faktor kemandulan

Tips Kesuburan & Mudah Hamil

November 22, 2016

Faktor atau Risiko Kemandulan

Kemandulan atau masalah kesuburan boleh terjadi kepada wanita atau lelaki. Bagi lelaki antara sebabnya adalah bilangan sperma yang kurang atau masalah sukar tegang. Bagi wanita antara sebabnya putus haid, saluran peranakan tersumbat, rahim yang lemah. Antara faktor yang menyumbang kepada kemandulan atau kurang subur adalah umur dan gaya hidup iaitu aktiviti seharian termasuk pemakanan seseorang.



Umur
Kesuburan wanita mula menurun selepas  lebih kurang 32 tahun keatas,  bagi lelaki pula secara beransur-ansur menurun selepas umur 40 tahun.

Merokok 
Meningkatkan risiko kemandulan atau masalah kesuburan pada lelaki dan wanita. Merokok juga boleh menjejaskan kesan-kesan rawatan kesuburan. Malah apabila seorang wanita mengandung, jika dia merokok, risiko keguguran lebih besar. 

Pengambilan alkohol 
Kehamilan wanita akan terjejas dengan serius dengan alkohol. Bagi lelaki pula penyalahgunaan alkohol boleh mengurangkan kesuburan, penggunaan alkohol sederhana tidak menunjukkan kesuburan berkurang,  tetapi dianggap dapat mengurangkan kesuburan lelaki yang sudah mempunyai jumlah sperma yang rendah.

Obes atau berat badan berlebihan 
Obesiti dan gaya hidup yang tidak aktif sering didapati menjadi punca utama kemandulan wanita. Seorang lelaki yang berlebihan berat badan mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mempunyai sperma yang tidak normal.

Pemakanan tidak Seimbang 
Wanita yang menghadapi kekurangan berat badan akibat pemakanan yang tidak sihat mungkin mempunyai masalah kesuburan. Jika anda seorang vegan yang ketat anda perlu memastikan pengambilan zat besi, asid folik, zink dan vitamin B-12 adalah mencukupi, jika tidak, kesuburan boleh terjejas.

Senaman berlebihan 
Aktiviti lasak seperti atau  senaman berlebihan iaitu daripada tujuh jam setiap minggu boleh menganggu proses ovulasi.

Tidak bersenam 
Menjalani gaya hidup yang tidak aktif juga kadang-kadang dikaitkan dengan mengurangkan kesuburan pada lelaki dan wanita.

Jangkitan kelamin (STI) chlamydia 
kesan jangkitan boleh merosakkan tiub fallopio, dan juga membuat buah zakar lelaki itu menjadi radang. Sesetengah STI lain juga boleh menyebabkan kemandulan.

Pendedahan kepada bahan kimia /dadah
Antaranya racun perosak, racun herba, logam (plumbum) dan pelarut dikaitkan dengan masalah kesuburan pada lelaki dan wanita.

Tekanan mental 
Kajian menunjukkan bahawa ovulasi wanita dan pengeluaran sperma mungkin terjejas oleh tekanan mental.

Jom perbetulkan gaya hidup dan amalkan nutrisi yang lengkap untuk mudah hamil.


Isteri
ESPVitaleaB complex, Vitamin CAlfalfa (hanya option terutama yg sakit bila bersama)
GLA (jika period tak regular)

Suami
ESPVitaleaB complex,Vitamin CVitamin EZinc

Bagi pesakit yang thalasemia atau apa sahaja alahan....tinggalkan produk yang menyebabkan alahan, contohnya vitalea tak boleh untuk pesakit thalasemia jadi tak perlu ambil
Bagaimana pengambilan supplement Shaklee boleh membantu merawat masalah kesuburan (infertility) ini?

Vitamin asas:
1- Vita-Lea (Multivitamin)
2- Vitamin C
3- BComplex
Semua  vitamin ini adalah asas dan tunjang utama untuk kesihatan badan.

Vitamin Kesuburan:
4- Vitamin E
Selain menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran  darah, mencegah pembentukan darah beku, pembentukan sel-sel baru (termasuk RNA & DNA) dan lain-lain, ianya amat terkenal mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian & menyuburkan organ reproduksi lelaki & wanita seterusnya atasi masalah kesuburan untuk hamil.

5- Zink
Zink digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina. Bagi kaum lelaki, zink merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosterone dan memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum. Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose nucleid Acid).

6- Alfalfa
Sangat baik diamalkan oleh wanita, membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/ sakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid (makan alfalfa bersama kalsium), dan turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti Kacip Fatimah).

Namun, tekankan juga doa untuk mudah hamilsolat hajat banyakkan zikir yang mampu menstabilkan emosi untuk mental yang sihat. Ini kerana supplement hanyalah salah satu cabang usaha, kesemuanya ditentukan olehNya, keberkesan vitamin juga ambil masa utk repair sel sekurang-kurangnya  90 hari, dan keberkesannya juga berbeza bagi setiap individu bergantung kepada tindakbalas tubuh masing-masing. 



You Might Also Like

0 comments

Paling diminati