ibu hamil cantik

Atasi kulit kusam ibu hamil dengan selamat dan berkesan

September 29, 2017

Ramai diantara ibu ibu ynag mengalami masalah kulit kusam ketika hamil, walaupun sebelum hamil kulit ibu sentiasa sihat mulus. Kenapa kulit ibu hamil mudah kusam?.
Antara faktornya ibu mengalami perubahan hormon, namun jika penjagaan yang betul, Insya Allah kulit ibu sentiasa sihat berseri.

Tips Atasi Kulit Kusam Ibu Hamil

Wajah kusam sangat berkait dengan pemakanan, alam sekitar dan aktiviti kita seharian. Pemakanan yang bernutrisi lengkap sebenarnya boleh mengembalikan keremajaan kulit, bukan hanya ibu hamil, malah setiap orang yang inginkan kulit sihat berseri perlu menjaga pemakanan dan aktiviti harian.

Walaupun banyak suplemen atau produk produk kecantikkan di pasaran, tetapi bagi ibu hamil jangan sesekali ambil sebarangan, pastikan produk yang dijamin selamat, dan perlu diutamakan yang semulajadi.

Banyakkan minum air kosong
Air membantu untuk melembapkan kulit dan wajah. Ia membantu melancarkan proses pencernaan serta perkumuhan, seterusnya membuang toksin dalam badan.

Detoks
Ibu hamil juga boleh amalkan  detok yang ringan dan dan sesuai dengan kemampuan. Antaranya mengambil air lemon segelas sehari. Jus ulaman seperti pegaga tetapi tidak meninggalkan pemakanan yang lain, yang penting nutrisi yang lengkap seimbang.  

Buah buahan dan sayur sayur sayuran segar
Amalkan diet seimbang, lebihkan sayuran hijau dan buah berserat sebagai menu makanan seharian seperti kurma, buah tin, kekacang, minyak zaitun, delima dan lain lain yang akan membuatkan kulit lebih elastik, lebih segar berseri.

Aktiviti senaman
Walaupun hamil perlu bersenam, ibu perlu pelajari teknik senaman ibu hamil untuk memastikan ibu dan kandungan selamat, malah makin sihat. Atau amalkan aktiviti ringan seperti berjalan dan regangangan otot.

Kawal emosi
Emosi ibu hamil pastinya kadang tidak menentu, ini adalah normal tetapi perlu mencuba untuk mengawal, elakkan dari perasaan marah dan tertekan. Cuba jauhkan diri dari hal yang mengundang keresahan ibu. Amalkan zikir zikir untuk tenteramkan hati kita kerana emosi yang tidak stabil boleh tegangkan  wajah.

Suplemen
Pengambilan suplemen tidak boleh disangkalkan, ini terbukti juga kepada wanita yang tidak hamil yang mengamalkan suplemen, wajahnya lebih berseri kekal awet muda. Kulit yang cukup nutrisi  akan kekal anjal dan lembap dari dalam. Antaranya sumber protein, penting untuk pembentukkan sel sel kulit baru menggantikan sel kulit mati (10 juta ) setiap hari. Bayangkan nutrisi ibu tidak mencukupi untuk tubuh badan sendiri kerana membekalkannya kepada kandungan. Pasti bukan sahaja kecantikkan malah kesihatan juga terjejas.


Penjagaan Wajah.

Ibu ibu tidak boleh mengabaikan penjagaan kulit muka walaupun terasa penat jika mahu cantik, bukan yang keterlaluan tapi cukup penjagaan asas.


Pengunaan Pencuci Muka
Hormon ketika hamil dan sebelum hamil adalah berbeza, mungkin pencuci muka yang kita guna sebelum hamil sesuai, tetapi kemungkinan ketika hamil sudah tidak sesuai, tindakbalas dengan kulit sudah berbeza apabila hormon berubah. Disarankan untuk memilih yang semulajadi, ini kerana 80% yang disapu pada kulit akan meresap kedalam tubuh. Berhati hati dengan produk tempatan dipasaran yang mengandungi bahan kimia seperti paraben, merkuri yang boleh menyebabkan keguguran atau kecacatan pada kandungan.

Pakai pelembap/toner
Gunakan pelembap wajah yang dihasilkan dari bahan semulajadi untuk menjaga kulit wajah ibu sentiasa lembap.

Masker
Sesekali sapu masker dari bahan semulajadi seperti tomato, daun jambu, putih telur dengan madu. Biasakan 3 hari sekali atau seminggu sekali agar kulit ibu hamil  lebih segar dan tidak kusam.

Kosmetik.
Jauhi menggunakan kosmetik yang mengandungi bahan kimia seperti hydroquinone dan merkuri kerana boleh merosakkan kulit malah boleh menjejaskan kandungan. Sebolehnya juga bebas dari paraben dan pilih yang semulajadi

Langkah terakhir adalah selalu bersihkan wajah anda dengan air, setiap kali selesai beraktiviti atau selepas seharian di luar. Semoga tempoh kehamilan ibu lebih gembira,  tidak stress dan menyenangkan sehingga kelahiran bayi anda.

Jom cantik semulajadi dengan Shaklee, yang pasti selamat untuk kandungan ibu.


You Might Also Like

0 comments

Paling diminati