Ibu hamil & Wiladah

Peringatan untuk ibu hamil

September 26, 2017

Ibu Wajib Mandi Wiladah


Mandi Wiladah diwajibkan keatas seorang wanita selepas sahaja melahirkan anak, sebaik sahaja kepala anak keluar dari rahim ibu. Walaubagaimanapun, ramai yang keliru antara wiladah dan nifas, ramai ibu ibu yang tidak melaksanakannya. Mandi wajib wiladah ini hanya sekali selepas bersalin atau keguguran walau segumpal darah. Jika bersalin secara pembedahan juga wajib.
PERKARA WAJIB MANDI HADAS BESAR bagi seorang wanita:
1. Selepas kering haid
2. Selepas berjimak
2. Selepas melahirkan anak atau keguguran (Wiladah-sebaik sahaja anak keluar dari rahim ibu)
3. Selepas kering darah nifas
Niatkan ‘Sahaja aku mandi hadas besar kerana Allah Taala’ atau
              ‘Sahaja aku madsi wajib Wiladah kerana Allah Taala’
Niat dalam hati mandi wajib itu adalah Mandi Wiladah dan tidak boleh dikira mandi wajib sahaja.



Apakah hukumnya keatas solat dan puasa yang dilaksanakan selepas itu jika gagal melaksanakannya.
Siapa-siapa yang lepas bersalin dan belum lagi mengangkat Mandi Wiladah ini maka segala solat dan puasanya selama ini tidak akan diterima oleh Allah. Nauzubillah’minzali, Wallahua’lam
Oleh itu kita kenalah meminta ampun dari ALLAH S.W.T kerana tidak mengetahui akan perkara ini , kerana sesungguhnya ALLAH Maha Pengampun lagi Maha Mengetahui.
Wajib atas kita untuk memberitahu saudara-saudari kita yg langsung tidak tahu akan hal ini…
Hikmahnya sekiranya ajal menjemput sebelum darah nifas kering, kita sudah berada di dalam keadaan bersuci…
Tanggungjawab Bersama
Pesanan untuk kaum lelaki, untuk sama sama mengingatkan isteri mereka untuk menunaikan kewajiban ini. Mungkin ibu ibu langsung terlupa selepas melahirkan selepas melalui kepayahan dan sakit bersalin.  Ayah ayah berperanan membantu ibu ibu agar mereka mampu melaksanakannya dengan sempurna.
Walaupun ada orang tua-tua mengatakan orang dalam pantang tidak boleh mandi basahkan kepala, kononnya kepala mudah masuk angin,tolong ketepikan pantang ini. Bagi ibu ibu yang risau boleh mengambil air suam atau tidak terlalu sejuk.  Jadi, bakal ibu dan bakal bapa, diharapkan tidak ambil remeh perkara ini!
Sama sama kita ingat mengingatkan ahli keluarga, saudara dan semua ibu ibu yang akan melahirkan anak.  Jangan sesekali menganggap perkara ini remeh, ini adalah perkara wajib, semoga amalan kita diterima di sisi-NYA. InsyaAllah.

You Might Also Like

0 comments

Paling diminati