Hamil sihat

Cara Menghilangkan Sakit Gigi

October 13, 2017

Sakit gigi adalah gejala normal pada ibu hamil. Apakah punca yang menyebabkan sakit gigi? Faktor berlakunya gejala ini disebabkan penjagaan gigi yang tidak betul ataupun disebabkan kekurangan kalsium dalam badan. Ibu memerlukan kalsium yang lebih berbanding wanita normal. Keadaan ini adalah seperti ngilu pada gigi, gusi bengkak dan berdenyut di akibatkan oleh karies gigi, rahang, gingivitis dan banyak lagi. 

Bagaimanakan untuk menghilangkan sakit gigi? Perkara pertama yang akan terlintas adalah berjumpa dengan doktor. Rawatan yang diberikan seperti tampalan, rawatan akar atau terpaksa dicabut. Tetapi rawatan ketika hamil oleh doktor juga terhad. Tidak semua ubat yang diberikan kepada orang normal boleh diambil oleh ibu hamil. Ada sesetengah kes ibu perlu tunggu sehingga bersalin untuk melakukan rawatan.


Antara petua-petua yang mungkin boleh hilangkan atau redakan sakit gigi

1. Bersihkan Mulut
Bersihkan mulut untuk pastikan gigi sentiasa dalam keadaan bersih dan bebas dari gula selepas makan. Berkumur dengan bahan kumur seperti Listerine supaya dapat hilangkan plak atau bendasing pada gigi.

2. Berkumur Air Garam
Bancuh atau larutkan satu sudu kecil garam dalam secawan air suam kemudian berkumur. Lakukan setiap kali sakit menyerang untuk kurangkan rasa sakit.  

3. Sireh dan Kapur
Kunyah sireh yang disapu kapur pada bahagian gigi yang sakit juag boleh membantu untuk kurangkan rasa sakit. Amalan orang dulu dulu menguyah sireh untuk kuatkan akar gigi. Atau daun sireh direbus sehingga mendidih dan berkumur dengan air rebusan tersebut, sakit gigi akan hilang atau berkurang.

4. Gambir
Gambir juga berkesan untuk hilangkan rasa sakit, selalunya yang diamalkan oleh orang orang dahulu mengunyah gambir bersama daun sireh yang disapu kapur. Tapi caranya rendamkan sedikit gambir dalam setengah cawan air suam untuk lembutkan gambir kemudian tumbuk sehingga hancur. Masukkan gambir ini ke bahagian gigi yang sakit. Kesan gigi akan berasa kebas dan sakit akan berkurang.

5. Berkumur Air Garam dan Limau Nipis
Rebus air yang dicampur garam dan limau nipis yang dibelah sehingga mendidih. Kemudian biarkan hingga suam sebelum berkumur. Amalkan sekerap yang boleh atau lakukan setiap hari sampai sakitnya berkurang.

6. Bawang Putih
Hiris bawang putih dan tempelkan pada gigi yang sakit. Biarkan sekurang-kurangnya selama satu jam. Bawang putih adalah antibiotik semulajadi dan berkesan untuk membunuh bakteria. InsyaAllah akan terasa kesannya.

Walaubagaimanapun, punca kesakitan gigi dikalangan ibu hamil adalah disebabkan kekurangan nutrien dalam badan, penting untuk ibu hamil mengatasinya dari dalam iaitu dengan memastikan pengambilan kalsium atau vitamin secukupnya setiap hari. Bukan hanya kalsium untuk menguatkan gigi tetapi B complex juga penting untuk kesihatan saraf.  Untuk kesan yang lebih cepat pastikan ibu memilih kalsium yang mudah diserap.

Baca lanjut >>> Keperluan ibu hamil 

You Might Also Like

0 comments

Paling diminati