Basic H

Bahan pencuci rumah yang selamat

October 16, 2016


Kandungan pencuci dipasaran boleh dikatakan semuanya menggunakan bahan-bahan kimia merbahaya  jika terdedah dengannya Kita menghadapi risiko untuk mendapat kesan-kesan buruk dan penyakit. Namun anda tidak perlu risau lagi kerana Shaklee menawarkan beberapa bahan yang selamat dan sesuai digunakan untuk semua peringkat usia. Antara pencuci untuk peralatan dirumah:



~ Get Clean® Water Pitcher
Penapis air -diiktiraf oleh Persatuan Kualiti Air (Water Quality Association [WQA]) yang ianya dapat mengurangkan plumbum dan banyak bendasing lain.

~ Soft Fabric Concentrate
Pelembut Fabrik -(Soft Fabric Concentrated) yang berbau harum ini jauh lebih berkesan daripada produk lain dalam mengelakkan pakaian daripada berkedut atau melekat pada badan akibat kesan statik. Ramuan Semulajadi, berpekatan tinggi – bagi 64 cucian dan hanya ½ aun diperlukan untuk setiap cucian.

~ Basic H²™ Organic Super Cleaning Concentrate
Pencuci-Basic H²™ Organic Super Cleaning Concentrate yang dua kali ganda lebih pekat ini memberi kuasa pembersihan yang lebih selamat dan berkesan sesuai digunakan bagi menangani seribu macam jenis kotoran rumah. Lembut pada tangan dengan pH seimbang, tanpa klorin. Tidak bertosik, Membersih secara Semulajadi.

~ Dish Wash Concentrate
Sesetengah pencuci pinggan mangkuk mengandungi surfaktan yang berasaskan petroleumdan bahan pencuci seperti Diethanolamine dan sodium dedecylbenzensulfonate. Kedua-dua kandungan tersebut boleh merengsakan kulit dan mata.
DishWash Concentrated tidak mengandungi bahan-bahan tersebut mahupun bahan-bahan berbahaya yang lain. Lembut pada tangan dan:
•  Semulajadi, berasaskan tumbuh-tumbuhan
•  Tahan lama kerana kepekatannya
•  Menjadikan pinggan bersih berkilau
•  Hanya beberapa titisan dapat mencuci timbunan pingan mangkuk di dalam sinki

~ Fresh Laundry Concentrate (Powder)
Kebanyakan serbuk pencuci mengandungi bahan perengsa yang boleh meresap ke dalam badan melalui kulit atau sistem pernafasan dan mengakibatkan reaksi alahan. Triethanolamine dodecylbenzenesulfonate merupakan salah satu sejenis bahan perengsa yang disenaraikan oleh EPA (Pertubuhan Pemuliharaan Alam Sekitar Amerika) sebagai bahan berbahaya. 
Bersentuhan dengannya mampu menyebabkan kerengsaan atau kesan terbakar pada kulit dan mata manakala sentiasa terhidunya pula akan merengsakan hidung, kerongkong dan paru-paru seterusnya membawa kepada masalah batuk, asma atau sesak nafas. Kulit yang bersentuhan dengannya akan menjadi kering, gatal dan mengakibatkan masalah alergi kronik dan ruam.
Fresh Laundry Concentrated tidak mengandungi bahan-bahan tersebut mahupun bahan-bahan berbahaya yang lain.
 Sesuai digunakan untuk semua fabrik yang boleh dibasuh
 Berkepekatan tinggi dan keberkesanannya yang sama dalam semua jenis suhu, samada 
  air sejuk atau panas. Ramun Semulajadi yang mesra alam tanpa bahan kimia berbahaya.

You Might Also Like

0 comments

Paling diminati