Diet Sihat

Kenapa perlukan makanan tambahan untuk kesihatan

October 30, 2017

Makanan tambahan atau suplemen sudah menjadi keperluan bagi setiap orang tidak kira peringkat umur. Vitamin terdiri daripada yang semulajadi dan juga ada yang sintetik, jika tersalah pilih kesihatan kita makin terjejas. Makanan tambahan semulajadi yang terbaik dapat membekalkan vitamin atau nutrisi selengkapnya untuk kesihatan badan. Ramai yang menganggap apabila cukup makan kita akan cukup zat. Penyakit dalam tubuh badan kita berpunca daripada makanan yang banyak tetapi nutrisi tidak lengkap. Juga terdedah kepada pencemaran alam sekitar.
Kita semua perlukan makanan tambahan untuk kesihatan yang semulajadi. Kita sering terdedah dengan pencemaran alam sekitar dan radikal bebas. Buah-buahan dan sayur-sayuran yang diambil mungkin terjejas atau tercemar. Mengamalkan gaya hidup tidak sihat, atau pemakanan yang kurang nutrisi juga boleh meningkatkan risiko kesihatan. Gangguan penyerapan nutrisi daripada makanan dan kehilangan nutrisi dalam makanan yang mungkin disebabkan penyediaan yang tidak betul.

Sumber Protein

Sumber protein yang utama bagi rakyat malaysia adalah ayam. Ini kerana harganya lebih murah jika dibandingkan dengan daging daging lain, tetapi apa masalah ayam daging zaman sekarang ni?

Hakikatnya, hampir semua ayam daging yang kita makan disuntik hormon supaya cepat besar untuk lebih cepat dijual, lebih cepat untung. Kalau tak disuntik, ayam-ayam ni akan jadi lambat besar sampai bisnes penternakan bagi peternak tak balik modal.

Walaupun jaga makan macam mana pun, kita pasti akan makan daging-daging ayam ni jugak.  Bayangkan berapa banyak bahan kimia yang dah masuk badan kita SELAMA INI…???

Sumber Mineral

Dulu-dulu nak tuai padi 2x setahun je boleh. Sekarang, 4x! teknologi jadi makin maju sampai kita boleh percepatkan & gandakan tuaian. Namun tahu tak apa kesan sampingan disebaliknya?

Masa padi hanya boleh dituai 2x je setahun dulu, tanah-tanah sawah tu cukup masa nak kembalikan nutrisi-nutrisi tanah yang dah hilang tu. jadi, padi-padi yang terhasil masa tu bukan setakat boleh buat kita kenyang je, tapi juga boleh bagi cukup nutrisi.

Tetapi bila sampai 4x setahun, tanah tak cukup masa nak kembalikan nutrisi-nutrisi tanah. Baru kembalikan separuh nutrisi kita dah tuai. Akibatnya, walaupun hasil tuaian padi naik 2x ganda tapi nutrisi yang terkandung dalam setiap biji beras yang kita makan sudah makin kurang.
Begitu jugalah pada apa-apa jenis tanaman pun, sayuran dan buah buahan. Walaupun kita rasa macam banyak makan buah/sayur, tetapi nutrisinya dah jauh lebih berkurang. 

Belum termasuk buah-buah yang harganya murah-murah tu banyak guna macam-macam pestisid, racun & bahan kimia. Contohnya, buah tembikai ada yang disuntik warna merah supaya isinya nampak baik sedap. Durian pula direndam pewarna kuning/hijau bagi nampak tertarik dan sebagainy.

Senaman

Majoriti orang Malaysia memang tak pernah bersenam pun sepanjang minggu. Cukup dengan aktiviti harian, sapu/mop lantai, kemas rumah,seterika baju. Ya berpeluh, tetapi berapa kalori yang terbakar?

Dan bandingkan lah pula dengan berapa pinggan nasi lauk ayam yang kita dah makan untuk hari tu? belum termasuk air manis, kek berkrim untuk makan petang, atau menu extra kalori macam roti canai!!.
Bagi yang rajin bersenam tetapi suka buat kat outdoor, fresh air katanya. Tambahan pula nak bersenam dalam Gymnasium mahal. Namun, tahu tak ada macam-macam asap beracun kat udara kita sekarang ni? asap kilang, asap jerebu & asap kereta. Lagi-lagi bagi kita yang tinggal di pekan/bandar.
Kajian membuktikan udara kita yang tercemar ni adalah punca macam-macam penyakit pernafasan sekarang yang boleh membawa kematian.

Kesimpulannya, walau pun kita cukup bersenam tetapi masih perlukan vitamin sebagai pendinding (tingkatkan imunisasi badan) untuk lawan macam-macam penyakit. Shaklee ada nutriferon untuk ini, kan?
Jika sudah cukup makanan seimbang pun perlukan vitamin untuk Detox. Sebab dah macam-macam benda tak elok yang kita terpaksa telan selama ni. Shaklee ada DTX & Set Detox!!!
Hari-hari makan sayur/salad/buah pun perlukan vitamin untuk cukupkan nutrisi yang makin berkurangan dalam hasil tanaman. Shaklee ada vitamin A-Z, kan?

