anak sihat

Cabaran menyusukan bayi

October 26, 2017

Pasti ada cabarannya bagi ibu yang menyusukan bayi secara eksklusif. Tetapi semua ini akan jadi mudah apabila persediaan ibu sebaiknya. Penting keazaman seiring dengan tindakkan ibu dan cabaran menyusukan bayi bukan lagi suatu halangan.



1.Tidak bersedia mental dan fizikal
Persedian perlu dilakukan sebelum mula bekerja. Belajar bagaimana cara mengepam, menyimpan susu dengan cara betul sejak dalam pantang. Susu yang dipam boleh dijadikan stok ketika baru mula bekerja. Ibu juga perlu menjaga kesihatan tubuh agar lebih bersemangat untuk mengepam. Jika ibu tidak kekok untuk mengepam cabaran menyusukan bayi secara eksklusif akan bertambah mudah.

2.Tiada pam
Sediakan pam sebelum bersalin, seeloknya dual pump untuk menpercepatkan proses mengepam. Ia sepatutnya ada dalam senarai barang wajib beli oleh ibu hamil. Pastinya membuatkan ibu bersemangat kerana telah berbelanja, juga sediakan cooler bag, milk plastic storage, ice pack. Jika tidak berkemampuan membeli pam, gunakan tangan iaitu  teknik mermet  dengan betul. 

3. Pasangan atau keluarga tidak menyokong
Cabaran meyusukan bayi yang selalu dihadapi oleh mereka yang pertama kali menyusukan anak. Sedarkan suami atau orang terdekat untuk sama sama bagi sokongan agar bayi dapat yang terbaik. Walaupun anda kecewa, selalu fikirkan tentang kesihatan anak yang perlukan susu ibu. Kadang kala ada orang tua yang lebih percaya dengan susu formula berbanding susu ibu terutama jika bayi baru lahir asyik menangis. Alasan mereka bayi lapar, perlu ditambah dengan susu formula baru puas minum. Jika keadaan ini anda perlu tegas. Jelaskan pada mereka tentang ilmu  dan kepentingan penyusuan.

4. Boringnya mengepam
Oh tidak!!! tiada istilah begitu tau! Mengepam secara konsisten memainkan peranan penting mengekalkan kuantiti susu ibu. Jangan bagi alasan tiada masa atau malas hendak pam susu.  Sebolehnya pam setiap 3 jam, 15-20minit. Paling kurang  3 kali  atau 2 kali ketika di tempat kerja. Konsistenkan selang masa setaip kali mengepam, atau pam pada waktu yang sama setiap hari. Ini adalah cabaran menyusukan anak yang paling besar, iaitu diri ibu sendiri.

5. Susu tak banyak
Ya!!! Jika ibu tidak bersungguh. Sebenarnya susu ibu cukup untuk keperluan anak kita sendiri. Tapi perlu konsisten mengepam, jaga pemakanan ibu setiap hari. Insya Allah jumlah susu yang dihasilkan akan cukup.

Elakkan daripada bersikap sambil lewa. Fikirkn kebaikkanya untuk anak kita. Betol bukan mudah cabaran cabaran menyusukan bayi secara eksklusif tetapi asalkan ada kesungguhan ia bukanlah mustahil. Ramai ibu telah membuktikannya! Banyakkan berdoa dan rajin menimba ilmu tentang penyusuan seperti teknik mengepam, penuhi keperluan ibu ketika menyusu untuk  milk booster dan juga kesihatan anak.

Info Lanjut >>> Tips menyusu dan bekerja

You Might Also Like

0 comments

Paling diminati