Hamil sihat

Buasir Ketika Hamil

October 17, 2017

Buasir Semasa Kehamilan: Punca, Rawatan Dan Pencegahan
Masalah buasir semasa kehamilan atau selepas bersalin adalah perkara normal. Buasir adalah varises (bengkak) urat rektum dan biasanya menyakitkan. Selalunya buasir dikalangan ibu hamil dalam trimester ketiga. Ada juga kes buasir yang disebabkan oleh proses meneran ketika bersalin.

Masalah ini tidak boleh dibiarkan dan perlu diatasi segera, ini kerana kesan buasir bagi ibu berpantang lagi menyeksakan.

Apa yang menyebabkan buasir ketika hamil?
Buasir berkait dengan sembelit. Sembelit dikombinasikan dengan peningkatan tekanan pada rektum dan perineum apabila kandungan membesar. Posisi duduk terlalu lama juga menyumbang kepada buasir. Dan faktor utama adalah diet harian ibu yang menyebabkan sembelit.


Apa yang boleh dilakukan untuk Merawat buasir ketika hamil?
Masalah ini biasanya bertambah baik setelah bayi dilahirkan, walaubagaimana pun tidak boleh dibiarkan melarat. Apa yang boleh ibu lakukan untuk merawat buasir adalah mengamalkan suplemen yang boleh merawat atau mengatasi radam rektum dan juga amalkan pemakanan yang membantu untuk mencegah sembelit setiap masa dan dapatkan rawatan doktor. Senarai Suplemen yang diperlukan:

Zink - Membantu dalam penyembuhan luka
Ostematrix - Melawaskan sistem pembuangan dan pengecutan otot otot rektum.
Omega - Mengatasi keradangan dan bengkak rektum .
Alfafa- Menjaga kebersihan dan kurangkan tekakan pada usus.

Apa yang boleh anda lakukan untuk Mencegah buasir semasa hamil?
Perkara terbaik yang perlu dilakukan untuk mencegah buasir adalah atasi masalah sembelit. Sembelit disebab oleh pemakanan, bukan hanya ibu tetapi semua golongan termasuk kanak kanak. Pastikan hidangan yang diambil seimbang dan mengandungi nutrisi lengkap yang membantu penghadaman dengan baik. Pastikan:
-Makan makanan serat yang tinggi
-Minum banyak air kosong
-Minum jus prum
-Jangan berlengah untuk membuang
-Makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran
-Dapatkan suplemen yang boleh membantu untuk bebas sembelit untuk ibu hamil.

Makanan Yang Perlu Dielakkan:
Makan makanan yang seimbang adalah penting pada setiap masa. Kebanyakan makanan adalah selamat, namun ada beberapa makanan yang harus dihindari semasa kehamilan. Elakkan dari Memakan:

Masakan: Makanan laut,daging lembu atau ayam yang kurang masak mesti dielakkan kerana berisiko terdedah dengan bakteria coliform, toxoplasmosis, dan salmonella.
Masakan pedas, berminyak atau masam (berasid,jeruk) boleh memburukkan lagi luka buasir.

Ikan dengan Merkuri: Ikan yang mengandungi merkuri yang tinggi harus dielakkan.  Contoh ikan ini termasuk: ikan hiu, ikan todak, ikan tenggiri raja, dan tilefish. Ikan tuna kecil umumnya mempunyai jumlah merkuri yang lebih rendah berbanding dengan tuna yang lain, tetapi masih harus dimakan secara sederhana. Sesetengah jenis ikan yang digunakan dalam sushi juga harus dielakkan kerana tahap merkuri yang tinggi.

Makanan Dingin: Daging yang sejuk harus dielakkan kerana mungkin mengandungi listeria bakteria. Atau apa apa makanan yang baik tetapi telah dikenal pasti tercemar dengan listeria, yang boleh menyebabkan keguguran. Listeria mempunyai keupayaan untuk melepasi plasenta dan mungkin menjangkiti bayi, yang boleh membawa kepada jangkitan atau keracunan darah dan mungkin mengancam nyawa. Sekiranya ibu terpikir untuk memakan daging, pastikan anda memanaskan semula daging tersebut.

Susu Unpasteurized: Susu tidak dipasteurisasi mungkin mengandungi listeria. Pastikan susu yang anda minum yang telah dipasteur.

Kafein: Walaupun kebanyakan kajian menunjukkan bahawa pengambilan kafein dalam kesederhanaan adalah dibenarkan, ada juga yang menunjukkan pengambilan kafein mungkin berkaitan dengan keguguran. Elakkan kafein semasa trimester pertama untuk mengurangkan kemungkinan keguguran. Kafein perlu dihadkan iaitu kurang daripada 200mg sehari semasa kehamilan.

Kafein adalah diuretik, yang bermaksud membantu menghilangkan cecair dari badan. Ini boleh mengakibatkan kehilangan air dan kalsium. Adalah penting bahawa anda minum banyak air, jus, dan susu daripada minuman berkafein untuk lawaskan sistem pembuangan.

You Might Also Like

0 comments

Paling diminati