Hamil sihat

Ambil Peduli Perkara Ini Sebelum Berkahwin

October 09, 2017

Peringatan kepada pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga, atau ibu ibu yang merancang untuk hamil, pemeriksaan genetic disorder adalah sangat penting.

Penyakit yang disebabkan keturunan atau ginetik memerlukan pemeriksaan kesihatan sebelum berkahwin atau sebelum hamil untuk mengelakkan bayi menerima penyakit tersebut. Kedua pasangan yang membawa genetic disorder tidak digalakkan untuk bersama.

Walau bagaimana pun, teknologi dan ilmu perubatan masa kini mampu untuk membantu persenyawaan luar rahim, IVF. Pemilihan sperma dan ovum yang bebas dari genetik pembawa juga boleh dilakukan sebelum proses persenyawaan.

Oleh itu ujian pengesanan amat perlu jika sudah ada anak yang mengalaminya.  Antara yang selalu diingatkkan adalah Thalasemia. Thalassemia adalah penyakit darah yang diwarisi di mana tubuh menghasilkan hemoglobin yang tidak normal. Ia disebabkan sama ada mutasi genetik atau penghapusan serpihan gen utama tertentu.

Hemoglobin adalah molekul protein dalam sel darah merah yang membawa oksigen.
Penyakit ini menyebabkan kemusnahan berlebihan sel darah merah, yang membawa kepada anemia. Anemia adalah keadaan di mana badan anda tidak mempunyai cukup sel darah merah yang normal.

  
Penyakit genetik lain antaranya Duchenne muscular dystrophy (DMD) iaitu gangguan genetik yang dicirikan sebagai kemerosotan dan kelemahan otot.

DMD disebabkan oleh ketiadaan dystrophin, protein yang membantu mengekalkan sel-sel otot yang sempurna. Permulaan gejala boleh dilihat peringkat awal kanak-kanak, biasanya antara umur 3 dan 5 tahun. Penyakit ini selaunya dikesan pada  kanak-kanak lelaki, tetapi dalam kes-kes yang jarang berlaku ia boleh terjadi pada kanak-kanak perempuan.

Kelemahan otot selalu dikesan seawal usia 3 tahun, yang bermula dengan otot pinggul, kawasan pelvis, peha dan bahu, dan kemudian otot rangka  di lengan, kaki dan tulang belakang.  Otot jantung dan pernafasan juga boleh terjejas.


Sindrom down juga tergolong dalam genetic disorder, mereka yang mengalami sindrom down mempunyai kecacatan fizikal dan intelektual. Walaupun dewasa, kebolehan mental mereka biasanya sama dengan kanak kanak yang berusia 8- 9 tahun.

Mereka juga biasanya mempunyai sistem imun badan yang lemah dan juga berisiko dengan masalah kesihatan lain, termasuk kecacatan jantung kongenital, epilepsi, leukemia, penyakit tiroid dan gangguan mental.

Walau bagaimanapun masalah ini bukan sahaja disebabkan masah genetik tetapi proses perkembangan telur, sperma dan embrio juga salah satu penyebab utama terjadinya keadaan ini.

Oleh itu amat penting untuk menjalani pemeriksaan bagi mengesan ketidak normalan pada ginetik kepada kedua dua pasangan sebagai langkah awal untuk atasinya.

You Might Also Like

0 comments

Paling diminati