Hamil sihat

Bagaimana Atasi Kaki Bengkak Ketika Hamil

October 08, 2017

Bengkak kaki di kalangan ibu hamil pada lewat kehamilan adalah normal. Ini kerana pertambahan berat dan cecair dalam badan meningkat hampir 30% berbanding sebelum hamil. Keadaan rahim yang makin membesar juga menyebabkan salur darah tersumbat/terhimpit terutamanya ke bahagian kaki.  

Cara Mengatasi Bengkak Kaki Trimester Akhir Kehamilan

1. Jaga pemakanan dengan kurang garam 
Kandungan garam yang tinggi memburukkan lagi kaki yang bengkak kerana sifat garam lebih mudah menyerap air.

2. Elakkan berdiri terlalu lama
Berdiri dalam jangka waktu yang lama boleh menyebabkan kaki bengkak ketika hamil. Seeloknya diselangkan dengan berjalan dan duduk untuk memastikan darah mengalir dengan baik.

3. Duduk dengan posisi kaki lebih tinggi
Seeloknya kedudukan kaki ibu lebih tinggi daripada dada untuk melancarkan pengaliran darah ke jantung. Lakukan beberapa minit dan kemudian duduk seperti biasa, ulang beberapa kali dalam sehari. Ketika tidur pun perlu tinggikan kaki dengan bantal lebih tinggi dari kepala.

4. Elakkan memakai kasut tinggi walaupun yang bertumit rata.
Peredaran darah tidak lancar jika memakai kasut tinggi dan menyebabkan kaki bengkak. Regangan pada kaki juga bertambah dan ibu mudah penat. Kasut tinggi bukan saja menyakitkan kaki tetapi juga membahayakan keselamatan ibu dan kandungannya kerana lebih mudah untuk tersadung ketika berjalan. 

6. Perbanyak minum air kosong
Minum lebih air kosong ketika hamil untuk proses penghadaman yang lebih baik, dan juga untuk seimbangkan kandungan gula dalam badan.

7. Urut kaki
Urut tangan dan kaki ibu hamil setiap hari dengan urutan ringan,  dari atas betis sampai ke peha dan tapak kaki. Kebaikkannya untuk melancarkan peredaran darah.

8. Berenang atau berendam dalam air
Bagi  saya ini adalah saalah satu cara yang berkesan untuk mengatasinya. Pengalaman anak pertama saya selalu berenang dan langsung tidak mengalami bengkak kaki, berbeza dengan hamil anak kedua yang tidak pernah berenang memang menghadapinya. Berjalan atau melakukan pergerakan di dalam kolam juga boleh menguatkan kaki.

9.Senaman teratur
Walaupun sedang hamil, ibu masih perlu melakukan senaman. Pelajari senaman yang betul untuk ibu hamil dan jadikan rutin. Bukan hanya untuk atasi kaki bengkak, malah bagus untuk ibu ketika proses bersalin.

10. Melakukan gerakan ringan pada kaki
Sentiasa melakukan gerakkan ringan seperti duduk lurus dan memusing pergelangan kaki. Ini juga salah satu cara efektif untuk melancarkan pengaliran darah di sekitar kaki yang bengkak pada ibu hamil.

Walau bagaimanapun faktor yang menyebabkan kaki bengkak juga adalah dari pemakanan ibu. Makan cara sihat dan mengawal kenaikkan berat badan yang disarankan oleh doktor. 
Amalkan suplemen semulajadi untuk membantu ibu mengekalkan kesihatan. Antaranya yang terpenting adalah Ostematrix, bukan sekadar kalsium tetapi mengandungi magnesium. Magnesium ini merupakan mineral yang wajib diambil untuk mengelakkan masalah kaki bengkak. Magnesium bertindak dengan menyeimbangkan tindakbalas biokimia dalam badan untuk menghalang lebihan air berkumpul dalam sel. 

B Complex Shaklee pula mengandungi Vitamin B lengkap seperti B1, B5 dan B6 yang  membantu menghalang pengumpulan air, membuang garam lebihan di dalam badan dan menyeimbangkan semula hormon. 
Pentingnya suplemen ini untuk memastikkan nutrien yang cukup untuk ibu dan bayi membesar.  

Baca lanjut >>> Keperluan ibu hamil


You Might Also Like

0 comments

Paling diminati