Buku Merah

Panduan Buka Buku Ibu Hamil

September 28, 2017

Panduan Buka Buku Pink untuk Ibu Hamil

Ahamdullilah diberi kesempatan untuk berkongsi  dengan ibu ibu semua. Ramaikan yang tahu buku ini tidak dijual di mana-mana klinik atau kedai, dikhaskan untuk ibu hamil sahaja oleh kementerian kesihatan. Buku ini merekodkan segala laporan kesihatan ibu dan apa sahaja yang berkaitan dengan kandungan. Ibu mesti membawanya ke mana sahaja setiap kali keluar rumah supaya jika apa-apa berlaku kepada ibu, maklumat kesihatan sudah terkandung dalam buku tersebut. Juga lengkap dengan panduan kesihatan untuk penjagaan ibu hamil.

hamil, mudah hamil

Kepentingan daftar mengandung awal

Setakat ini pengamalaman saya sudah dua kali membuka buku pink. Pada pandangan saya ibu ibu dinasihatkan pergi ke klinik kesihatan sebaik saja mengetahui kita hamil. Ini kerana saya pernah keguguran buat kali pertama mengandung iaitu ketika usia kandungan 3bulan. Punca tidak diketahui dan laporan doktor cuma mengatakan janin tidak membesar.

Ketika hamil kali kedua tanpa berlengah dalam 6 minggu terus ‘booking’ di klinik kesihatan dan pastinya diberikan buku pink. KKM juga menggalakkan ibu mendaftar di klinik sebaik sahaja ibu tahu mengandung. Sepatutnya ibu diperiksa oleh doktor sebelum kandungan berusia 12 minggu, tapi juga bergantung kepada polisi klinik.d
Membuka buku seawal kehamilan penting untuk saringan faktor risiko yang boleh menyebabkan komplikasi kepada kandungan. Contohnya jika ibu mempunyai sejarah kandungan bermasalah, atau mempunyai penyakit yang perlu dipantau lebih kerap seperti yang paling kerap berlaku ialah masalah anemia akibat kekurangan zat besi. Kesan anemia adalah HB yang rendah  yang boleh menyebabkan keguguran janin.

Perkara yang dilakukan pada lawatan pertama

Lawatan pada kali pertama akan mengambil masa yang agak lama kerana pemeriksaan lebih menyeluruh dan juga jururawat perlu mengambil beberapa maklumat ibu. Jagan dilupa untuk membawa kad nikah atau sijil nikah bagi kali pertama, dan juga kad pengenalan.

1.Maklumat yang lengkap termsuk kitaran haid, sejarah kandungan jika ibu hamil bukan kali pertama, sejarah kesihatan diri dan keluarga, sosioekonomi keluarga. Untuk kandungan kali ke 2 atau seterusnya, ibu dinasihatkan supaya membawa buku-buku mengandung lama untuk untuk memudahkan jururawat merujuk semula keadaan kandungan ibu yang lepas.
2.Pemeriksaan fizikal akan dibuat setiap kali temujanji, ini penting sebagai kayu ukur untuk mengesan sebarang kemungkinan terhadap kandungan. Dan juga kesihatan ibu. Antaranya tekanan darah, ketinggian rahim dan berat.
3. Ujian makmal yang dilakukan dalah ujian darah dan air kencing. Kajian darah untuk melihat Hb dan mengesan status thalassemia, kumpulan darah, saringan HIV, Hepatitis B dan penyakit sifilis. . Ujian untuk pemeriksaan seterusnya lebih ringkas iaitu catatan baru hanya dilihat pada HB ibu. Ujian air kencing juga diambil untuk mengesan gula dan protein. Pemeriksaan HB dan air kencing akan dilakukan setiap kali pemeriksaan.
4. Scan oleh doktor bertugas untuk memastikan bayi berada dalam rahim dan tarikh jangkaan bersalin yang tepat. Kebiasaannya scan hanya di awal pemeriksaan dan hujung kehamilan.

5. Nasihat tentang pengurusan ibu hamil oleh jururawat yang bertugas iaitu  dari segi pemakanan, penjagaan diri ketika hamil.

Ibu juga berpeluang mendapatkan ubat ubatan lebih awal untuk perkembangan kandungan yang sihat. Antaranya asid folik yang perlu diambil seawal kandungan, sebaiknya sebelum hamil untuk kesihatan rahim ibu, seterusnya membantu mengurangkan risiko kecacatan pada bayi.

*Info- Kepada ibu yang merancang untuk hamil disarankan untuk mengambil asid folik, pilihan yang terbaik pastinya yang semulajadi. Antara Bcomplex Shaklee(with acid folic)

 

Maklumat/Info

Maklumat ini penting untuk rujukkan doktor ketika hendak bersalin atau sebarang kemungkinan yang memerlukan ibu dirujuk di hospital.
1. Maklumat mengenai ibu.
Buku ini mengandungi biodata ibu , segala maklumat tentang hasil pemeriksaan dan kesihatan ibu, jenis darah, tempoh kandungan berserta tarikh jangkaan bersalin.
Pada muka hadapan buku terdapat nama dan nombor telefon pasangan untuk dihubungi sekiranya terdapat kecemasan. Selain itu, terdapat nama dan nombor telefon klinik tempat ibu diperiksa. Sekiranya buku ini tercicir, orang yang menjumpainya boleh mengembalikan kepada klinik yang terdekat atau melaporkan ke balai polis.
Setiap kali pertemuan dengan jururawat atau doktor, hasil pemeriksaan atau apa sahaja penemuan baru berkaitan dengan ibu akan dicatit dalam buku tersebut.
2. Maklumat berkaitan kandungan/janin
Kalau ibu rajin membelek buku itu, sebenarnya dalam buku itu terkandung banyak maklumat mengenai ibu mengandung termasuk perkembangan bayi, masalah biasa yang dihadapi ketika mengandung dan cara untuk mengatasinya.
Selain itu, terdapat ruang catatan dan chekcklist panduan/nasihat yang seharusnya ibu terima semasa mengandung dan jururawat yang telah menyampaikannya akan menanda bahawa ibu sudah diberi nasihat tersebut dan tiada alasan untuk ibu tidak mengetahui apa yang berlaku semasa ibu mengandung, termasuk mengenai kepentingan penyusuan ibu.Terdapat juga tips-tips untuk diamalkan semasa mengandung, termasuk nasihat pemakanan, senaman, teknik pernafasan semasa bersalin. 
Maklumat yang tidak kurang penting juga ialah pergerakan bayi yang boleh mula dikira apabila kandungan mencecah 28 minggu. Pergerakkan ini penting untuk memastikan bayi berada dalam keadaan sihat/normal

You Might Also Like

0 comments

Paling diminati