Hamil sihat

Bersenam Ketika Hamil

October 16, 2017

Bersenam memang terbukti dapat membantu semua orang untuk lebih sihat, tidak terkecuali ibu hamil. Amat bermanfaat bukan saja kepada ibu tetapi bayi yang dalam kandungan. Bagi yang selalu bersenam pasti sudah mengetahui peraturan atau keperluan bersenam.

Namun begitu, ibu juga perlu merujuk atau mendapatkan nasihat pakar terlebih dahulu sekiranya ada komplikasi yang boleh menghalang ibu untuk bersenam sepanjang tempoh kehamilan. Bersenamlah mengikut kemampuan dan jangan sesekali memaksa diri. Pastikan ibu mengikuti langkah langkah ini apabila bersenam.



1. Elakkan senaman/sukan berbahaya
Elakkan sukan yang melibatkan banyak pergerakkan (seperti bola jaring) serta aktiviti yang mungkin membuatkan ibu berisiko untuk jatuh (aktiviti lasak seperti menunggang kuda, gimnastik). 

2. Pastikan kalori/tenaga diambil secukupnya
Pergerakkan atau senamanmemerlukan kalori, jadi pastikan ibu makan dengan baik menguatkan badan. Amaun yang diperlukan adalah berbeza-beza mengikut berat badan tempoh kehamilan anda. 

3. Pakai pakaian yang sesuai
Pakai pakaian menyerap peluh dan longgar untuk pastikan ibu boleh bernafas dengan lancar. Pastikan bra ibu cukup untuk menyokong, dan pilih kasut sukan dengan betul. Sekiranya saiz kasut ibu telah berubah kerana pembengkakkan walaupun kecil, beli yang baru.

4. Pemanasan
Pemanasan atau regangan otot dan sendi sangat penting sebelum senaman bagi meningkatkan kadar denyutan jantung secara perlahan-lahan. Sekiranya tidak dilakukan tetapi terus kepada aktiviti berat sebelum badan ibu bersedia, boleh menyebabkan otot dan ligamen mengalami kesakitan.

Cara yang baik untuk memanaskan badan adalah memulakan aktiviti yang ibu pilih pada kelajuan yang rendah dan perlahan-lahan seterusnya ditingkatkan selama lima hingga lapan minit pertama. Penting untuk memastikan otot otot bersedia untuk pergerakan yang lebih kuat. Sebagai contoh, jika senaman ibu berjalan, mulakan secara perlahan-lahan untuk beberapa minit pertama dan beransur-ansur lajukan langkah ibu.

5. Minum banyak air
Minum air sebelum, semasa, dan selepas bersenam. Jika tidak ibu boleh terdehidrasi, yang boleh menyebabkan kepada pengurangan jumlah darah yang mengalir ke plasenta. Dehidrasi juga boleh meningkatkan risiko ibu terlalu panas atau menyebabkan berlakunya kontraksi.

6. Jangan melakukan senaman dengan berbaring selepas trimester pertama.
Elakkan senaman sambil berbaring. Berat kandungan akan memberikan tekanan pada saraf tulang belakang utama, yang dapat mengurangkan aliran darah ke jantung seterusnya dapat menurunkan aliran darah ke otak dan rahim ibu. Ini boleh membuat ibu pening, pendek nafas.  

Lapikkan bantal di belakang anda untuk menaikkan badan bahagian atas semasa ibu bersenam membolehkan ibu menjadi hampir rata di belakang tanpa memberi tekanan kepada bahagian tulang belakang

7. Jangan bersenam keterlaluan
Secara umum, garis panduan terbaik ialah memahami keupayaan badan ibu. Berhenti jika ada yang menyakitkan. Sekiranya berasa kurang sihat dan bukannya menyegarkan selepas melakukan senaman, ibu mungkin sudah melampaui batas. Selepas bersenam, cuba rehat untuk masa yang sama sebelum bersenam. Sebagai contoh, jika ibu hanya berjoging selama 30 minit, berehat secara senyap selama 30 minit.

8. Jangan gunakan haba atau kelembapan yang tinggi
Aliran darah dan kadar metabolisme adalah lebih tinggi apabil hamil, ini bermakna ibu akan berasa lebih hangat daripada biasa, terutamanya apabila bersenam. Akibatnya, ibu mungkin terlalu panas lebih cepat daripada kebiasaannya, walaupun sebelum perut membesar. Itulah sebabnya sangat penting untuk elakkan dari bersenam dalam keadaan panas atau lembap semasa hamil.

You Might Also Like

0 comments

Paling diminati