antibiotik semulajadi

NUTRIFERON

November 09, 2016

NUTRIFERON TINGKATKAN SISTEM IMUN SECARA SEMULAJADI

Kesihatan Sistem Imun/Interferon adalah sangat penting untuk menjamin tahap kesihatan badan kita.  Interferon adalah sekumpulan protein yang dikeluarkan oleh sel-sel  sebagai tindak balas kepada kehadiran beberapa patogen, seperti virus, bakteria, parasit dan juga sel-sel tumor. Dalam senario biasa, sel yang dijangkiti virus akan melepaskan Interferon menyebabkan sel-sel berdekatan meningkatkan pertahanan anti-virus yang dipanggil Sistem Imun/Interferon atau antibiotik yang membantu membasmi patogen.
Interferon buat julung kalinya ditemui oleh Dr.Yasuhiko Kojima  dari University Tokyo  pada tahun 1954. Selepas membuat kajian selama 40 tahun dan  semakan semula beribu-ribu jenis sebatian dan lebih 200 jenis herba yang berlainan, Dr. Kojima telah berjaya membangunkan satu-satunya interferon semulajadi (antibiotik semulajadi) didunia iaitu Nutriferon.

Dia telah berjaya menetapkan bahawa ekstrak dari 4 tumbuhan; iaitu biji labu, bunga Safflower, Honeysuckle Jepun dan biji Plantago; mempunyai daya  kebolehan mendorong pengeluaran semulajadi interferon tubuh. 

Formulanya yang digunakan  adalah semulajadi, selamat, tulen dan berkesan. Penemuan dan rekaannya telah diiktiraf  sebagai penemuaan terhebat dalam bidang immunologi.

Nutriferon adalah satu formula Eksklusif dan diPaten oleh Shaklee dan tidak dijual dikedai-kedai biasa. Ianya HANYA boleh didapati melalui Shaklee.

Cadangan Pengambilan Nutriferon

Untuk pemeliharaan kesihatan : 1 paket sehari
( tuang kedalam mulut terus/campur dengan minuman kurang panas/sejuk pada bila bila masa)

Untuk pemeliharaan kesihatan kanak-kanak : Untuk kanak yang berumur bawah 6 tahun hanya 1/4 paket dalam seminggu, jika telah diserang demam berikan 1/4 paket setiap hari sehingga sembuh.  1/2 paket utk kanak-kanak 6 tahun ke atas dan 1 paket untuk 12 tahun ke atas sehingga dewasa.

Demam Denggi, Influenza & kanser : 1-3 peket sehari. Lebih baik diambil bersama Vitamin C.

Siapa Sangat Perlukan Nutriferon (antibiotik semulajadi)

1. Individu yang bermasalah dalam sistem imunisasi/antibodi tubuh badannya
2. Individu yang mendapati pengambilan Vitamin C atau Garlic tidak memberi kesan
3. Sering sakit seperti demam dan selsema,berkahak dan penyakit-penyakit ini berpanjangan
4. Ibu yang menyusu yang anaknya sering demam dan berpanjangan
5.Individu yang ingin mengekalkan atau meningkatkan sistem antibodi tubuh

*INFO - Demam denggi sangat memerlukan NUTRIFERON kerana ia membekalkan interferon yang melawan virus denggi. Ini kerana hanya interferon yang mampu bertahan dan melawan virus denggi, sedangkan sel sel imun lain dah dijangkiti dan mati

*Nota Penting
Pengguna yang mengambil NUTRIFERON dinasihatkan supaya meminum air masak/air mineral sekurang-kurangnya 3LITER sehari bagi kesan yang lebih efektif, terutamanya kanak kanak sangat memerlukan air yg banyak, tetapi kuantiti air yg diambil juga bergantung pada berat badan individu.

Air kosong penting untuk membantu tubuh bertindak balas dengan baik sepanjang proses penyembuhan (healing Crisis).


TESTIMONI NUTRIFERON



You Might Also Like

0 comments

Paling diminati