Hamil sihat

Kaki Kejang Ketika Hamil

October 25, 2017

Masalah kaki  kejang ketika hamil atau cramp yang juga dikenali sebagai simpul biawak ketika tidur waktu malam adalah normal. Tetapi kesannya  akan sangat sakit dalam tempoh yang tertentu dan sakit apabila digerakkan. 


Apakah punca kaki kejang ketika hamil
Kekejangan atau juga dikenali simpul biawak adalah disebabkan regangan otot otot kaki yang terganggu. Berikut merupakan antara punca kekejangan:
Perubahan hormon ketika hamil.
Kurang minum air dan kedudukan/posisi tidur yang salah.
Kurang kalsium dan beberapa mineral lain seperti magnesium dan potassium.
Berdiri terlalu lama.
Pertambahan berat badan yang drastik dan pertambahan saiz kandungan menambah tekanan pada otot dan saraf kaki.

Trimester pertama
Bagi sesetengah wanita, kaki kejang ketika hamil adalah tanda pertama mereka hamil, iaitu mengalami kekejangan  ketika telur yang di senyawakan menempel pada dinding rahim. Perkembangan janin yang cepat pada dua trimester kehamilan yang pertama juga boleh menyebabkan kekejangan. Majoriti kehamilan akan mengalami kekejangan ringan seketika pada 16 minggu pertama.

Ada juga yang mengalami kaki kejang semasa awal kehamilan merupakan tanda keguguran. Keguguran sering berlaku apabila terdapat perkembangan yang tidak normal dalam telur atau embrio (biasanya disebabkan oleh kelainan kromosom) dan badan bertindak balas dengan mengugurkan kandungan secara semulajadi. Kekejangan yang dikaitkan dengan keguguran sebenarnya disebabkan tisu tisu janin yang gugur menyebabkan berlakunya kontraksi.

Trimester kedua
Trimester pertengahan kehamilan selalunya ibu tidak akan mengalami kekejangan atau gejala kehamilan lain yang tidak selesa. Selalunya kes ini terjadi jika ibu hamil kembar, rahim akan membesar dengan lebih cepat dan akan sama seperti trimester ketiga.
Satu lagi keadaan  yang berlaku apabila ligamen yang menyokong rahim diregangkan ketika uterus tumbuh ke atas. Kesakitannya jenis ini biasanya sakit kuat tetapi sekejap.

Penyebab yang lebih serius, tetapi jarang berlaku pada trimester kedua ialah fibroid dalam rahim. Ketumbuhan ini tidak membahaya ibu tetapi apabila ketumbuhan ini boleh pecah pada trimester kedua, kerana tidak cukup darah atau zat untuk mengekalkan pertumbuhan tisu tisu ini. Ibu akan merasa sakit  teruk antara 15 hingga 18 minggu.

Trimester ketiga
Keadaan ini banyak terjadi kepada ibu ibu hamil. Kandungan yang makin membesar akan menekan saraf kaki, menampung berat sepanjang hari, kekurangan zat terutama kalsium dan magnesium untuk dibekalkan kepada bayi dan ibu adalah faktor utama kaki kejang ketika hamil pada trimester akhir. Atasinya dengan mudah iaitu amalkan cara mengatasi masalah kaki kejang di bawah.
  
Cara mengatasi masalah kaki kejang (cramp)
Elakkan dari berdiri terlalu lama pada siang hari.
Minum air kosong yang mencukupi
Ambil suplemen kalsium untuk menguatkan tulang, manakala magnesium membantu pengecutan otot otot agar lebih fleksibel (bebas cramp).
Memakai stokin sokongan dan kasut yang sesuai sepanjang hari.
Membuat regangan otot kaki sebelum tidur.
Membuat urutan ringan,  putar putarkan kaki dibahagian buku lali. Gunakan minyak panas sebelum tidur.
Tidur dengan berlapikkan kaki dengan bantal.
 Langkah langkah untuk kurangkan kesakitan apabila cramp menyerang
1.Cari tempat bersandar atau duduk jika terjadi ketika berdiri.
2.Rapatkan tapak kaki pada dinding dan tolak perlahan lahan.
3.Apabila kaki mulai pulih, pijak tapak kaki agar aliran darah kembali menjadi lancar.
4.Untuk hilang kesakitan perlu diteruskan dengan urutan bahagian betis dan tapak kaki.
5. Jika terkena ketika tidur, ibu perlu cuba bersandar dan lakukan langkah diatas atau meminta pertolongan suami untuk menolak tapak kaki perlahan lahan.

Langkah berkesan adalah memastikan ibu mengamalkan suplemen yang terbaik seperti ostematrix, kerana kadar serapan kalsiumnya sangat cepat. Berbeza dengan susu formula yang ada dipasaran, ini terbukti apabila ramai ibu hamil yang mengambil susu setiap hari, pagi dan malam tetapi masih mengalami kekejangan, tetapi kaki kejang ketika hamil tiada lagi selepas mengamalkan ostematrix



You Might Also Like

0 comments

Paling diminati