langkah mudah milk booster

Menyusu dan Ibu Bekerja

November 24, 2016

Sebagai ibu yang bekerja pastikan keperluan mengepam dengan lengkap sebelum mula bekerja. ‘Dual pump’ lebih efektif untuk meningkatkan penghasilan susu. Mulakan proses mengepam dari tempoh berpantang, kerana ketika ini penghasilan susu sangat efektif, untuk kekalkan momentum ini pastikan proses mengepam dimulakn seawalnya.


Bagi saya ini waktu yang paling sesuai kerana kita tidak mempunyai halangan untuk mengepam dan simpan stok seboleh mungkin. Sentiasa berfikiran positf dan ikhlas, semua yang kita lakukan Insyaallah akan lebih mudah. Ini tips yang saya amalkan dan Alhamdullillah saya mampu menyusu anak sehingga 2 tahun.

Tips Tambah Susu Ibu

Penghasilan susu ibu memerlukan pemakanan yang seimbang untuk membekalkan nutrisi yg lengkap kepada bayi. Walau bagaimana pun teknik mengepam yang betul juga sangat penting, antaranya:

1. Tingkatkan kekerapan menyusu ‘direct feed‘ dan mengepam
Konsep susu ibu adalah ‘demand and supply’. Jika lebih banyak mengepam/menyusu maka lebih banyak susu ibu akan terhasil. Oleh itu ibu-ibu perlu menyusu atau mengepam 2-3 jam di siang hari. Waktu malam pula paling kurang 4 jam sekali...kejutkan bayi untuk menyusu atau pam susu sekitar jam 12am atau sebelum tidur dan selepas bangun tidur jam 6am kerana pada waktu ini hormon prolaktin adalah tinggi untuk menghasilkan susu. Tempoh mengepam yang ideal pula selalunya 20-30 minit untuk setiap kali pam. Ibu juga mesti mengikut tempoh mengepam dengan berdisiplin untuk mengelakkan kekurangan susu.

2. Teknik ‘Power Pumping’
Teknik ini adalah menyusu dan mengepam dalam satu masa. Amalkan selalu power pumping untuk meningkatkan pengeluaran susu (milk booster). Kalau tidak mampu setiap hari, paling kurang seminggu sekali. Waktu yang paling sesuai antara 12am-6am.

3. Minum banyak air
Pastikan air diminum 2-3 liter sehari, terutama sebelum dan selepas pam.
Minum dengan kerap tetapi kuantiti yang sedikit/berpatutatan.

4. Teknik Marmet 
Teknik ini adalah mengeluarkan susu badan menggunakan tangan dengan kaedah urut/memicit. Selepas mengepam, ibu-ibu perlu melakukan teknik marmet untuk mengoptimumkan pengeluaran susu  100% berbanding hanya mengepam dalam 60%-70% sahaja.

5. Jaga pemakanan
Jagalah pemakanan kita seharian bukan saja untuk menghasilkan susu yang banyak tetapi juga susu yang berkhasiat untuk bayi kita. Kesihatan ibu juga mempengaruhi kuantiti susu yang dihasilkan.

6. Nutrisi Tambahan
Amalkan vitamin antaranya Set Premium Penyusuan Shaklee untuk melengkapkan nutrisi ibu untuk meperbanyakan pengeluaran susu dan menambah khasiat susu ibu. Ini sangat penting kerana diet harian kita selalunya hanya cukup untuk menampung keperluan tubuh ibu sahaja.
Dengan pengambilan vitamin ibu akan lebih bertenaga dan tidak menghadapi masalah untuk mengepam. Tahukah ibu kenapa ada sesetengah bayi yang menyusu susu ibu lambat tumbuh gigi? Ini kerana susu ibu kurang kalsium.

7. Doa
Ini antara yang terpenting, berdoa dan sentiasa berfikiran positif, minta dariNya agar cukupkan, murahkan rezeki anak kita.


Untuk kesan yang optimum amalkan nutrisi tambahan dan teknik mengepam yang betul.  Dengan Set Penyusuan Shaklee ini sangat membantu untuk:

Susu pekat kekuningan
Tambah kuantiti susu
Bayi tidak meragam dan tidur lena kerana kekenyangan.
Kurangkan rambut gugur bagi ibu (selalu dihadapi oleh ibu menyusu kerana     kekurangan nutrisi)
Badan lebih bertenaga, tiada lagi sengal-sengal badan akibat kekurangan kalsium
Kulit yang sihat, sentiasa lembap dan semakin cerah (ibu dan anak)

Ini adalah kebaikan yang saya perolehi selepas mengamalkan set penyusuaan ini. Setiap individu mungkin memperolehi kesan yang agak berbeza, cuba dan alaminya sendiri.


You Might Also Like

0 comments

Paling diminati