian juga mendapati bahawa aktiviti bersukan yang sesuai seperti berenang dan berjalan kaki, memberi manfaat pada perkembangan otak janin. Jadi untuk dapatkan bayi cerdas, ibu mestilah rajin bersenam. Senaman boleh menjaga kesihatan ibu dan melancarkan pengaliran darah kepada plasenta janin.

#7 Jangan mengambil sebarangan ubat
Kesan dari kebanyakan ubat di pasaran pada bayi masih banyak yang belum diketahui. Beberapa jenis ubat umum seperti paracetamol selamat untuk diambil tetapi perlu mengikut had yang ditetapkan.
Jenis jenis ubat tertentu ada yang boleh merosakkan kesihatan orang dewasa apatah lagi janin yang tengah membesar. Sebaiknya ibu menjaga kesihatan dan mencegah dari terkena sebarang penyakit.

#8 Sentiasa perhatikan tekanan darah dan paras Hemoglobin.
Jika tekanan darah terlalu tinggi, aliran darah kepada bayi melalui plasenta akan kurang berkesan. Jika hemoglobin rendah oksigen akan berkurang. Untuk menghindarinya, jaga diet selama kehamilan, kurangkan pengambilan makan yang boleh meyebabkan tekanan darah  tidak normal seperti garam, makanan berminyak, daging. Ambil zat besi untuk naikkan hemoglobin.

#9 Berehat/ Kawal Stres
Ibu yang stres berpanjangan akan menyebabkan sistem imun bayi menjadi lemah. Selain itu, hormon stress ibu dengan level tinggi akan masuk ke dalam sistem otak bayi di dalam rahim dan tentunya akan mengganggu perkembangan otak bayi.

You Might Also Like

0 comments

Paling diminati