Hamil sihat

Atasi pedih ulu hati, gastrik ketika hamil

October 10, 2017

Gastrik ketika hamil dan pedih ulu hati adalah suatu perkara yang normal dialami oleh ibu ibu terutamanya pada trimester pertama dan kedua kehamilan. Walau bagaimana pun tahap ketidakselesaaan ini berbeza pada setiap individu, ada sesetengah ibu boleh hilangkan terus atau ada yang hanya boleh kurangkan kesakitan tersebut dengan amalkan langkah yang betul.

Punca Gastrik Ketika Hamil
Salah satu punca utama ketidak selesaan atau gastrik ketika hamil ini adalah disebabkan oleh peningkatan hormon reproduktif yang menyebabkan otot di hujung salur pemakann (LES) atau bahasa mudahnya perut menjadi lembut. Seterusnya menyebabkan kebocoran ketika makanan diproses dan menyebabkan makan yang diproses bersama asid ini akan naik semula ke esophagus. Apabila asid perut naik ke bahagian esofagus dan sesekali hingga ke tekak atau mulut, ia akan meninggalkan rasa masam dan pahit. Kesannya ibu hamil akan rasa pedih ulu hati dan sakit belakang pada bahagian belakang dada.

Hormon ini juga membuatkan otot-otot di dalam badan menjadi lebih relaks. Salah satu otot yang terlibat adalah usus. Apabila usus bergerak perlahan, ia bermaksud sistem pencernaan juga akan menjadi lebih lambat berbanding biasa. Hal ini menyebabkan lebihan gas semakin berkumpul hingga berlaku kembung dan sendawa.


Tanda-tanda Gastrik
~Kembung Perut.
~Pedih ulu hati
~Muntah, lebihan air liur.
~Sakit belakang dibahagian hati
~Sakit kepala dan pening.
~Sembelit dan penghadaman tidak sempurna.

Langkah- Langkah Atasi Gastrik Ketika Hamil
1. Tinggalkan makanan yang berasid dan berangin.
Kenal pasti makanan yang menyebabkan pedih ulu hati dan elakkan dari diet ibu. Walaupun tidak ada makanan yang "dilarang" secara umum, makanan berasid seperti buah sitrus dan tomato, makanan berminyak atau goreng, makanan pedas, coklat, kopi dan minuman berkarbonat dan alkoholakan memburukkan lagi keadaan, jadi elakkan dalam setiap diet harian ibu hamil yang gastrik.

2. Ambil makanan yang cair dan lembut
Makanan cecair boleh mengurangkan asid gastrik lebih cepat dari yang pepejal kerana  ia masuk kedalam perut lebih cepat. Contoh bubur, sup, smoothie, yogurt, protein shake dan puding adalah pilihan yang baik. Pilih cecair yang mengandungi banyak protein, seperti susu dan yogurt. Walau bagaimanapun jika susu yang mengandungi laktosa yang tinggi boleh menyebabkan ibu muntah. Jadi soy protein adalah yang terbaik. Jika makanan pepejal perlu dikunyah lembut dan hancur sebelum ditelan.

3.Makan dalam kuantiti yang kecil dan kerap
Ketika hamil, ruang dibahagian perut semakin kecil apabila bayi membesar, asid perut akan mudah naik keatas dan menyebabkan pedih ulu hati. Pemakanan yang betul mampu menghalang pedih ulu hati. Ubah jadual pegambilan daripada 3 kali sehari kepada 6 kali sehari tetapi dalam kuantiti yang sedikit supaya makanan yang diambil lebih mudah dicerna.
Paling penting sarapan pagi tidak boleh diabaikan.


4. Tidur Yang Betul
Ibu bukan saja mesti cukup tidur tetapi untuk mengelakkan pedih ulu hati perlu elakkan makan apa-apa  tiga jam sebelum tidur.Menaikkan kepala katil atau tinggikan kedudukan badan dari pinggang keatas dengan melapik bantal.

5.Dapatkan ubat dari doktor sekiranya perlu.
Jangan sesekali membeli ubat gastrik di farmasi, ibu hamil perlu dapatkan nasihat dari doktor kerana sesetengah ubat yang diambil tanpa usul periksa boleh menyebababkan kesan sampingan dan mungkin masalah gastrik ini menjadi lebih teruk. Elakkan mengambil ubat gastrik bersama suplemen zat besi kerana ia mengdungi kalsium. Oleh itu mesti jarakkan pengambilannya dengan vitamin pranatal/zat besi untuk elakkan kadar serapan zat besi dalam darah.

6.Kawal Stress
Ibu kene bijak mengawal stress atau tekanan. Pastikan emosi ibu tenang untuk elakkan tekanan yang boleh meningkatkan pengeluaran asid gastrik dalam perut. Antara langkah mengwal stres ialah dengan senaman secara teratur dan melakukan aktiviti relaksasi seperti yoga.

7.Pemakanan Tambahan
Punca Ketidakselesaan ini adalah asid yang berlebihan. Jadi ibu ibu mesti bijak memilih makanan yang dapat meneutralkannya, dan boleh membaiki sel sel dinding perut. Antara suplemen yang terbaik untuk atasi gastrik adalah:

--Energizing Soy Protein –ESP yang juga merupakan sumber protein unggul daripada kacang soya Non -GMO iaitu tumbuhan beralkali yang dapat meneutralkan asid dalam perut. Di samping itu, protein yang terkandung di dalam ESP sangat membantu membina sel-sel baru bagi menggantikan sel-sel lama yang telah rosak/ mati akibat dihakis oleh asid hidroklorik berikutan proses pencernaan makanan.

--Peppermint Ginger Plus - mengandungi herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk melegakan ketidakselesaan perut serta membuang angin dalam badan.

--Ostematrix - suplemen kalsium dengan magnesium dan vitamin D. Pesakit gastrik disarankan untuk mengambil susu atau kalsium, kerana ianya bersifat alkali dan mampu meneutralkan asid yang telah memasuki asofagus dan menyebabkan pedih ulu hati. Faktor kekurangan kalsium dalam tubuh juga menyebabkan penyakit gastrik.


You Might Also Like

0 comments

Paling diminati