Pendek kata, vitamin bukan lagi pilihan. Kita semua perlukan makanan tambahan untuk kesihatan bagi mencukupkan vitamin yang diperlukan badan.

Tambahan pula, kita hidup di zaman pengilang, petani & penternak yang sanggup buat apa saja nak untung banyak. Lebih parah, situasi ni akan jadi makin teruk sebab semua pun tak sanggup nak:

-> belanja lebih nak tapis asap asap kereta sampai bersih, 
-> biar ayam-ayam tu membesar secara normal, biar kecik pun
-> kurangkan hasil tanaman supaya nutrisi tanah kembali pulih
Semua ini tak mungkin diubah melainkan kita membuat pilihan lain untuk kesihatan kita.

Jadi kita lah yang kena sihatkan diri sendiri dengan tak tinggal makan vitamin-vitamin ni. Tapi bukan bermakna kita akan sihat selamanya tanpa sebarang penyakit. Vitamin ni seperti insuran yang kita ada supaya risiko untuk kena apa-apa penyakit tu jadi lebih rendah. Dengan shaklee terbukti dalam kajian land mark study.
Shaklee juga menjadi pilihan angkasawan dan atlit olimpik. Ini membuktikan kebaikkan shaklee untuk semua.




Kesan  Kekurangan Nutrisi


Akibat kekurangan nutrisi yang diperlukan, kesannya ialah penuaan pramatang iaitu tua sebelum usia, kelesuan, mudah mendapat penyakit dan jangkitan, keguguran rambut, osteoporosis, kulit bermasalah dan banyak lagi. Oleh itu badan kita memerlukan dos yang lebih bagi sesetengah nutrien dengan pengambilan makanan tambahan untuk kesihatan kita. Amalkan pengambilan vitamin secara konsisten.

- Kuku Mudah Patah 
* kekurangan zat besi, zink dan asid lemak pati atau essential. Cuba ambil lebih banyak makanan daripada sumber daripada daging, kekacang dan ikan. Jangan  anggap remeh, ia petanda anda terkena penyakit tiroid.
- Pecah Dibahagian Hujung mulut
* Kekurangan zat besi, vitamin B12, B6 dan asid folat menyebabkan pecah-pecah di bahagian hujung mulut. Sebaik-baiknya anda mengambil banyak daging, kekacang dan sayuran berwarna hijau.
- Bibir kering dan pecah pecah
* Bibir pecah-pecah sering dianggap sebagai tanda bahawa tubuh mengalami panas dalam. Selain itu, ia disebabkan kerana kekurangan vitamin B2. Sebaik-baiknya ambil banyak daging dan produk susu.
- Kulit berminyak, pori besar dan merah.
* Kemungkinan, anda mengalami keadaan ini disebabkan oleh kekurangan vitamin B2, B6, zink atau asid lemak pati. Cuba ambil lebih banyak daging ikan dan kerang.
- Jerawat
* Timbul jerawat pada bahagian wajah bukan sahaja disebabkan oleh kotoran yang menghalang dan menutup pori-pori kulit muka, tetapi ia juga berkemungkinan anda kekurangan vitamin B Complex, vitamin E dan Vitamin C. Untuk mengatasinya, ambil lebih banyak sayur dan buah-buahan. Atau GLA complex jika masalha jerawat disebabkan masalah hormon bagi wanita
- Rambut gugur dan nipis
* Kekurangan zat besi atau zink boleh menyebabkan rambut menipis. Ambil lebih banyak daging, kekacang, produk susu dan kerang.
- Kelumumur
* Kulit kepala berminyak serta himpunan kotoran yang melekat pada rambut boleh menyebabkan kotoran. Selain itu, kekurangan vitamin C, zink dan asid lemak essential juga boleh menyebabkan kepala dipenuhi kelemumur. Cuba ambil lebih banyak buah-buahan seperti limau/ oren, daging, ikan dan produk susu.
- Luka Lambat Sembuh
* Kekurangan zink. Lebih baik anda mengamalkan pemakanan bersumberkan susu
-Ulser/tonsil
*kekurangan Bcomplex. Lebihkan air kosong dan lebihkan makanan yang mengandungi banyak vitamin B

Hubungi kami untuk dapatkan kosultansi secara percuma dalam pemilihan makanan tambahan untuk kesihatan mengikut keperluan anda. Antaranya apa yang ibu hamil sangat sangat perlukan, apa makanan tambahan untuk kesihatan dan tenaga sepanjang kehamil

>>> Untuk konsultansi hubungi kami



You Might Also Like

0 comments

Paling diminati