Hamil sihat

Atasi Kencing Kotor Ketika Hamil

October 15, 2017

Kencing kotor atau urinary tract infection (UTI) berlaku akibat jangkitan kuman dalam salur kencing iaitu buah pinggang, pundi kencing, ureters, (salur yang menghubungkan buah pinggang dengan pundi kencing) dan urethra (saluran dari pundi kencing ke keluar badan).

Kencing kotor (UTI)selalunya mudah terjadi kepada ibu hamil, walau bagaimanapun  boleh juga dijangkiti kepada wanita yang tidak hamil. Peratus jangkitan lelaki pula lebih rendah dari wanita. Ini kerana sistem kencing wanita yang lebih terbuka dan salur urethra yang pendek. 

Punca UTI ini adalah jangkitan bakteria dari kulit dubur yang merebak ke salur kencing. Seterusnya membiak di dalam sistem kencing. Pencegahan sangat penting untuk menghalang bakteria terus merebak hingga ke bahagian pundi kencing seterusnya buah pinggang.
Kenapa Wanita Hamil Lebih Mudah Dijangkiti(UTI)
Ibu hamil lebih mudah mendapat jangkitan UTI berbanding wanita normal kerana:
-Perubahan hormon yang tinggi ketika hamil menyebabkan kekuatan otot salur kencing ureter dan pundi kencing bertambah lemah, seterusnya merenggang dan melambatkan pengaliran air kencing.
-Saiz rahim yang membesar menekan salur kencing menyebabkan pengaliran air kencing makin tersekat. Keadaan ini juga boleh menyebabkan otot pada pundi kencing menjadi lemah dan tak dapat mengempis dan mengeluarkan kesemua air kencing yang disimpan.
-Air kencing wanita hamil lebih berasid dan lebih kandungan gula (kerana perubahan hormon) menyebabkan kuman bakteria mudah membiak.

Simptom Kencing Kotor
Sakit atau rasa pedih ketika membuang air kecil.
Kerap ke tandas dan tidak dapat mengawal kencing
Kencing tidak lawas (rasa tak puas).
Sakit di bahagian pelvis, bahagian bawah abdomen, bahagian bawah belakang anda atau di bahagian sisi badan dibahagian pinggang.
Sakit ketika bersetubuh.
Perubahan kuantiti air kencing (berkurangan atau berlebihan).

Jika keadaan yang semakin melarat ibu akan mengalami gejala:
Kenaikan suhu badan.
Rasa sejuk dan panas berselang seli.
Loya dan muntah.
Air kencing berwarna keruh, berdarah atau berbau.



Kesan Kencing Kotor
Ibu yang terkena kencing kotor ketika hamil mudah merebak ke buah pinggang. Kesan buruk jika kencing kotor tidak dirawat ketika hamil akan mengakibatkan:

-Jangkitan kuman pada buah pinggang (pyelonephritis). Ia adalah komplikasi yang serius semasa hamil. Jangkitan kuman boleh merebak ke seluruh peredaran darah dan boleh menyebabkan kematian/keguguran.
-Bayi berisiko lahir awal dan mempunyai berat badan yang rendah jika ibu ada komplikasi pyelonephritis.

Itulah antara sebabnya mengapa setiap kali pemeriksaan, ibu hamil perlu melakukan pemeriksaan air kencing mereka. Dapatkan rawatan doktor dengan segera jika mengalami simptom simptom UTI. Amalkan pemakanan/suplemen yang boleh menguatkan antibodi ibu.

Langkah Awal Mencegah Jangkitan
Menjaga kebersihan diri sangat penting. Antibodi badan juga penting agar tidak mudah dijangkiti. Antaranya:
Teknik mencuci perlulah dari hadapan ke belakang untuk mencegah kuman masuk ke dalam salur kencing.
Jaga kebersihan dengan kerap menukar pantyliner, tuala wanita atau seluar dalam jika kotor.
Buang air kecil dan basuh bersih sebelum dan selepas berjimak.
Elakkan pemakaian seluar yang terlampau ketat dan kain yang tidak serap peluh.

Langkah Mengatasi Jika Terkena Jangkitan
Jika merasa sakit atau ada seperti simptom yang dibincangkan,  langkah yang perlu anda lakukan adalah:
Pastikan minum air kosong sebanyak mungkin
Elakkan dari menahan kencing, perbuatan ini boleh menyebabkan bakteria terus membiak.
Kurangkan makanan manis dan minuman berkafien
Ambil Vitamin C (250-500mg), CarotoMax(Beta-carotene- 25,000-50,000 IU), Zinc (30-50mg) dan Garlic Complex setiap hari  untuk membantu melawan jangkitan kuman

credit: Dr.Zubaidi.com

Set Kencing Kotor Shaklee

Keperluan untuk mengatasi jangkitan kencing kotor dengan suplemen  semulajadi boleh diperolehi dari produk shaklee, berkesan dan dijmin selamat.

Lengkap kesemua vitamin yang disarankan oleh doktor.  Bagi vitamin C perlu memastikan yang berupaya untuk dilepaskan secara berperingkat (sustained release) dalam badan untuk memastikan tubuh menerimanya setiap masa. 

, set ken
Untuk tempahan atau sebarang pertanyaan boleh terus whatsapp

You Might Also Like

0 comments

Paling diminati